29 April 2010

Perlunya manusia kepada ketidaksempurnaan...



Assalamualaikum W.B.T

Seringkali kita sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan.Namun pendapat ana sedikit berlainan.Kita tidak perlu kesempurnaan,malahan ketidaksempurnaan itulah yang kita perlukan.Kenapa ana cakap mcm ni?Mesti ade sebabnya.....

Sebaik mana kita mencuba untuk menjadi yang terbaek dan memuaskan hati orang di sekeliling kita,percayalah masih ade yang akan x suka kita.Rase mcm kita x bwat salah ape2 pun,tapi kenapa die x suka kite?silap cakap ke?terkurang ajar ke?kadang2 kita sendiri x perasan....Inilah hikmahnya orang x suka kat kita.Kita boleh muhasabah balik ape kekurangan diri kita,seterusnya berusaha untuk membaiki kelemahan tersebut.Walaupun kita dah berusaha sedaya mungkin untuk membaiki kelemahan kita,tapi x leh ubah jugak.X pe la....Allah tidak melihat kepada hasil usaha hambaNya,tapi kepada usaha yang dilakukan hambaNya.

Jadi kalau kita x de kekurangan,mcm mane kita nak perbetulkan diri kita.Malah org yg terhebat kat dunia pun,masih ade org yang x suke kat die.Mungkin iri hati dgn kejayaannya,atau ade kelakuannya yang x menyenangkan,dll.Jadi,jgn pulak kita dah tau ade kelemahan,pastu x de ape2 tindakan.Kalau mcm tu mmg kita x kan berubah kepada kebaikan....tapi tersangkut di takuk lame.Maka marilah kita sama2 berusaha untuk membaiki diri kita....bukan semata-mata demi memuaskan hati orang di sekeliling kita...tapi demi mencapai keredhaan Allah.Sebab kita tau bila kita nak baiki diri kita,sekaligus kita memperelok akhlak.Salah satu tujuan Nabi Muhammad diturunkan untuk mempercantikkan akhlak umatnya...

Semoga kita mempergunakan nikmat ketidaksempurnaan yang Allah beri kepada kita untuk membaiki diri kita...

Akhirulkalam...

27 April 2010

Air Selusuh???...penah dengar?



Assalamualaikum W.B.T

Ana membuat andaian ramai yang terpinga-pinga tatkala dengar pasal air ni.Betul x?Jadi ana berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita untuk menambah ilmu kita yang tandus ini.Air selusuh ni sering diberi oleh mak kepada pompuan yg mengandung.Atau sekarang ni pompuan mengandung tu sendiri dah tau minum dah tanpa dimaklumkan ibu mereka.Biasanya adat di kampung yang mengamalkan pengambilan minuman ini

Asal usul air selusuh?

Sebenarnye ia terbahagi kepada 2 jenis.Yang pertama,air kosong atau air zam zam yang yang dibacakan ayat2 al-Quran tertentu.Fungsinya untuk menguatkan lagi proses kontraksi rahim ketika proses melahirkan anak agar kesakitan yang ditanggung berkurangan.Jenis yang kedua,air yang sama tapi ditambah dgn herba2 tertentu.Biasanya air yang kedua ni menyebabkan kontraksi yang amat kuat sampai boleh membawa kepada fetal distress(Bayi lemas).

Kedua-dua air ni x salah untuk digunakan cuma cara penggunaan masyarakat kita yg buat penggunaan air ni menimbulkan masalah.Memandangkan air ni berfungsi untuk menguatkan proses kontraksi,maka ia hanya boleh diminum ketika proses kontraksi sudah bermula.X semestinye dah rase sakit nak melahirkan anak,maka dah boleh minum.x sama skali.Walaupun air yang diminum x mengandungi sebarang herba,tapi kalau diminum sebelum proses kontraksi bermula tetap akan membawa kepada fetal distress.Jika ini berlaku,kelahiran secara pembedahan perlu dilakukan.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari pakar perunding O&G,air ni hanya sesuai diminum ketika bukaan rahim 5cm atau lebih.Maka dalam keadaan ni,pengambilan air ni akan memudahkan proses bersalin

