28 November 2010

Awas!Anda mungkin telah terjebak dalam rantaian ini...




Assalamualaikum W.B.T,

InsyaAllah kali ini ana akan kongsikan sedikit petikan dari novel bertajuk "Murabbi Cinta".Satu pedoman yang baik untuk kita sume insyaAllah...

"Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?"tanya seorang CEO kepada setiausahanya. "Err,Pengurus Jualan lewat menyerahkan kepada saya"jawabnya terketar-ketar. "Ahhh! macam2 alasan awak,saya bosan mendengarnya.Pergi betulkan semula dokumen ni.Sudahlah lewat,salah pula tu!"bentak bos besar,marah sungguh.

Setiausahanya dengan muka merah madam meniggalkan pejabatnya menuju kepada Pengurus Jualan. "Itulah tuan!Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut,saya pula yang kena marah.Dokumen salah pula tu!"kata setiausaha CEO tersebut.Pengurus jualan terkejut. "Awak kalau nak berurusan dengan saya,ketuk pintu dahulu.Itu pun awak tak tahu ke?"Pengurus Jualan meninggkan suara. "Ahhh! sudahlah.Ketuk pintu ke,tak ketuk pintu ke,tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya.Ambil dokumen ini dan betulkan semula!"Sejumlah dokumen dihempas ke meja lalu terus berlalu.

Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan.Geram dengan sikap setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa.Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalan raya luar biasa."Aduh!sempatkah aku kejar siaran berita malam ini?"Pengurus Jualan sudah bengang.
Kemungkinan besar dia tidak sempat melihat siaran temu ramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi.Tiba di rumah,jam sudah mencecah 8.30 malam.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah,isterinya dengan dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu. "Kenapa dengan awak?"tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.
"Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi.Kawan saya telefon.Katanya saya tak jaga makan pakai suami!"Kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami. "Ahhh! aku banyak masalah,itu pula yang disibukkannya!makan malam dah siap ke?" tengking si suami yang sedang baran.

Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu.Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah.Tanpa banyakj bicara dia segera menuju ke dapur. "Mama,tengok lukisan Adam!Cantik tak?" tiba2 si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan. "Ahhh! sibuk sahaja kamu ini.Lukisan,lukisan,lukisan.Menghabiskan kertas A4 sahaja.Pergi naik atas buat kerja sekolah!" si ibu menengking anaknya
.

Adam berasa sungguh terkejut.Tidak sangka lukisannya berakhir denga kemarahan si ibu.Tiba2 kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam. "Iauuu!"Kucing itu menjerit.Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.

Soalannya,siapakah sebenarnya yang menyepak si kucing malang itu?

Abu Hurairah r.a berkata,seorang lelaki datang kepada Nabi S.A.W dan menerima wasiat(nasihat) daripada baginda.Lalu baginda S.A.W berkata:-

"Janganlah kamu marah!(Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama:janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! janganlah kamu marah!"(Riwayat al-Bukhari)

Besarlah pahala suami,isteri,anak,malah majikan,atau setiausahanya yang berjaya memberhentikan musibah berantai ini.


Bersediakah anda untuk menghentikan rantaian ini???sama-samalah kita berusaha kearah yang terbaik,semoga semua usaha kita diredhai dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T

Petikan dari:
Novel Murabbi cinta karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
*Sebahagian kecil ayat di'delete' atau di'tambah' mengikut kesusuaian semasa

26 November 2010

Kenapa x nak ikut sekali?


Assalamualaikum W.B.T...

Syukur ke hadrat ilahi,diri ini masih mempunyai kekuatan untuk mencoret disini.Kali ini ana berhajat untuk berkongsi sedikit sebanyak pandangan dari ana sendiri mengenai salah satu isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.

