30 Jun 2010

Asyik2 pasal kahwin...


Assalamualaikum W.B.T,

Alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada diri ana untuk berkongsi sedikit sebanyak bersama pembaca sekalian.Kali ni ana nak berbicara pasal kahwin.Sebab apa?kawan2 ana sekarang ni asyik2 cakap pasal kahwin.Maklumlah mereka ni sume dah mula mencecah umur 20 thn.Boleh dikatakan majoriti pelajar universiti kat Malaysia ni dah mula berfikir pasal kahwin bila usia mula mencecah 20.Ana x kata sume,tapi majoriti.Ramai yang bersandar kepada sunnah nabi yg di bawah ni:-

“Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi." (Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim).

Tapi ana kagum,sebab mereka ni bila cakap pasal kahwin,ape yg mereka fikir antaranya:-

=dah ade calon ke?
=sape la yang bertuah tu?

Bagi ana,persoalan ni patut timbul pada peringkat pertengahan berkaitan perkahwinan.Pada pendapat ana,persoalan yang patut difikirkan pada peringkat permulaan adalah BERSEDIAKAH KITA?Jadi hebat jugak la remaja2 kita ni kan?belum ape2 lagi dah 'jump' ke persoalan pertengahan tanpa singgah ke peringkat permulaan dulu.

Berkatan persoalan BERSEDIAKAH KITA?.benda ni patut difikirkan sejak baligh lagi!x percaya?percayalah....sebab apa yang dimaksudkan disini adalah peribadi kita.Sebelum berkahwin,peribadi muslim perlulah dipupuk.Bayangkan situasi ni

"Seorang suami bangun subuh lewat[ana x cakap x solat subuh dgn harapan pembaca sekalian x de yg tertinggal:-)],kekemasan rumah x terjaga,ke masjid jarang sekali,al-Quran jarang dibaca"

Mungkin ade yang berkata"lepak la bro,lepas kahwin nnt baru fikir...."ye ke boleh fikir lepas kahwin.Bayangkan kalau mula2 kita kahwin belum terdidik nak buat bende2 ni,lepas tu isteri dgn anak2 dah sebati dgn cara hidup bgn subuh lewat,Quran jarang baca,anak laki malas ke masjid.Ya Allah,susah nak betulkan balik tu.Semuanya sebab peribadi Muslim belum terbentuk sebelum berkahwin.InsyaAllah kalau peribadi Muslim berjaya dicapai,Baitul Muslim yang bahagia akan terbina.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."~An-nur:26~

Justeru itu,ayuh pemuda Islam sekalian!!!Mari kita bina peribadi muslim yang mantap agar sebuah baitul muslim yang kukuh dapat terbina kelak.Dengan bercambahnya baitul muslim yang berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah,insyaAllah khilafah Islam akan tertegak kelak.Allahuakbar!!!Tak kira bila masa jodoh kita akan sampai,ade kawan ana yang dah sampai jodohnya awal,ade yang lambat.Itu bukan persoaalannya sekarang.Biar kita mantapkan dulu peribadi kita...

Akhirulkalam...

Apa adab2 mesyuarat mengikut sunnah?


Soalan:

Bismillah,
Assalamu’alaikum,

Dipohon penjelasan mengenai tatacara Rasulullah SAW mengendalikan mesyuarat, atau tatacara mengendalikan mesyuarat mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

Adakah Baginda memulakan/membuka dan mengakhiri/menutup mesyuarat dengan doa/zikir yang khusus? Jika ada, dipohon penjelasan mengenainya, dan juga penjelasan mengenai perkara-perkara berkaitan yang lain.

Jazakumullahu khairan,

1. Memulakan majlis dengan memuji dan memuja Allah swt serta berselawat ke atas Nabi saw. Seperti menyebut:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله atau seumpamanya.

2. Tidak memperkatakan di dalamnya melainkan kebaikan sahaja. Sabda Nabi saw:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيراً، أو ليصمت

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata perkata yang baik ataupun dia senyap.”

3. Tidak duduk diantara dua orang melainkan dengan izin mereka berdua berdasarkan hadith:

لا يحل لرجل أن يفرق بين اثنين إلا بإذنهما

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki, dia duduk antara dua orang lelaki (di dalam sesuatu majlis) melainkan dengan keizinan mereka berdua.” (al-Albani: Hasan Sahih, Sahih Abi Daud. Ahmad Syakir: Sanadnya Sahih, Musnad Ahmad)

Tidak boleh seseorang datang di dalam sesuatu majlis kemudian dia arahkan orang lain bangun lalu dia mengambil tempat orang tersebut. Perbuatan ini jelas dilarang oleh Nabi saw di dalam hadith baginda:

لا يقيم الرجلُ الرجلَ من مجلسه ثم يجلس فيه

Maksudnya: “Jangan seorang lelaki membangunkan seorang lelaki yang lain dalam majlisnya, lalu dia duduk ditempat lelaki tersebut.” (al-Bukhari)

Di dalam hadith yang lain:

نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يقيم الرجل أخاه من مقعده ويجلس فيه . قلت لنافع : الجمعة ؟ قال : الجمعة وغيرها

Maksudnya: “Nabi saw melarang seorang lelaki membangunkan saudaranya dari tempat duduknya, lalu dia duduk di situ.” Aku bertanya kepada Nafi’: “(larangan itu) ketika solat Jumaat?” Jawab Nafi’: “Ketika solat Jumaat dan selainnya.” (al-Bukhari).

4. Meluaskan majlis agar semua yang terlibat dapat ikut serta
5. Memelihara lidah dari perkataan-perkataan yang menyakiti orang lain
6. Menutup majlis dengan membaca kafaratul majlis. Sabda Nabi saw:

‏من جلس في مجلس فكثر فيه ‏ ‏لغطه ‏ ‏فقال قبل أن يقوم من مجلسه ذلك سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك إلا غفر له ما كان في مجلسه ذلك

Maksudnya: “Sesiapa yang berada di dalam majlis, banyak di dalamnya perkataan-perkataan lagha atau dosa, lalu sebelum bersurai dia membaca:

سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك

Maksudnya: “Maha suci Engkau Ya Allah dan dengan pujian kepadaMu, aku bersaksikan bahawa tidak ada ilah melainkan Engkau, aku memohon ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Mu.” (Al-Bukhari)

Wallahu a’lam.

