13 Februari 2011

Terasa kehilangan...


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,syukur yang x terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah atas segala nikmat dan ujian yang dikurnikan kepada kita.Segala ketentuan ditentukan olehNya walau apa jua perancangan kita.Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal.Allahuakbar,ana telah lalui satu proses atau situasi yang agak unik baru2 ini.Dan ana merasakan perkara ini boleh dikongsikan bersama.

Satu keadaan yang x dapat dibayangkan,terasa kehilangan satu benda yang cukup berharga,namun yang lebih sakit bila kita x tahu apa yang kita hilang.Banyak sungguh perkara yang melanggar perintah Allah telah ana lakukan hingga terjadi sebegini.Ujian yang cukup mencabar buat diri yang lemah ini.Jika ditanya rakan apa yang patut dilakukan,antara jawapan yang akan diberikan.

1."Kadang2 kalau ada masalah,aku rasa tenang bila cakap denga awek aku(kalau laki) atau vice versa.Kalau x pun borak2 dengan perempuan pun kadang2 setel masalah gak.

Pandangan ana:Memang setel masalah kalau cakap dgn perempuan,mak,kakak,nenek atau siapa sahaja yang muhrim.Tapi dgn bukan muhrim???bukan setel masalah namanya tu...itu membebankan lagi masalah...meresahkan lagi jiwa,lebih2 lagi mereka yang belum mendirikan rumahtangga.

2."Dengar muzik sempoi gak,lagi2 yang blues ala2 jiwang sket.Kalau rasa masalah besar sket,dengar metal."

Pandangan ana:Kadang2 berkesan jugak dengar lagu,tapi ketenangan yang dirasakan x bertahan lama.Terma sains die,'transient'.

dan byk2 lagi la yang lain2...anda juga mungkin pernah mengalami situasi yang sama.Namun alhamdulillah,x lama lepas masalah yang membelengu jiwa ini,ada satu ceramah yang diadakan di tempat penginapan ana.Memendangkan maulidur rasul dan V******** menjelang,maka tajuknya "Cinta rasulullah Vs V******** ".Isu yang diketengahkan,insyaAllah akan ana bawakan dalam post yang seterusnya jika berkesempatan.Kerana ana perlu meng'itbaq' terlebih dahulu maklumat ceremah itu.Satu perkara penting,kita x boleh untuk meng'taklid'kan(mengambil atau mengikut sesuatu perbuatan tanpa mengetahui asal-usulnya).sebaliknya perlu itbaq(mengenalpasti adakah sesuatu perkara itu menepati cara nabi kerana apa yang dilakukan oleh nabi itu adalah wahyu).

Jadi penyelesaian 'ultimate' yang ana jumpe untuk masalah 'kehilangan' ini,dekatkan diri dengan Allah dengan apa jua cara sekalipun.Banyakkan bacaan Quran,tahajud,amalan sunat,rutinkan diri ke majlis ilmu,dll.Setelah dikenalpasti,alhamdulillah,telah dapat dikenalpasti apa yang hilang dalam diri ana sebelum ini..."makanan rohani".Dah terlalu leka dengan perkara2 duniawi,keseronokan sementara yang boleh memakan diri.Tidak salah untuk bergembira namun adab itu perlu dijaga...Semoga kita terhindar dari perkara2 sebegini,ayuh kita memohon ditetapkan hati dalam jalan yang lurus(istiqamah) dan tidak termakan hasutan syaitan untuk memasuki simpang2 yang mereka sediakan insyaAllah...

Akhirulkalam...

02 Februari 2011

Benarkah yang INDAH itu indah?


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,dengan limpah dan kurniaNYa,kekuatan rohani dan jasmani masih diberi kepada insan yang lemah ini untuk terus menukilkan secebis peringatan di blog ini.Seringkali kita dikelilingi dengan situasi indah mahupun buruk pada pandangan atau persepsi kita.Namun, benar atau tidak apa yang kita lihat INDAH itu benar-benar indah?atau ia hanya sekadar ilusi?dan apakah yang BURUK itu benar-benar buruk?atau yang itulah sebenarnya indah?InsyaAllah kita sama-sama rungkaikan persoalan ini...