Situasi ini sering berlaku di sekeliling kita,iaitu bila kita berjalan jauh dan berhenti seketika untuk menunaikan solat jamak&qasar.Tidak perlu untuk ana bagitau syarat sah atau wajib untuk solat ini,kerana anda sendiri mungkin lebih arif tentangnya.Bagi yang x tau,boleh la merujuk kepada mana2 ustaz yang lebih mengetahui dari diri ini(ustaz2 pun sekarang dah byk yg ade blog,bleh je tanye melalui blog mereka ni).Satu bende yang sering berlegar dlm diri ana,kenapa susah nak tgk mereka ni buat solat jemaah sekali?kadang2 kalau kami(bila kitorang pulang ke kampung bersama kawan2 lazimnya) yang mulakan solat jemaah,pun x de org yang ikut.Orang yg masuk sume masing2 amik sejadah masing2 dan solat sendiri.Jadi mengapa ini berlaku?????Jom kita cungkil antara sebab perkara ini berlaku dari sudut positif!!!

A.Jahil
  • Dengan berkata jahil,bukan bermakna ana cakap diorang ni bodoh.Sebab orang kita ni kebanyakannya,bila cakap jahil mesti pikir bodoh.Hakikatnya jahil=tidak mengetahui.
  • Mungkin antara mereka ade yang tidak mengetahui yang solat jamak qasar ni boleh dilakukan dalam jemaah,maka diorang pun solat sendirian
  • Mungkin juga antara mereka ni berpegang kepada pendapat,jenis perjalanan yang kita lalui sekarang ni tidak layak untuk melakukan solat jamak qasar,jadi diorang pun solat tamam(sempurna)
  • Ingin ana ingatkan di sini,berdasarkan ilmu cetek yang ana perolehi,Seseorang yang solat tamam boleh menjadi makmum kepada mereka yang solat jamak atau qasar.Namun,mereka yang solat Jamak qasar tidak boleh menjadi makmum kepada mereka yang solat tamam
*kecuali,mereka yang solat jamak maghrib/isyak taqdim,boleh mengikut imam solat tamam

B.Keutamaan

  • Mungkin ade antara mereka yang mempunyai hal yang sangat 'urgent' yang perlu mereka uruskan segera,dan ditakuti jika mengikut solat jemaah akan terlambat

  • contohnya,seorang doktor itu perlu tiba ke destinasi yang dituju untuk menyelamatkan nyawa pesakitnya.Kemungkinan besar dia seorang doktor pakar,hanya die yang mampu selamatkan nyawa pesakitnya,Kene pulak mase asar dah nak habis,die perlu melakukan solat jamak ta'khir.

  • Secara jujurnya,keadaan seperti ini jarang berlaku,dan sekiranya berlaku ade aturan mengikut maqasid syariah yang boleh diikuti.Kepentingan yang mana perlu diutamakan.

JADI,apa pandangan anda semua?bagi ana sendiri hanya kejahilan seseorang itu boleh dijadikan alasan,dengan syarat die tidak pernah menerima tarbiyah(didikan) tentang perkara sebegini.Kebanyakan alasan lain yang diberikan(lebih banyak dari yang ana tulis ni),semua itu hanya 'alasan' yang dijadikan sebagai 'alasan'. "Hendak seribu daya,x nak seribu dalih"

Ibnu Umar meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda: “Solat jemaah lebih utama 27 darjat daripada solat sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Satu lagi nasihat ingin ana berikan,semoga kita dapat amalkan selepas ni termasuk diri ana sendiri.Kalau kita solat di mana2 shopping complex yang kita pegi,apa salahnya kita lakukan solat jemaah bersama.Kalau x de yang berani mulakan,andalah yang bertanggungjawab.(kalau bukan kita,siapa lagi?kalau bukan sekarang,bila lagi?kalau bukan disini,dimana lagi?)

Semoga ada manfaat yang boleh kita perolehi dari coretan ringkas ini

Akhirulkalam...

25 November 2010

Beratnya memikul nafsu


Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.
"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.
Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.
Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."

"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.
"Nanti, nanti... saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu."
Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan. Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata, "Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi itu.
"Mengapa?"
"Jangan bertanya, patuh saja!"
Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.
Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu. Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan. Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru sufi itu pun berkata, "Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."
"Maksud tuan?"
"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."
Pemuda itu terdiam.
"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."
"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
"Ya,ya. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"

PENGAJARAN: Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.