Smber:http://soaljawab.wordpress.com/2008/03/20/mesyuarat-mengikut-sunnah/#more-843

Jadi diharap kita akan mempraktikkan sebaik mungkin agar mesyuarat kita tidak hanya penuh dengan gelak-tawa dan ikhtilat yg x terjaga sesama laki dan perempuan.X kiralah di sekolah,universiti mahupun di tempat kerja.InsyaAllah kita manfaatkan segala adab2 bermesyuarat agar perjumpaan itu diberkati....

29 Jun 2010

Macam mana nak berwuduk kalau anggota badan cedera?


Soalan: Anak saya mengalami kemalangan bahagian anggota wuduknya dibalut dalam tempoh 2 minggu. Bagaimanakah cara dia mengambil wuduk dalam keadaan demikian? Apakah dia perlu mengulangi solatnya?.


Jawapan: Dalam masalah ini, kebanyakan ulama menyatakan: Dia hanya perlu menyapu air pada balutan berkenaan. Dia tidak perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan tersebut. Bab ini dipanggil al-Mash ‘ala al-Jabirah wa al-‘Isabah iaitu menyapu di atas balutan patah dan luka.

Namun begitu oleh kerana hadith-hadith dalam masalah ini kesemuanya tersangat daif, ini seperti yang dinyatakan oleh para ulama hadith seperti al-Baihaqi, dan tegaskan lagi oleh al-Albani dalam Tamam al-Minnah, maka berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini.

Apa yang saya rumuskan daripada perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang boleh diikuti;

Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut, tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat terpilih daripada kebanyakan ulama fekah. (lihat: ‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar`ah, 1/140, cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut ).

Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam bab ini terlalu daif maka ada ulama fekah yang berpegang kepada tidak ada apa yang dikatakan sapu atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (wafat 456H). Kata beliau ketika memberikan alasan pandangannya : “Dalilnya firman Allah (maksudnya) “Allah tidak bebankan kepada seseorang kecuali apa yang dia terdaya” dan sabda Nabi s.a.w: “Apabila aku perintah kamu dengan sesuatu perintah, maka datangilah ia dengan kadar kemampuan kamu”. Dengan dalil al-Quran dan al-Sunnah gugur kewajipan apa yang seseorang tidak mampu. Maka gantinya ialah apa yang disyarakkan. Syarak pula tidak wajib diikuti melainkan dengan dalil daripada al-Quran atau sunnah. Tiada dalil al-Quran atau sunnah yang menggantikan basuhan dengan sapuan ke atas balutan patah atau ubat bagi anggota yang tidak mampu dibasuh”.(lihat: Ibn Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla,1/316, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ). Tokoh hadith zaman ini yang terkenal al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h.cenderung kepada pendapat ini. (lihat: Al-Albani, Tamam al-Minnah, 133-135, cetakan: Dar al-Rayah, Riyadh ).

Salah satu pendapat atas boleh untuk diamalkan, keduanya lebih mudah untuk pesakit dibandingkan pendapat-pendapat lain. Dia juga tidak perlu mengulangi solat yang dilakukannya apabila dia sembuh. Inilah pendapat yang paling kuat.

Sumber : http://drmaza.com

28 Jun 2010

Everest bergerak?-Janji Allah itu pasti!


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,diri ini masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menulis di alam maya agar dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian dan diri ana sendiri insyaAllah.

Seperti yang kita semua tahu,gunung Everest telah dinobatkan sebagai gunung tertinggi di dunia ini.Tapi tahukah anda Everest ni sebenarnya dulu bukan gunug,tapi dasar laut!!!.Menurut geologist,lebih 60 juta tahun yg lalu,telah berlaku pergerakan plat tektonik bumi yang akhirnya mengakibatkan satu plat terangkat ke atas,satu lg ke bawah.Yg ke atas ini membentuk Everest dan gunung2 lain manakala yang ke bawah mencair akibat haba panas di perut bumi.

Maka dari pergerakan plat2,tanpa kita sedari telah membuat gunung2 yang kelihatan teguh dan statik sebenarnya BERGERAK dan MENINGGI.Situasi ini turut berlaku pada Everest yang meninggi beberapa milimeter setahun!.

Mengapa Allah ciptakan gunung-ganang ini bergerak?Ini kerana Allah telah jadikan Gunung sebagai pengimbang berat kepada bumi,kerana itulah ia ada diseluruh benua dan diimbangkan pula dgn lembah,dataran serta lurah di sekitarnya.Ini yang menyebabkan Bumi terus seimbang pada setiap sisi,menyebabkannya sentiasa beredar dalam paksinya sehinggalah hari kiamat.

"Engkau melihat gunung2 itu,engkau pun menyangka ia tetap di tempatnya,padahal ia bergerak seperti jalannya awan.Demikianlah perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap2 sesuatu;sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan" ~An-naml:88~

Ternyata apa yang dinyatakan di dalam al-Quran itu benar,dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi.Tapi apa yang berlaku kepada Rasulullah apabila baginda menyatakan kebenaran ini?baginda dituduh gila!walau ia satu kebenaran.Justeru,kenapa kita perlu ragu2 untuk menegakkan apa yang telah ditetapkan Allah di dalam al-Quran?Ternyata tiada kesilapan dalam al-Quran.Marilah kita tegakkan apa yang diperintahkan Allah.Biarlah apa yang dikatakan orang.Biarlah kita tergolong dalam golongan yang sedikit.Perintah Allah perlu ditegakkan!
Namun,bukanlah penemuan sains yang serta geologi yang membuktikan al-Quran itu benar,Kebenaran telah wujud sejak 1400 tahun yang lalu.

Pada pendaki2 yang telah berjaya menakluk mana gunug sekalipun,janganlah anda berasa angkuh.

"Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya engkau sekali-kali tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung"
~al-Isra':37~

Akhirulkalam...

27 Jun 2010

PTPTN:Riba' atau Caj perkhidmatan?

Soalan:Assalamualikum...saya nak melanjutkan pelajaran kelak dan berkeinginan untuk menggunakan khidmat PTPTN untuk membiayai pelajaran saya.Adakah ia dkira riba'?Adakah 3% yg dikenakan dikira sebagai caj perkhidmatan?

Terlalu ramai yang bertanya kepada saya tentang PTPTN. Saya cuba mengelak dari membuat sebarang ulasan di dalam web saya kerana mendapat info bahawa mereka sedang dalam proses islamisasi produk mereka. Bagaimanapun demi, bersikap adil kepada hukum dan ilmu, saya tiada pilihan kecuali perlu mengurakannya demi menjawab persoalan orang yang-orang yang bertanya dengan adil.

Jawapan mudah saya, apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran sedia ada dan lain-lain masalaha yang tidak diketahui.