Perhatian perlu diambil!!!Air ni dibacakan dengan ayat al-Quran,maka kita perlu percaya Allah yang memudahkan sesuatu perkara itu.Jangan pulak kita percaya air tu yang bawa kelebihan kepada kita,boleh membawa kepada syirik!,na'uzubillah...Ambil kesempatan ini untuk kita menyedari,dalam al-Quran terdapat segala apa yang kita perlukan,dari kata motivasi,panduan hidup,penawar dan lain2.Maka janganlah kita hanya simpan Quran kat umah buat hiasan.Sekurang-kurangnya bacalah setiap hari,lebih baik jika kita mampu mengambil iktibar dari setiap kata2 Allah yang penuh hikmah.Belajar mentadabbur al-Quran.InsyaAllah kita manfaatkan ilmu yang sedikit ini.

Akhirulkalam...

25 April 2010

Ape gune tutup aurat?perangai still mcm tu gak....



Assalamualaikum.W.B.T

Tinta kali ini berhajat untuk kita sama2 bermuhasabah akan perlakuan kita.Mungkin lebih cenderung kepada kaum hawa,tapi kaum adam juga perlu mengambil pengajaran.Seringkali kita saksikan sekarang ramai je yg pakai tudung kat khalayak ramai,tapi kebiasaannya bila diperhati gerak-gerinya x mcm muslimah pun.Mana x nye,tudung pakai,tapi baju ketat.Dah la tu...jeans pun nak ketat jugak.Boleh kate sume ketat la.X cukup dengan tu,perangai tu kadang2 tergedik2 pun ade.Sebab tu kadang2 bila soalan"Kenapa wak x pakai tudung?" ditujukan kepada mana2 wanita yg x bertudung,maka jawapannya"Apa gune pakai tudung,perangai mcm tu gak" "Saya x pakai tudung x semestinya saya x baik,hati budi sape tahu?"Mmg betul segala perlakuan kita berdasarkan niat kita,tapi kalau asas dah salah,susah la nak maju kehadapan.Allah dah perintahkan kepada manusia baik laki atau perempuan jaga pandangan mereka.Perintah menutup aurat WAJIB ke ats setiap yang bergelar MUSLIM sebagai langkah pertama untuk jantina berlawanan menjaga pandangan.

Jadi kenapa pakai tudung tapi perangai same gak?Jom buat sedikit analisis dan perbandingan.Orang yang bawak kereta pakai tali pinggang keledar atau yg bawak motor pakai helmet.Baik.asasnya sudah ada,pakai alat keselamatan.Tapi kalau sekadar pakai,tapi peraturan jalan raya x ikut,probability untuk kemalangan masih lagi tinggi.

1.Lampu merah,tapi jalan gak
2.Tanda angin lintang,tapi 'speeding' gak
3.Tanda x boleh parking,kat situ jugak la nak parking.dll

Anda sume nampak x perbandingannya?Pakai tudung tapi....

1.Ikhtilat dgn laki x jage
2.Suare nak manje2 bile bercakap
3.Pakaian menutup aurat,tapi macam x pakai pakaian.dll

Bagi yang laki pulak,same je.Mmg x susah nak jage aurat untuk laki.Tapi perangai je yg susah siket.Kalau pakai jubah contohnya,dah ikut dah sunah nabi.Tapi sayang,solat x pun.Saje nak org tgk die pakai jubah.Apa yang paling penting,asas perlu kita jage.Dari asas kita menapak ke arah platform yg lebih tinggi.

Ayyuhal ikhwah wa akhwat kita muhasabah diri kita,ade yg salah kita perbetulkan.Ade rakan yg tersilap langkah kita tegur.Kawan yg baik adalah kawan yg menegur kesalahan kita,bukan yg sentiasa mengiakan tindakan kita.

*Idea asal dipetik dari buku Nota hati seorang lelaki karangan Ustz Pahrol Mohd. Juoi.

Akhirulkalam

Berhenti!!!




Amad membawa kereta macam biasa,tapi sampai kat lampu isyarat merah dia terus meluru tanpa berhenti...

Polis:Pritttt!!!!
Amad:Awat nye encik polis?
Polis:Kan lampu isyarat merah tadi,awat hang x berenti?
Amad:Oooooo.....Sebab saye x nampak encik pun tadi....
Polis:????