Sumber:I Luv Islam

23 November 2010

Kuliah sirah:Manusia yang diberkati

Assalamualaikum W.B.T

InsyaAllah kita akan teruskan pengajian mengenai kehidupan Rasulullah kali ini dengan menyusuri perjalanan hidup baginda berdasarkan kategori umur yang telah ditetapkan


Kelahiran-2 tahun

Nabi hidup bersama dengan ibu susuan baginda,Halimah sa'diah

Halimah merupakan keturunan bani sa'ad

Ketika itu hanya bani sa'ad yang menjalankan pekerjaan sebagai ibu susuan

Ketika itu haliamh berat untuk menerima baginda sebagai anak susuan kerana ketika itu baginda hidup miskin

Ketika dibawa pulang,halimah mengatakan kepada suaminya, "saya membawa anak susuan yang tigad berkat(kerana miskin)"

Namun suaminya mengatakan sebaliknya,dia dapat merasakan keberkatan baginda

Buktinya,ketika seluruh bani sa'ad dilanda kemarau dan kematian semua haiwan ternakan,hanya ternakan keluarga halimah yang sihat

Setelah berpisah dengan ibu susuannya,baginda berjumpa kembali dengan ibunya ketika fathu makkah(baginda berusia 55 tahun)

Sayang dan kasihnya baginda kepada ibunya,baginda meminta satu jam masa untuk bersama ibu susuannya walau ketika itu ade meeting penting sangat

2-6 tahun

Hidup bersama ibunya,Aminah bt.Wahab

Aminah,baginda dan pembantu Aminah,ummu aiman bermusafir ke madinah(500km) untuk melawat kubur bapa baginda dan sedare-mara

Namun ketika perjalanan pulang,Aminah meniggal di abwa',maka hanya baginda dan ummu aiman menguruskan jenazah aminah di tengah2 padang pasir

6-8 tahun

Hidup bersama Abdul Mutalib(90 tahun),datuk baginda

Nabi ikut bersama datuknya ke meeting pembesar quraisy memandangkan datuknya ketika itu ketua kepada semua kaum quraisy

Ketika itu datuk baginda orang yang sangat dihormati,tiada siapa berani duduk di kerusinya.

Namun baginda duduk di kerusi itu,lalu bapa sedare baginda memarahi baginda,namun abdul mutalib suruh biar sahaja

Datuk baginda dapat merasakan Muhammad bakal menjadi pemimpin yang agung

Ketika baginda berusia 8 tahun,Abdul mutalib meninggal dunia

8-25 tahun

Baginda hidup bersama Abu talib,bapa sedare baginda bersama dengan 10 anaknya yang lain

Berumur 8-15 tahun,baginda mengembala kambing(kambing binatang yang sangat susah dijaga,kerana itu kebanyakan nabi pernah mengembala kambing untuk menguji kesabaran mereka)

Baginda menganggap Fatimah bt. Saad,isteri abi talib sebagai ibu baginda sendiri

Berumur 15-23 tahun,baginda berniaga untuk mengajar sifat amanah sabar dan kemahiran komunikasi baginda


Konklusi,perjalanan hidup rasulullah telah ditetapkan oleh Allah untuk mengajar segala aspek kehidupan sejak baginda kecil lagi.Baginda juga Kehilangan ahli keluarga dalam umur yang masih muda dan mampu berdikari membuat kerja2 untuk membantu bapa sedare baginda.Di samping itu,baginda juga setia dan taat kepada ibunya dan ibu susuannya,dll.

Pengajaran yang boleh kita ambil di sini,antaranya:-

  • Sentiasa meluangkan masa dengan anak2 supaya anak2 mendapat kasih sayang yang sepatutnya(kepada yang belum berkahwin,boleh la main2 dengan anak sedare atau lain2)

  • Menghubungkan silaturahim sepertimana Aminah sanggup mengharung perjalanan sejauh 500km untuk menziarahi keluarganya disana dan memperkenalkan nabi kepada mereka

  • Melahirkan seorang rijal(pejuang Islam) bukan kerja yang mudah,tarbiyah dari kecil diperlukan dan sentiasa istiqamah.Mari kita sama menuju ke arah melahirkan rijal yang berkualiti

  • Sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa dan jadikan ujian itu sebagai satu pemberian dari Allah.Kerana tanpa ujian,maka peribadi kita x kan diuji,kerana itu para nabi seringkali dihujani dengan pelbagai ujian.Makin banyak ujian,insyaAllah darjat seseorang itu akan dilipatgandakan oleh Allah