Karikatur PTPTN

Saya difahamkan beberapa pakar Shariah dan bank Islam di Malaysia telah membentangkan beberapa cadangan struktur pembiayaan pelajaran baru berlandas aqad Ijarah, Bai’ dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, banyak yang menemui jalan buntu dan sebahagiannya masih dalam proses penyemakan dan penilaian.

Dari sudut Shariah, 3 % yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwa tersebut.

Apa itu Qard

‘Qard’ dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjam tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari.

Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuk sejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atau telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula pada kemudian hari.

Pinjaman atau ‘Qard’ dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru’) dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atas sebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akan melepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat..” (Riwayat Muslim)

Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedah sebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: ” berkata Rasulullah SAW, aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra’ mikraj), tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali, manakala ‘qard’ atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak lapan belas kali ganda…” (Riwayat Ibn Majah, 2/812)

Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan

Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikan sebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard’ tercapai, Islam meletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategori Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami’ fi Usul al-Riba, hlm 217).

Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman

Sungguh ramai yang mengajukan pertanyaan kepada saya berkenaan hukum kos perkhidmatan dan pengurusan yang dikenakan bagi pinjaman yang diberikan. Terdapat beberapa pihak yang cuba mengenalkan produk pinjaman yang bersifat Islam serta diberi nama “Qardhul Hasan”. Istilah ‘Qardhul Hasan’ merujuk kepada pinjaman tanpa sebarang faedah, ertinya peminjam hanya perlu membayar wang modal yang dipinjamnya sahaja tanpa sebarang penambahan. Ia dikira sebagai salah satu bentuk ibadat yang amat digalakkan kerana sifatnya yang membantu melepaskan orang lain dari kesukaran dan keperluan mendesak tanpa mengambil sebarang peluang atas kesusahan orang lain dengan mengenakan ‘bunga’, faedah atau riba.

Walau bagaimanapun, implementasi ‘Qardul Hasan’ ini kerap kali tersasar dari tujuan dan konsep asal pinjaman bersifat kebajikan hingga menjadi dwi tujuan, iaitu untuk bantuan dan meraih keuntungan disebalik nama kos perkhidmatan dan pengurusan agar ia menjadi ‘Halal’ kononnya.

Sebelum membincangkan soal kos perkhidmatan ini, terlebih dahulu saya ingin membawakan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah AAOIFI (http://www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (dari jumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau ‘aqad’ pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (Shariah Standard, AAOIFI, hlm 336)

Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR. Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para Ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidak lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337)

Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 2 %, 3 % atau 4 % dari jumlah pinjaman dengan hujjah bahawa ianya adalah kos pengurusan adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ini adalah bentuk yang dilakukan oleh PTPTN dan lain-lain institusi yang melakukannya.

Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut ” It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given)” ( Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi.

Inilah Riba yang berselindung di balik nama kos pengurusan dan ‘Qardul Hasan’ namanya. Bayangkan, jumlah kos sebenar bagi sesuatu pinjaman yang diberikan kemungkinan hanya (sebagai contoh) sebanyak RM 500 bagi setiap transaksi komputer, peguam, cukai stamp dan lain-lain kos sebenar urusan pinjaman atas asas ‘Qardul Hasan’. Dalam keadaaan ini, sepatutnya sesiapa sahaja yang meminjam, tanpa mengira berapa pun jumlah pinjaman mereka maka akan dikenakan satu jumlah kos sebenar pengurusan yang tetap dan tepat iaitu RM 500.

Bagaimanapun, apabila diletakkan satu jumlah peratusan seperti 2 % dan lainnya. Jumlah kos pengurusan tadi sudah pasti akan berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi, tatkala itu kos pengurusan tidak lagi menjadi kos pengurusan tetapi menjadi kos faedah dan riba yang dikenakan bagi setiap sen duit atau wang yang dipinjamkan.

Akhirnya, mesej yang ingin saya sampaikan dari tulisan kali ini tidak lain adalah untuk memastikan nama ‘Qardul Hasan’ dan fatwa oleh ulama sedunia berkenaan keharusan kos pengurusan atas pinjaman tidak di salahkan gunakan atau di salah fahami.

Yang Sudah Berlalu & Alternatif

Bagi yang sudah terlepas. Wallahu ‘alam, mungkin anda boleh di anggap dalam situasi ‘hajiat’ ( keperluan yang agak mendesak bagi mencapai fardhu ‘ain dan Kifayah iaitu belajar) jika sememangnya tiada bantuan kewangan lain yang boleh diperolehi di ketika anda memohon. Wallahu a’lam.

Allah SWT telah menyebut dgn jelas ertinya : ” Allah tidak membebankan seseorang perkara yang tidak tidak dimampuinya”

Bilamana seseorang tiada jalan lain lagi yang boleh di perolehi untuk mendapatkan bantuan kewangan pelajarannya, cuma PTPTN saja yang layak (pinjaman PTPTN pula pula dibuat secara Riba), atau bagi sesiapa yang telah terlanjur terlibat dengan Riba ini, tidak banyak yang boleh saya nasihatkan kecuali bertawbat kepada Allah atas ketidakmampuan mengelak itu dan berdoa agar anda tidak di bebankan dengan dosa ini dengan hati yang tidak redha.

Mungkin ia boleh diqiyaskan kepada kisah sahabat yang mengucapkan kalimah kufur kerana terpaksa tetapi hatinya sentiasa beriman kepada Allah dan tidak redha dengan kalimah yang terpaksa di ucapkan itu. Bagaimanapun sahabat nabi tadi diancam dengan bunuh, manakala peminjam PTPTN diancam dengan tertutup peluang belajar ?. Adakah sama ?. Tidak juga, kerana belajar ilmu boleh didapati dalam pelbagai cara termasuk yang percuma seperti di web saya ini. Ringkasnya, memang sukar sebenarnya untuk mangangkat tangan mengatakan “saya dharurat ustaz” atau ‘saya amat terdesak’ sehingga terlibat. Lebih membimbangkan ada ura-ura untuk mewajibkan ibu bapa menjadi penjamin kepada pinjaman PTPTN si anak. Ini bermakna ibu bapa juga akan termasuk dalam kumpulan yang terlibat dengan riba dengan jaminannya.

Apapun, jika terlibat juga ia bukanlah dosa 100 % terhasil dari diri anda, tetapi pengurusan berwajib yang lebih besar tanggungannya di sisi Allah SWT.