23 April 2010

Ever wonder how aging occur?




Aging is a process of gradual and spontaneous change,resulting in maturation throughout the life then decline of many bodily functions at late age.Aging then can be further divided to 3 categories which are senescenes,normal aging and succesful aging.
1.Senescenes:Changes that occur with age as a result of biologic,psychologic and enviromental factors as well as lifestyle choices.
2.Normal aging:Common complex of diseases and impairments that afect many older people
3.Successful aging:Process by which aging is not accompanied by debilitating disease and disability

Now here comes the interesting part,have you ever wonder why skin of the older people become wrinkle as the age keep on increasing?Have any idea?Telomeres might be the one that responsible for this.Telomeres is a tiny cap at the end of chromosome(picture) function to protect the chromosome from any damages.





Our skin keep on replacing the older skin by newer skin through division of the cell under the skin.In order for the cell to divide,the chromosome(made up of DNA) need to be replicate fully.However,the chromosome faces some difficulty to replicate the telomere(also made of DNA) and each time it does,the telomeres become slightly shorter which further lead to disappearance of the telomeres.Since telomere function to protect the chromosome,then disappearance of it will lead to cell death.Once cell death become numerous,result of aging physically can be observed(wrinkle).Conclusion that can be made,shortening of telomere might lead to aging.

16 April 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ilmu pun cemburu...


Assalamualaikum W.B.T

Kadangkala cemburu dikaitkan dengan sesuatu yang negatif,tapi kali ini cemburu yang positif akan diperkatakan.Kenapa ana kaitkan yang ilmu ni cemburu?ana rasa anda sume pasti pernah mengalami keadaan dimana lepas dah belajar sesuatu perkara,pastu tinggal lama sikit dah lupe dah.Nak tau apa sebabnya,sebab ilmu tu cemburu la....

Ilmu ni suka didampingi selalu.Kalau kita abaikan die,die pun x suke kat kita dah.Bak kata pepatah"Nak hafaz senang,tapi nak kekalkan sukar".Ayat ni sering diperkatakan oleh seseorang yang dalam proses menghafaz al-Quran.Melalui perhatian ana,kebanyakan rakan ana yang bergelar hafiz sering memperuntukan sedikit masa setiap hari untuk mengulang kembali ayat2 Quran yang dah di hafaz.Semoga Allah memberi kekuatan untuk mereka mengekalkan hafazan mereka dan mempraktikkan ayat2 tersebut dalam kehidupan seharian.

Sebab ilmu ni kuat cemburu,maka kita kenalah bagi hadiah kat die supaya die sentiasa sayang kat kita.Nak bagi hadiah ape?Hadiah yang paling berharga untuk 'ilmu' ialah.......PRAKTIKKAN MEREKA.InsyaAllah kalau kita bagi hadiah ni,ilmu ni akan sentiasa menjadi pendamping kita.

Satu lagi analogi tambahan,ilmu ni ibarat cahaya,semakin rapat kita dengan die,semakin besar bayang kita.Bayang itu ibarat keaiban kita(kelemahan kita).Dengan itu lebih mudah untuk kita baiki kelemahan diri kita insyaAllah.Salah satu tanda ilmu itu bermanfaat adalah bila kita sedar betapa banyak kelemahan kita untuk diperbaiki...

Akhirul kalam.

07 April 2010

Bertuhankan selain yang maha ESA


Assalamualaikum W.B.T.....

Secara teorinya,bertuhankan selain Allah bermaksud sanggup mendahulukan segala apa aktiviti melebihi perintah Allah seperti mengabaikan solat,menghalalkan yang haram dan lain2.Ingin ana cabangkan topik ini kepada beberapa bahagian seperti yang berikut:
  • profesion
  • harta
  • cinta
PROFESION:Profesion atau nak senang lagi pekerjaan mampu menjadi penghalang keoada dekatnya seorang hamba kepada tuhannya,atau sebagai batu loncatan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.Bertuhankan pekerjaan terjadi apabila seeorang itu melebihkan pekerjaannya melebihi perintah Allah.Sebagai contoh,Seorang pekerja diarahkan oleh bosnya untuk mengusaikan kerjanya sebelum 5 ptg .Stat bwat keje kul 12 tgh hari lepas makan,dah pukul 4.15 x siap lagi.....zuhur x solat lg,tapi bos nak kul 5....takut kat bos punye pasal zuhur dikorbankan.sebab kate bos:"x siap keje ni,aku pecat kau".Bos lebih ditakuti berbanding Allah...Sekalipun dibuang kerja,percayalah selagi mana kita berpegang kepada 'tali' Allah,insyaAllah rezeki Allah ada di mana2.

