19 Januari 2015

Ibu Mengandung:Morning sickness vs Hyperemesis Gravidarum

   
     Kebanyakan dari kita sudah biasa dengan terma morning sickness yang dialami oleh sebahagian para ibu ketika trimester pertama kandungan. Namun, mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Hyperemesis Gravidarum. Terma ini datang dari gabungan 2 perkataan dari greek dan latin iaitu (greek)hyperemesis = muntah yang teruk dan  (latin)gravidarum = ketika mengandung. Apa yang membezakan antara dua ini adalah tahap keterukannya. Definisi yang lebih tepat untuk HG adalah:-

HG = Excessive vomiting during pregnancy with presence any of
               # Loss 5% of body weight
               # Dehydration with ketonuria
               # Metabolic ketoacidosis or thyrotoxicosis
               # Deficiency of B1, B6 or B12 

 Apakah perbezaan ketara antara HG dan MS?

     Jika MS kebiasaannya dialami ketika trimester pertama kandungan, begitu juga dengan HG. Namun HG mempunyai kecenderungan untuk kekal melepasi trimester 1 dan kadangkala ada yang mengalami simptom-simptom ini sehingga melahirkan anak mereka. Ibu mengandung yang mengalami HG akan dirawat dalam wad kerana kebanyakan mereka mempunyai tahap dehidrasi yang memerlukan rawatan secara cepat.

     Mengapa keadaan ini perlu dirawat dengan cepat? Kerana salah satu komplikasi keadaan ini adalah kegagalan sebahagian fungsi otak disebabkan kurang penyerapan vitamin B1(thiamine) terutamanya. Keadaan ini dinamakan sebagai Wernicke's encephalopathy. Ianya berlaku kerana vitamin B1 akan diserap di kawasan usus kecil(jejunum dan ileum) secara fisiologi. Namun apabila ibu yang mengalami HG terlalu kerap muntah, ini menyebabkan kurang vitamin B1 yang diserap oleh badan. Oleh sebab itu, ibu-ibu yang mengalami HG kebiasaannya akan diberikan suplemen vitamin B1 di samping rehidrasi air.

Apakah punca-punca HG?

     Sejujurnya, tiada faktor khusus yang berjaya dijumpai untuk mengatakan ia sebagai penyebab utama HG. Namun kesimpulan yang dapat dilakukan sekarang adalah penyebabnya adalah multifactorial. Sebahagian penyelidik menjumpai HG ini berkait rapat dengan hormon hCG yang tinggi  dihasilkan oleh ibu-ibu mengandung ketika trimester pertama. Di samping itu terdapat juga faktor-faktor lain seperti genetik, sistem imunisasi, dll. Terdapat sebahagian kes di mana apabila ibu nya mengalami HG dahulu, anak perempuannya yang mengandung turut mengalami keadaan yang sama.

Apakah rawatan yang diberikan?

     Secara umum, ibu-ibu yang dirawat di dalam wad akan menerima rehidrasi optimum untuk menggantikan jumlah air yang hilang dari badan ketika muntah. Di samping itu suplemen vitamin B1 juga diberikan untuk mengurangkan risiko Wernicke's encephalopathy. Untuk mengurangkan rasa loya yang teruk, ubat tahan muntah diberikan untuk keselesaan pesakit.

Tips pemakanan?

Digalakkan - Minum air sejuk
                   - Makan aiskrim

Elakkan - Makanan berminyak
              - Minum susu

*Makanan berminyak dan susu akan menyebabkan rasa ingin muntah
*Air sejuk bagus untuk mengurangkan rasa loya
*Aiskrim bagus untuk menggantikan tenaga yang hilang, mengurangkan rasa loya dan menigkatkan selra makan semula.

Syed al-Qadri,
Pelajar perubatan tahun 5,IIUM(2015).

17 Januari 2015

Confidential Enquiry into Maternal Death(CEMD) in Malaysia: Panduan & Info


     CEMD ini secara mudahnya adalah kaji selidik yg dilakukan di Malaysia bagi mengenalpasti punca dan cara2 yang boleh pengamal perubatan lakukan bagi mengurangkan kadar kematian ibu2 mengandung. Di Malaysia, kajian ini dilakukan setiap 3 tahun. Untuk artikel ini,statistik diambil dari CEMD Malaysia 2006-2008

Maternal death
= Death of a woman during pregnant or within 42 days termination of pregnancy irrespective of duration/site,cause related to/aggravated by pregnancy,or it's managemnet.BUT, not from accidental or incidental cause(Fortuitous)               Source: WHO

=Kematian wanita ketika mengandung atau 42 hari selepas mengandung diesebabkan apa2 faktor ketika bersalin,kecuali kemalangan atau sebarang kejadian yg tidak diingini