Bagaimanapun, inisiatif pengurusan PTPTN untuk mengubah cara pemberian bantuan yang selari dengan kehendak Islam dan bertepatan dengan agenda kerajaan “ISLAM HADARI” , boleh di puji, ia pasti dilihat oleh ALLAH swt sebagai satu azam kepada kebaikan. Cuma kita mengharapkan ia lebih dari azam lalu menjadi realiti. wallahu alam.

Saya amat memahami bahawa biasiswa dan zakat pula mungkin amat sukar untuk diperolehi. Apapun, sepatutnya di usahakan terlebih bantuan lain dahulu sebelum mengangkat tangan ‘mengalah’ dan mengambil yang riba. Bagi saya, adalah lebih baik bagi pelajar yang belajar di dalam Malaysia untuk membuat pinjaman tanpa faedah dengan ibu bapa atau adik beradiknya ( jika mereka orang mampu) dari membuat pinjaman PTPTN yang mengenakan % tertentu sebagaia ‘kos perkhidmatan’ kecuali jika anda belajar di luar negara yang kosnya terlalu tinggi.

Selain itu, ada beberapa buah bank Islam ada menawarkan pembiayaan pendidikan yang distruktur secara bai Inah. Adalah lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan ini dari terjebak dalam RIba walaupun mungkin kosnya lebih tinggi.

Saya juga ingin mencadangkan agar anda membuat surat memohon agar dihapuskan pembayaran 3 % itu kepada pihak PTPTN, sekiranya mereka luluskan. Alhamadulillah, sekiranya mereka tidak meluluskan, maka tanggung jawab yang sudah terlepas menggunakannya telah dikira terlepas.

Bagaimanapun, jika anda gagal mendapatkan rebate dari PTPTN, maka hutang tersebut masih wajib dibayar penuh menurut undang-undang Malaysia. Saya hanya mampu mencadangkan agar rayuan pelepasan dibuat sahaja. Lebih elok jika rayuan dibuat sambil menampilkan prestasi cemerlang di universiti, mungkin ada peluang untuk mendapat pelepasan sebagaimana jenis ‘pinjaman boleh ubah’, yang mana kos tamabahan itu boleh dihapuskan apabila pelajar mendapat skor tinggi.

Jika benar PTPTN ada menyediakan ruang bagi mereka yang skor untuk dihapuskan kso perkhidmatan riba itu. maka menajdi WAJIB bagi pelajar untuk meraih skor itu, tidak bersungguh bagi mendapatkannya akan dikira sebagai berdosa. Kerana ada peluang untuk elak , tetapi bermalasan untuk mencapainya. Selamat belajar dalam berkat Allah……

Sekian

Oleh:Zaharuddin Abd Rahman

Sumber:http://www.zaharuddin.net/

26 Jun 2010

Apa kita nak buat dengan duit riba'?


Soalan:Salam.. Sekiranya menerima wang yg diyakini ia sbg wang riba’, seperti duit interest dr simpanan di bank, kemanakah duit interest tersebut harus @ boleh disalurkan? Ini kerana saya berada di luar negara dan institusi kewangan berlandaskan Islam boleh dikatakan tiada. Maka untuk menghindari dr permasalahan tersebut adalah sukar.

Terima kasih

jawapan

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Didalam sessi yang ke 9 mesyuarat Jawatan kuasa Akademi Fiqh Dunia yang berlangsung di Makkah pada 12 Rejab 1406H ada menyatakan bahawa “duit yang diperolehi dari RIBA adalah haram. Seseorang Islam TIDAK boleh membelanjakan duit tersebut untuk dirinya atau kepada sesiapa yang dia beri, tetapi duit tersebut hendaklah dibelanjakan bagi kepentingan awam seperti membina Hospital, sekolah dsb. Ini tidaklah dianggap sebagai SEDEKAH akan tetapi pemberian itu merupakan proses pembersihan diri seseorang dari perkara yang diharamkan.

Malahan, TIDAK DIBENARKAN untuk meninggalkan duit tersebut dibank oleh kerana dengan duit tersebut, Bank tersebut akan menjadi bertambah kukuh. Bank juga biasanya menggunakan duit riba tersebut untuk menyokong projek2 orang Kristian dan instituisi Yahudi. Dalam kata lain, wang riba ini juga menjadi senjata terhadap orang Islam.”

Ada juga dikalangan ulama’ seperti Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. membenarkan duit-duit ini diagihkan kepada orang yang benar-benar susah. Bagi beliau, duit RIBA bukanlah seperti RACUN yang mana ia tidak boleh digunakan langsung. Apa yang HARAM ialah CARA seseorang itu memperolehi duit, iaitu RIBA. Duit tersebut adalah bersih untuk diagihkan kepada tujuan lain.

Kesimpulannya adalah apa yang jelas, duit Riba itu haram digunakan oleh Tuan punya duit. Ia hendaklah diagihkan kepada kegunaan awam atau kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Si pemberi duit tersebut tidaklah dianggap sebagai orang yang bersedekah, kerana ini merupakan cari seseorang itu membersihkan dirinya dari terjebak didalam amalan riba. WA.

Sekian, wassalam

Sumber:http://soaljawab.wordpress.com/2008/11/20/sedekah-wang-riba/

25 Jun 2010

Apa nak buat kalau kita sedih?


Soalan:Apakah amalan atau bacaan yang paling baik dilakukan ketika menghadapi keadaan yang sukar atau sedih?

Jawapan:

Sesungguhnya tidak ada petunjuk yang lebih baik berbanding petuntuk dari Nabi SAW. Seseoranng yang menghadapi kesukaran , keluh-kesah dan kesedihan bacalah doa yang diajarka oleh Nabi SAW seperti yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA Nabi SAW telah bersabda:

ما أصاب عبداً هم ولا حزن فقال “اَللَّهُمَّ إنِّيْ عَبْدُكْ ابْنُ عَبْدِكْ ابْنُ أَمَتِكْ نَاصِيَتِيْ بِيَدِكْ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكْ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكْ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكْ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكْ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكْ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكْ أنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلَاءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ” إلا أذهب الله همه وحزنه وأبدله مكانه فرحا

Maksudya: “Tidak ada seseorang yang ditimpa keluh kesah dan kesedihan, lalu dia membaca: (maksudnya) “Ya Allah sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelakiMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku berada di dalam gengamanMu, telah berlalu ke atasku hukumanMu, adillah ke atasku setiap ketetapanMu, aku memohon kepadaMu, dengan setiap nama yang Engkau namakan diriMu dengannya, atau dengan nama yang Engkau turunkannya di dalam kitabMu, atau dengan nama yang Engkau ajarkan kepada salah seorang daripada hambaMu, atau dengan nama yang Engkau simpan ia di alam ghaib di sisiMu, untuk Engkau menjadikan al-Quran itu penghias dan cahaya hatiku, menghapuskan kesedihanku dan menghilangkan keluh-kesahku.” Melainkan Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan kesedihannya dan Allah gantikannya dengan kegembiraan.” (Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir di dalam Syarh Sunan al-Tirmizi – al-Durar)