Harta:Kehidupan zaman sekarang sering berkait-rapat dengan duit.kate org,x de duit x leh hidup.Mane pergantungan kita kepada Allah?Nak bagi isteri dengan anak2 makan,terpaksa kerja kuat...kalau kene carenye,x de salahnya berusaha bersungguh2 disusuli tawakal kepada Allah.Tapi yang silapnya bila kerja kuat sampai urusan wajib agama ditinggalkan...solat entah kemana...mcm mane harta yang diperoleh nak jadi halal kalau perintah Allah ditinggalkan.Hamba kepada duit tidak mendatangkan apa2 keuntungan kepada kita...

Cinta:Tengok org len bercouple,kite pun nak bercouple gak.senang sgt terpengaruh dgn orang.Hasilnya,golongan bercouple melebihi golongan yg x bercouple...

"Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan" (6:116)

x salah untuk kita mengikut org,tapi selidiki dulu halal haram bende tu...X salah jika ana katakan kebanyakan orang yg bercinta sblm berkahwin ni melebihkan permintaan pasangannya lebih dari perintah Allah S.W.T...

01 April 2010

Cinta Hakiki


Assalamualaikum W.B.T...
Perkataan CINTA sekarang ni acapkali disebut dan tatkala ianya disebut,maka tersenyum kebanyakan remaja dengan seribu makna tersirat.Kebanyakannya penuh bergelumang dengan nafsu.Namun x dinafikan ada yang berada di atas landasan yang betul.Apa yang ingin ana bincangkan hanyalah satu perkara,tapi mungkin kita sume terlepas pandang.Satu faktor yang menimbulkan rasa cinta dan sayang sesama manusia.Faktornya,kekerapan berjumpe.Anda setuju?lihat saja situasi yang banyak berlaku sekarang,terbit rasa cinta dalam kalangan ahli sepejabat,rakan sekelas,dll. atas dasar selalu berjumpe.Bila dah selalu jumpe,terasa rindu la pulak.Sehari x nampak terus x senang duduk.Mula lah tulis SMS,caling2 dan lain2.
Jom kita analisis sket tentang keadaan ni.X dinafikan kekerapan berjumpe seseorang bleh menimbulkan rasa kasih dan sayang.Sebagai umat Islam,tidakkah kita tertanya-tanya,Rasulullah S.A.W. merupakan kekasih Allah,dijamin kedudukannya di Syurga kelak.Namun,baginda masih terus-menerus melakukan ibadat,ibadat nawafil baginda x terhitung.Dapat x kita nampak persamaannya disini?Nabi kerap bersolat untuk berjumpe dengan Allah,berkomunikasi dengan Allah.Maka timbul perasaan cinta kepada Allah,CINTA YANG HAKIKI.Bila dah terasa rindu,selalu teringatkan Allah.Maka berzikirlah hamba Allah untuk mengingatiNYa.Bila sentiasa teringat Allah,hati ini terasa berat dan bersalah untuk melakukan maksiat terutamanya untuk mencintai manusia lebih daripadaNya.Betapa manisnya cinta yang hakiki ini.
Namun perasaan cinta kepada manusia merupakan naluri manusia.Bagi lelaki cinta kepada isteri terletak di no.4 selepas Allah,Rasulullah dan Ibu.Bagi Isteri pulak,no.3 selepas Allah dan Rasulullah.Pabila hati sudah bersedia untuk menerima cinta manusia,ucapkanlah doa yang diamalkan Rasulullah:-
"Ya Allah,kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu,dan Cinta kepada orang yang mengasihiMu,dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cintaMu."
Akhirulkalam...