     Kaji selidik ini akan menghasilkan maternal death ratio(skala kematian ibu mengandung) hasil dr data yg diperolehi.Kandungan data merangkumi faktor kemalangan & kejadian tak diingini,walaubagaimanapun ia tidak dikira dalam pengiraan skala yg akan dihasilkan

Punca MD(maternal death) terbahagi kepada 3:-
1)Direct(langsung)-pendarahan,komplikasi keguguran,darah beku,etc
2)Indirect(tak langsung)-Darah tinggi ketika mengandung,kencing manis,etc
3)Fortuitous(Kemalangan)-kemalangan jalan raya,bunuh diri,etc

  
     Berdasarkan data ini, majoriti punca MD di Malaysia adalah direct & fortuitous. Jika dibandingkan dengan negara maju seperti UK,punca utama adalah indirect. Ini menunjukkan di UK contohnya, mereka berjaya mengelakkan punca kematian dr sebab mengandung itu sendiri dan kemalangan2 yg x diingini,namun punca indirect tidak dapat dielakkan kerana ibu mengandung itu memang sudah mempunyai penyakit lain sebelum mengandung. Lain ceritanya di Malaysia, tinggi peratusan dr punca direct menunjukkan tahap rawatan dan pemantauan ketika proses mengandung masih boleh diperbaiki jika dibandingkan dengan negara maju. Manakala tidak mengejutkan peratusan dr punca kemalangan tinggi disebabkan purata kemalangan jalan raya di negara ini sangat tinggi.

     Walaupun data ini menunjukkan kita masih sedikit di belakang negara maju yg lain,kita tidak boleh membuat konklusi dengan membandingkan dengan negara lain. Yang terbaik adalah kita lakukan perbandingan dengan negara kita sendiri,tapi dr tahun yg terdahulu.


    
     Gambar rajah ini menunjukkan penurunan yg mendadak sejak tahun 1950 sehingga tahun 2006. Ini dipercayai hasil dr pemantapan sistem pemantauan kesihatan negara kita dari semasa ke semasa. Sebagai contoh,dulu ibu2 mengandung yg duduk di kawasan terpencilyang  mempunyai masalah ketika bersalin mungkin tidak sempat mendapatkan bantuan perubatan yang lanjut dalam masa yg segera. Namun kini,kita ambil contoh bg penduduk di Pulau Tioman.Ibu2 mengandung yang sudah mencecah usia kandungan lebih kurang 8 bulan akan dibawa ke hospital besar untuk pemantauan rapi bagi mengelakkan komplikasi2 yg tak diingini dr berlaku. Ya masih banyak ruang yg boleh diperbaiki,tapi kita bersyukur ada penambahbaikan yg berjaya kita capai dr semasa ke semasa.


Berikut merupakan punca utama MD dr tahun 2006-2008
1) Pendarahan selepas bersalin
2)Darah tinggi semasa mengandung
3)Jangkitan kuman
4)Komplikasi gugur
5)Darah beku
6)etc

   Sejak CEMD dilaksanakan di Malaysia, skala kematian ibu mengandung telah menurun dari 53:100 000 kepada 27:100 000 iaitu sebanyak 49% secara kasar.Hasil dr CEMD 2006-2008 mendapati
-772 kematian berkait dengan ibu mengandung telah direkodkan
-Risiko kematian ibu mengandung lebih tinggi dalam kalangan mereka yg berumur > 40 tahun dan mereka yg mempunyai lebih dr 6 org anak


Nota:

Sejak kebalakangan ini,telah menjadi trend untuk para ibu meminta untuk melahirkan anak di rumah,dan tidak di hospital.Pendapat saya tidak salah namun para ibu ini harus berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu untuk memantau keadaan kandungan  dan pastikan disahkan selamat untuk melahirkan di rumah. Ini kerana kita tidak mahu keadaan di mana, jika terdapat sebarang komplikasi ketika proses bersalin,para ibu ini tidak berjaya dibawa ke hospital pada kadar yg segera.

Salah satu faktor kadar kematian ibu mengandung berjaya dikurangkan adalah lebih ramai ibu2 yg mendapatkan rawatan dan melahirkan anak di hospital sejak dahulu hingga kini .Kita tidak mahu atas sebab trend terbaru ini,nyawa ibu2 ini dipertaruhkan.Jadi saya nasihatkan para ibu untuk dapatkan nasihat dr doktor pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melahirkan anak anda dirumah.

Syed al-Qadri,
Pelajar perubatan tahun 5 IIUM,

*Sumber
1)CEMD MOH 2006-2008
2)Prof Mokhtar, O&G consultant IIUM lecture