Abu Said al-Khudriy RA pula menceritakan:

دخل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – المسجد ذات يوم فإذا هو برجل من الأنصار يقال له أبو أمامة فقال: يا أبا أمامة مالي أراك جالساً في المسجد في غير صلاة ؟ قال: هموم لزمتني وديون يا رسول الله قال: أفلا أعلمك كلاماً إذا قلته أذهب الله همك وقضى عنك دينك قلت: بلى يا رسول الله قال: قل إذا أصبحت وإذا أمسيت: “اللّهُمَّ إنِّىْ أعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Suatu hari Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah duduk di dalam masjid, Nabi SAW bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat? Jawab Abu Umamah: “Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah.” Jawab Nabi SAW: “Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?” Beliau menjawab: “sudah tentu wahai Rasulullah.” Jawab Baginda: “pada waktu pagi dan petang bacalah: “(Maksudnya) Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang.” (Hadith sahih riwayat Abu Daud)

Bagi ana,apelah guna kita mengamalkan ayat ni tanpa memahami maksudnya.maka sama-samalah kita fahami satu-persatu makna ayat ni agar hati kita sentiasa tenang dalam naungan Allah S.W.T insyaAllah...

wallahu a’lam.
Sumber:http://soaljawab.wordpress.com/2008/12/01/amalan-ketika-sedih/#more-1123

Boleh x berubat dengan arak?


Soalan:Bolehkah menggunakan arak sebagai ubat untuk merawat penyakit?

Jawapan:

Dalam perubatan Cina tradisional arak bersifat menghangatkan dan melancarkan perjalanan darah sehingga boleh menguatkan kesan perubatan. Lebih-lebih pada kes penyakit ‘yin/dingin’ dan gangguan perjalanan darah.[1]

Bagaimanakah pandangan Islam mengenai perubatan dengan arak?

Perlu diketahui, majoriti ulama mengharamkan berubat dengan Arak (iaitu sesuatu yang memabukkan) seperti arak. Alasan terlarangnya hal ini adalah sebagai berikut.

Pertama: Hadis Thoriq bin Suwaid Al Ju’fi

Thoriq bin Suwaid Al Ju’fi pernah bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai Arak. Kemudian baginda saw melarang atau tidak suka untuk menggunakannya. Kemudian Thoriq mengatakan bahawa Arak itu hanya akan digunakan sebagai ubat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas mengatakan,

إِنَّهُ لَيْسَ بِدَوَاءٍ وَلَكِنَّهُ دَاءٌ

Sesungguhnya Arak bukanlah ubat, namun sebenarnya dia adalah penyakit.[2]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan, “Inilah dalil tegas yang melarang berubat dengan Arak dan sebagai bantahan kepada orang yang membolehkannya. Begitu pula dengan benda-benda haram lainnya berlaku demikian (terlarang digunakan untuk berubat) dengan alasan qias (analogi). Hal ini berbeza dengan orang yang membezakan antara keduanya.”[3]

Sungguh sangat aneh jika ada sebahagian doktor muslim yang membolehkan berubat dengan Arak (arak) sedangkan Nabinya sendiri mengatakan bahawa Arak itu adalah penyakit!

Kedua: Hadis Abu Darda’

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّوَاءَ وَأَنْزَلَ الدَّاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَتَدَاوَوْا بِحَرَامِ

Sesungguhnya Allah menurunkan ubat dan Dia juga menurunkan penyakit. Allah menjadikan ubat pada setiap penyakit. Oleh kerana itu, berubatlah. Namun janganlah kalian berubat dengan yang haram. ”[4]

Ketiga: Hadis Abu Hurairah

Dari Abu Hurairah, beliau mengatakan,

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الدَّوَاءِ بِالْخَبِيثِ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang menggunakan ubat yang khobis (kotor).[5]

Inilah dalil-dalil yang menunjukkan larangan berubat dengan yang haram secara umum dan menunjukkan pula terlarangnya menggunakan Arak (arak) secara khusus.

Satu kekeliruan

Mungkin ada yang menanyakan, “Kenapa dalam masalah perubatan dengan Arak tidak masuk dalam kaedah Ushul Fiqih: “Keadaan darurat membolehkan sesuatu yang terlarang”?”[6]

Jawapannya:

Pertama, berubat bukanlah termasuk perkara darurat daripada pelbagai pendapat ulama yang lebih kuat dan berubat bukanlah suatu kewajipan menurut majoriti ulama. Sampai-sampai Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan,

وَلَسْتُ أَعْلَمُ سَالِفًا أَوْجَبَ التداوي

“Aku tidak mengetahui satu ulama salaf (ulama terdahulu) yang mewajibkan untuk berubat.”[7]

Syaikh Muhammad bin ‘Ibrahim Alu Syaikh rahimahullah mengatakan, “Hukum asal berubat adalah dibolehkan, namun bukanlah wajib. Maka tidak boleh seseorang berubat dengan yang terlarang kerana alasan melakukan sesuatu yang dibolehkan.”[8]

Dalil pendukung hal ini adalah hadis Ibnu ‘Abbas mengenai wanita hitam yang mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

فَقَالَتْ إِنِّى أُصْرَعُ ، وَإِنِّى أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِى . قَالَ « إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ » . فَقَالَتْ أَصْبِرُ . فَقَالَتْ إِنِّى أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ لاَ أَتَكَشَّفَ ، فَدَعَا لَهَا .

Wanita tersebut mengatakan, “Aku sering menderita penyakit sawan sehingga auratku sering terbuka. Berdoalah pada Allah untukku.” Baginda berkata, “Jika engkau mahu, bersabarlah maka bagimu syurga. Dan jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah untuk menyembuhkanmu.” Wanita tersebut mengatakan, “Kalau begitu aku memilih untuk bersabar. Sesungguhnya auratku sering tersingkap (ketika sawan), maka berdoalah pada Allah agar auratku tidak tersingkap ketika itu.” Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan wanita tadi (agar auratnya tidak tersingkap).[9]

Seandainya berubat itu wajib, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak perlu memberi pilihan di dalam hadis di atas.