Situasi 1
Seorang remaja perempuan berumur belasan tahun sudah mula ingin merasakan KEBEBASAN dalam kehidupannya.Apabila disekat kemahuannya oleh kedua ibubapanya,maka dia rasa tertekan.Nekad ingin mengecapi makna kebebasan,perintah ibu dan ayah diabaikan.Pengaruh rakan sebaya yang kurang elok mula meresap ke dalam hidupnya.Gaya kehidupan sosial yang liar menjadi kebiasan baginya.Namun,remaja ini terasa keadaan hidupnya yang bebas ini indah,jika nak dibanding dengan keadaan sebelum yang sentiasa dikonkong penjaganya.

Situasi 2
Seorang remaja lelaki menghadapi keadaan yang sama seperti remaja perempuan di atas.Bezanya cuma luahan yang diekspresikan oleh mereka.Jika yang perempuan memilih kehidupan sosial yang liar dan bebas,maka yang lelaki akan cuba memenuhi impian sang wanita.Mereka mempermainkan perasaan wanita2 ini dengan bertukar2 couple.Merokok pula untuk nmpk macho di kalangan wanita2 idaman.Dan kesudahannya,remaja laki ni jugak rasa puas dan indah dengan gaya hidup sebegini jika nak dibandingkan dengan gaya hidup sederhana.

Perlu diingat,kedua-dua situasi di atas ni kebanyakannya melanggar perintah ibu bapa.Lebih menyedihkan,meletakkan hukum Allah jauh dari hati mereka.Keindahan yang mereka kecapi ibarat sempurna bagi mereka.Ada kebebasan itu,tercapailah matlamat hidup mereka.Betul ke?

" Ia (iblis) berkata ," Tuhanku,oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi,da aku akan menyesatkan mereka semuanya"(al-Hijr:39)

InsyaAllah terjawab sudah segala keindahan yang tersebut di atas dusta.Syaitan yang bertanggungjawab menampakkan keburukan itu menjadi indah.Maka keindahan yang mana merupakan keindahan yang nyata?

Apa saja perlakuan yang kita buat,hasilnya akan mendekatkan kita kepada Allah.InsyaAllah itulah keindahan yang sebenarnya.Sebagai contoh,bercouple biasanya jarang dapat mendekatkan diri kepada Allah.Kalau ada pun sekejap.Biar berbalas mesej dengan peringatan-peringatan hadis sekalipun,lebih banyak ilusi-ilusi dan bayangan di minda yang tidak sepatutnya berlaku.Kita perlu mengaku,kita dilahirkan sebagai manusia yang mempunyai nafsu dan nafsu adalah sesuatu yang sangat untuk dikawal.Namun begitu,seringkali perkahwinan dapat menyelesaikan masalah ini.Pasangan suami isteri saling menasihati untuk mendekatkan diri kepada Allah,dan setiap yang terlintas difikiran tentang pasangan masing-masing telah menjadi halal.Baik perasaan rindu,sayang atau apa sekalipun.Maka jika anda seorang lelaki dan tiada niat untuk menikahi perempuan itu,janganlah anda cuba untuk merepati perempuan tersebut untuk mengelak segala fitnah yang mungkin timbul.

Banyak lagi contoh lain yang boleh diberikan,misalnya seorang perempuan ibu tunggal memilih untuk menjadi GRO(nauzubillah min zaalik) dengan alasan dah x tahu nak cari kerja apa dah.Walhal dia terasa indah dengan pulangan lumayan dengan hanya perlu bekerja pada malam hari.Namun,bukankah lebih baik jika dia memilih untuk menjadi tukang cuci tandas misalnya.Pulangan memang x lumayan,peluang pekerjaan banyak...namun dengan rezeki yang halal insyaAllah segalanya akan jadi mudah untuk keluarganya...

InsyaAllah apa yang baik kita ambil teladan bersama.Jika ada sebarang kesalahan,minta ditegur hamba Allah yang hina ini.Janganlah kita terpedaya dengan tipu daya syaitan yang licik mengaburi mata kita.Berpeganglah kepada al-Quran dan sunnah dengan teguh dan kefahaman yang nyata.

Akhirulkalm