Asy Syaukani mengatakan, “Tidak berubat lebih utama jika seseorang mampu untuk bersabar.”

Murid Asy Syaukani, Shidiq Hasan Khan mengatakan, “Lebih utama jika seseorang mampu untuk bersabar. Alasannya kerana di dalam hadis di atas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Jika mahu, engkau lebih baik untuk bersabar.” Namun jika tidak mampu untuk bersabar terhadap sakit yang diderita dan merasakan sempit ketika menahan sakit, dalam keadaan ini berubat lebih utama kerana keutamaan tidak berubat tiada jika tidak mampu bersabar.”[10]

Kedua, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menegaskan mengenai haramnya berubat dengan Arak, sebagaimana telah disebutkan dalam hadis yang telah lalu.[11]

Kesimpulan: Arak (contoh arak) tidak boleh digunakan untuk berubat.

PERHATIAN: Perbahasan ini berbeza dengan Perbahasan menggunakan ubat atau antiseptik yang mengandungi alkohol.

Sumber:http://soaljawab.wordpress.com/2010/01/27/bolehkah-berubat-dengan-arak/

24 Jun 2010

Dipotong tangan kerana MEMBERI sedekah?


Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.”
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu.”
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”

Solat Jama’ Bagi Pesakit & Doktor


Soalan: Bagaimana cara mengerjakan solat jamak, dan apakah keadaan-keadaan yang membolehkannya?

Jawapan:Supaya tidak terkeliru, terlebih dahulu saya terangkan maksud jamak. Iaitu menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak. Adapun qasar bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan jamak lebih luas daripada keizinan qasar. Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tetapi dia tidak boleh menqasarkannya. Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asr dalam waktu Zohor iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asr. Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asr, dengan cara melewatkan Zohor. Begitu juga Maghrib dan Isyak. Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut: “RasululLah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”. Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya: “Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya”. Dalam riwayat yang lain daripada Muslim juga disebut: “Baginda jamakkan solat tidak disebabkan katakutan atau hujan”.

Hadith-hadith yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya.

Hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang tidak ada pilihan lagi. Demikian juga bagi wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh menjamakkan solat sejak di rumahnya, tanpa qasar. Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menanaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu, jika benar-benar menyukarkan dan dia tidak mempunyai pilihan maka ketika itu diizin.

Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antara Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).

Sumber : http://drmaza.com dengan judul asal Cara & Sebab Solat Jamak

:http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/01/13/solat-jama-bagi-pesakit-doktor/

23 Jun 2010

Apa anda buat dalam tren/bas?


Assalamualaikum W.B.T

Baru2 ni,mase ana dalam tren untuk ke satu destinasi yang dirahsiakan,ana terpikir jugak ape la yang orang selalu buat mase dalam tren.Takkan nak duduk atau berdiri buat x tau sepanjang mase,kene plak mase perjalanan sampai 30 minit atau lebih lg.Biasenye yang laki tengok pompuan,kene pulak majoriti pompuan ni pakaian x tertutup rapi pulak.Ya Allah,besar dugaannya bagi lelaki2 ni.Pompuan pun tengok2 gak laki2 yg ade kat dalam,kene pulak mat salleh naik...Ni yg banyak ana nampak berlaku,tapi bukan semua...

Jadi,pada pendapat ana,kita boleh isikan mase terluang ni dengan benda yang lebih bermanfaat tertakluk kepada beberapa situasi

PERTAMA

Situasinya anda naik bas/tren berlenggang,maksudnya x bawak beg ape2...erti kata laen dengan tangan kosong.Waktu pagi,eloklah kalau kita boleh amalkan istighfar di bawah ni.

لااله الاالله وحده لاشريكله٠له الملك وله الحمديحيي ويميت٠ وهوعلى كل شيء قدير

Riwayat Imam bukhari daripada Abu Hurairah RA berkata,
Daripada Abu Hurairah RA,katanya: "Sesungguhnya Easulullah SAW telah bersabda: "sesiapa yang berzikir sebanyak 100 kali sehari dengan zikir berikut(zikir di atas),Nescaya baginya pahala seperti memerdekakan sepuluh orang hamba,dituliskan baginya 100 kebajikan,dihapusan 100 dosa kejahatan,terpelihara daripada gangguan syaitan yang direjam pada hari tersebut sehingga ke petang dan tidak ada seorang pun yang dapat menandingi kelebihan amalannya itu,melainkan lelaki yang beramal lebih banyak daripada amalan yang dilakukannya".


Ape?100 kali?banyaknye!!!Belom cube blom tau.Ana pernah cube bwat mase naek lrt,paling minima jarak 5 stesen dah boleh habis.Ha....x lame kan?

Misal kata waktu petang atau waktu2 laen,perbanyakkan zikir,tahmid,dll...semoga dengan care ni pandangan kita terpelihara dari persekitaran dalam kenderaan yang kadang2 kurang kondusif.Cubelah,insyaAllah barakah perjalanan kita dengan niat perjalanan yang baek

Istighfar ni lebih afdhal jika dibaca seusai solat subuh,tapi x mengapa jika dibaca pada waktu2 laen yang termampu.

KEDUA

Situasi kedua,anda bawak beg.Ha...beg dah ade,isilah ape yang patut.Rasenye x berat kalau kita masukkan sekali tafsir al-Quran,buku ilmiah atau ape2 yang bermanfaat utk dibaca.Jadi x la sia2 kita duduk kat dalam bas/tren tu lame-lame x bwat pape,sekurang-kurangnya bertambah ilmu kita dengan kehendak Allah

InsyaAllah kita cube praktikkan semampu yang kita boleh.Semoga perjalanan kita lebih berkat dengan izinNya.Ana cube memberi pandangan,terpulang kepada anda untuk buat ape kat dalam bas/tren.Semoga ape saja yang kita lakukan mendapat berkat dariNya insyaAllah

Akhirulkalam.

Bolehkah Memberitahu Aurat Kepada Bukan Mahram Tanpa Menunjukkannya?


Soalan:

Asssalamualaikum...Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.

a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.

b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)

c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

sumber: al-fikrah,net

22 Jun 2010

Hukum Mengembiri(kasi) Binatang/Kucing-Peminat kucing mesti baca!!!


Assalamu’alaikum wbt ,

Mak-ayah saya(termasuk ana,hehe) minat kepada membela kucing. saya juga minat gok kucing kucing nih, tapi masalahnye mengenai mengkasi/mengkembiri/ atau memotong saluran peranakan terutama bagi jantan. Alasannya untuk mengelak kucing jantan kencing merata rata dalam rumah kerana sifat jantannya dan supaya kucing bertambah gemuk ( InsyaAllah ada pemilik kucing paham) Soalan saya, adakah boleh ??kerana ada juga Ustaz saya kaki kucing gak, dia kata boleh tapi dengan syarat menjaganya sebaik baik mungkin kerana tiada niat kita menzaliminya tetapi teman hidup kita untuk dijaga dalam rumah dan menjaga kebersihan.

terima kasih.


jawapan:

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم

{ بسم الله الرحمن الرحيم }

(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************[/color]

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan tersebut dan kami kira soalan seperti ini juga merupakan satu perkara yang amat penting kepada golongan muslimin , lantaran ramai juga di kalangan mereka yang menternak haiwan dan tidak kurang juga yang mempunyai hobi membela kucing .

Alhamdulillah – dengan taufiq dan ‘inayah daripada Allah Ta’ala , maka inilah jawapannya :

[color=blue]Kasi = Kembiri = Castration = خصاء[/color]

SECARA UMUMNYA , Mengembiri binatang ternakan menurut Imam Abu Hanifah (rh) – Pengasas Mazhab Hanafi – tidaklah menjadi satu kesalahan di sisi syarak , kerana ianya boleh menghasilkan binatang ternakan yang gemuk isinya lagi baik mutu dagingnya . Dan daging seperti ini yang menjadi pilihan top-ten , khasnya bagi mereka yang hendak mencari haiwan ternakan untuk aqiqah ( khasnya kambing ) . Imam Malik Bin Anas (rh ) – Pengasas Mazhab Maliki – hukumnya adalah harus , kecuali pada KUDA , kerana tindakan mengembiri seseekor kuda akan menyebabkannya lemah dan tidak boleh menghasilkan anak.

[color=blue]MASALAH MENGEMBIRI KUCING : [/color]

Menurut sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w , daripada riwayat Saidina Abdullah Bin Saidina ‘Umar Al-Khattab (r.a ) mengisahkan bahawa pernah seorang wanita disenaraikan sebagai ahli neraka disebabkan dia pernah mengurung seekor kucing dan tidak pula dibenarkan keluar merayau-merayau untuk mencari makanannya sendiri yang menyebabkan akhirnya kucing itu mati kelaparan . ~ Hadis sahih riwayat ImamAl-Bukhari (rh) dan Imam Muslim (rh) .

Manakala menurut riwayat lain pula , ada seorang wanita yang menjadi seorang pelacur telah memberi makanan kepada seekor anjing yang kelaparan . Maka dengan perbuatan itu , melayakkan dia menjadi salah-seorang penghuni syurga kelak.

Hadis @ kisah ini sekaligus memberikan ancaman kepada setiap penternak / yang memelihara seekor binatang , supaya menjaga haiwan-haiwan ternakan / peliharaan mereka sebaik mungkin . Ini disebabkan segala tindak-tanduk kita akan dipersoalkan dengan detail di hadapan Tuhan Yang Maha Adil , Allah Ta’ala di mahkamah padang mahsyar kelak .

Dan di antara ciri-ciri menjaga kebajikan haiwan-haiwan itu ialah memberi makanan – minuman , perlindungan , ubat-ubatan dan seumpamanya kepada haiwan-haiwan tersebut . Mengembiri binatang termasuk di dalam kategori memberikan ubat-ubatan yang disebutkan di atas.

[color="green"]Adapun tindakan mengembiri seekor kucing jantan , jika ianya memang telah diakui KEBENARANNYA ( boleh menyebabkan ia bertambah sihat dan gemuk serta tidak kencing merata-merata ) oleh pakar perubatan haiwan yang diyakini kejujurannya ( Islamnya ) dan disahkan pula menurut kepakaran mereka di dalam bidang perubatan haiwan , maka tidak ada halangannya menurut agama kita . [/color]

Yang dilarang ialah berbuat zalim kepada haiwan – yang mana ia juga termasuk di dalam kategori makhluk Allah Ta’ala – dan apatah lagi kepada sesama manusia , yang merupakan makhluk Allah Ta’ala yang paling mulia di alam jagat ini .

Larangan melakukan kezaliman dan menimbulkan bencana ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w : [color=red]

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Ertinya : Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh juga menimbulkan bahaya ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Malik (rh) , Imam Al-Hakim (rh) , Imam Ibnu Majah (rh) , dan Imam Daruquthni (rh) [/color]

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

Kenapa Awak x Rogol Saya..??


Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ana...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….


Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...

21 Jun 2010

Apakah hukum bersalam dgn wanita ajnabi?




Soalan:salam,apakah hukum menyalami wanita ajnabi?biasanya ahli politik bersalam dgn semua org.apakah hukumnya?

jawapan:

السلام عليكم ورحمة الله
بسم الله والحمد لله وبعد :

Berdasarkan pengamatan ulama, seorang lelaki tidak boleh bersalaman dengan wanita ajnabi.

Seorang tokoh mazhab Shafie yang disegani, Imam al-Nawawi menegaskan :
‘Sesungguhnya halal melihat kepada wanita ajnabi jika ia ingin menikahinya, atau ketika urusan jual beli, atau ketika mengambil sesuatu barang atau memberi kepadanya dan seumpamanya dan tidak harus menyentuhnya dalam sesuatu situasi berkenaan’. (al-Azkar, 228).

Dalilnya ialah ummul Mukminin Aisyah r.a pernah bersumpah menafikan Rasulullah s.a.w. pernah menyentuh tangan wanita dalam bai’ah peristiwa hijrah :
‘Demi Allah, tangan baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita pun, baginda hanya berbai’ah dengan ucapan’. (Fath al-Bari 11/345-346 dan Sharh Sahih Muslim 13/10).

Hadis ini menjelaskan bahawa bai’ah wanita hanya berlaku dengan ucapan sahaja tanpa bersalaman. (Sharh Sahih Muslim 13/10).

Ini disokong oleh satu riwayat lain di mana Umaimah binti Raqiqah r.ah pernah berkata : ‘Aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam kumpulan wanita, kami ingin berbai’ah dengannya. Kami berkata : “Kami berbai’ah denganmu wahai Rasulullah bahawa kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, kami tidak mencuri, tida berzina, tidak membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan membuat cerita dusta yang direka-reka serta kami tidak akan mengingkari perintahmu pada kebenaran”. Lantas Rasulullah s.aw. bersabda : “Pada perkara yang kamu mampu dan berdaya”. Umaimah menceritakan lagi : “Kami berkata bahawa Allah dan RasulNya lebih mengasihani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbai’ah denganmu wahai Rasulullah”. Lalu Nabi s.a.w menjawab : “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita atau seumpama perkataanku kepada seorang wanita”. (HR al-Tirmizi 4/151-152, al-Nasa’i 7/149, Ibn Majah 2/959. al-Tirmizi menyebut : ‘Hadis ini hadis hasan sahih).

Hadis ini adalah nas yang jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita ketika berbai’ah. Jika Nabi seorang yang maksum tidak bersalaman ketika bai’ah, maka lebih aula hukumnya dalam situasi selain bai’ah. Apabila Rasulullah s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita, sudah tentu kita juga wajib mengikut sunnah baginda kerana baginda s.a.w. adalah qudwah dan ikutan kita semua.

Wallahualam

Sumber:http://soaljawab.wordpress.com/2009/05/22/apakah-hukum-bersalam-dgn-wanita-ajnabi/#more-1268

Hukum Suntikan Imunisasi


Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Apakah hukum berubat dengan imunisasi sebelum ditimpa apa-apa penyakit?

Jawapan:
La ba’sa (tiada masalah) berubat dengan cara seperti itu jika dikhuatiri ditimpa penyakit kerana adanya wabak atau sebab-sebab lainnya. Dan tidak masalah menggunakan ubat untuk menolak atau menghindari wabak yang dikhuatiri akan merebak. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam di dalam hadits shahih.

“Ertinya : Barangsiapa makan tujuh butir kurma Madinah pada pagi hari, dia tidak akan terkena pengaruh buruk sihir atau racun”

Ini termasuk tindakan mencegah penyakit sebelum terjadi. Demikian juga jika dikhuatiri timbulnya suatu penyakit dan dilakukan imunisasi untuk melawan penyakit yang muncul di suatu tempat atau di mana saja, maka hal itu tidak masalah, kerana hal itu termasuk tindakan pencegahan. Sebagaimana penyakit yang datang diubati, demikian juga penyakit yang dikhuatiri kemunculannya.

Tetapi tidak boleh menggunakan tangkal-tangkal untuk menghindari penyakit, jin atau pengaruh mata yang jahat. Ini kerana Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam melarang daripada perbuatan itu. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah menjelaskan itu termasuk syirik kecil. Kewajipan kita harus menghindarinya.

(Fatawa Syaikh Abdullah bin Baz. Disalin dari Majalah As-Sunnah Edisi 03/Tahun X/1427/2006M. Dikutip dari kitab Al-Fatawa Al-Muta’alliqah bi Ath-Thibbi wa Ahkami Al-Mardha, hal. 203. DArul Muayyad, Riyadh)

Sumber: http://soaljawab.wordpress.com

20 Jun 2010

Hukum Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata


Sumber:
JAKIM(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/wanita-haid-memasuki-masjid-untuk-tujuan-pembelajaran-semata-mata)
Tarikh Keputusan:
19 Sep, 2000
Tarikh Mula Muzakarah:
19 Sep, 2000
Tarikh Akhir Muzakarah:
19 Sep, 2000
Oleh:
Muzakarah Kali Ke-49
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata. Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.

19 Jun 2010

Masuk syurga kerana bulu mata...kenapa?


Assalamualaikum

Kali ini ana ingin kongsikan kisah menarik yang ana baca dalam blog org laen.Atas ihsan rakan blogger ana ni,amatilah kisah ini.Syukran diucapkan kepada kyosingcat

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Dia dituduh bersalah kerana mensia2kan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...." Tiba2 mata berbicara, "Saya yang memandang," Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan biasa, "Saya yang merayu". Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap". Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Nah kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dlakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sbg saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Dari kisah ini,dapat kita ambil iktibar bahawa Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hamba-hambaNya.Justeru,ingatlah untuk sentiasa bertaubat bila kesempatan itu datang.Jangan hanya bertaubat bila kita sedar telah melakukan dosa besar,kerana kita x pernah sedar akan2 dosa2 yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.Sebagai saranan,paling kurang pun solat taubat sehari sekali sebagai permulaan dan perbanyakkan istighfar.insyaAllah kita lakukan apa yang termampu dengan niat yang ikhlas...

Akhirulkalam...

Hukum Penggunaan Ubat Anti Tekanan


Soalan : Bolehkah seorang yang mengalami tekanan khususnya terkanan selepas bersalin (post-partum depression) mengambil ubat (dadah) anti tekanan yang disyorkan oleh pakar psikologi non-Muslim.

Dijawab oleh Sheikh `Abd Allah al-Zâyidî, Professor di Universiti al-Imâm

Ubat penggalak Serotonin seperti Prozac dan pelbagai jenis ubat anti tekanan lain adalah dibenarkan jika dia disyorkan oleh doktor yang layak.

Kebenaran ini bergantung kepada situasi di mana ubat (dadah) tersebut benar-benar diperlukan oleh pesakit. Ubat tersebut juga perlu dipastikan tidak menyebabkan keracunan atau ketagihan.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : http://islamtoday.com

:http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/05/13/ubat-anti-tekanan/


Hukum Pemindahan Jantung Dan Mata



Soalan:Bolehkah orang muslim terlibat dalam pemindahan jantung dan mata?


Pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

a)Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.

b)Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.

c)Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.

d)Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya didalam kematian akibat kemalangan.

Sumber : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Pertama

: http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/05/07/pemindahan-jantung-dan-mata/

18 Jun 2010

Cinta-ku


Puas sudah,
Ku cari kebahagiaan,
Di sisi teman2,
Ku dapat hanya kelalaian,

Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Ku dapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan...


Oh,di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang ku cari?
Apa yang ku perlukan?
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi.

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman,
Syawqah,Taman Islam.

Petikan dari novel 'Tautan Hati' karangan ustazah Fatimah Syarha Mohd. Nordin

Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA)-Botox


Sumber:
JAKIM(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-suntikan-botulinum-toxin-type-bta)
Tarikh Keputusan:
4 Apr, 2006
Tarikh Mula Muzakarah:
4 Apr, 2006
Tarikh Akhir Muzakarah:
6 Apr, 2006
Oleh:
Muzakarah Kali Ke-73
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir.
  2. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan.
  3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan.
  4. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.

Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam


Sumber:
JAKIM(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-)
Tarikh Keputusan:
12 Jun, 2007

Tarikh Mula Muzakarah:
12 Jun, 2007
Tarikh Akhir Muzakarah:
12 Jun, 2007
Oleh:
Muzakarah Kali Ke-78
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.