Assalamualaikum w.b.t,
Pada pendapat anda ,bila agaknya persoalan ini biasanya timbul?mari kita sama2 melihat hadis yang sering menimbulkan tanda tanya ini.
Diriwayatkan dari nabi Muhammad S.A.W,berkata:"ketahuilah amalan kamu tidak akan menyelamatkan kamu(dari api neraka)"sahabat membalas."walaupun engkau wahai Rasulullah?"Nabi berkata,"walaupun aku,kecuali jika Allah melimpahkan rahmatnya ke ats aku"
Timbul tak persoalan ini di benak fikiran anda?Jika anda jawab Ya!,mari kita sama2 menyusuri intipati hadis ini.Apa yang cuba disampaikan oleh hadis ini ialah amalan kita hanya menentukan tingkatan kita di syurga.Namun,hanya dengan rahmat Allah kita akan terlepas dari sekasaan api neraka.Justeru,walau bagaimana hebat amalan kita tapi kalau tidak dirahmati Allah,maka ketika itulah amalan kita menjadi sia2.
Teknik supaya kita mendapat rahmat Allah?Perbanyakkan berdoa agar Allah memberi rahmat ke atas kita.Kerana jika kita hanya melakukan ibadat tanpa memohon restu dari Allah,kita cenderung untuk melanggar perintah Allah walau telah banyak ibadat yang kita lakukan.Ikhlaskan hati kita dalam beribadat,jangan hanya lakukan amalan baik hanya kerana mengikut orang.Contoh,orang gi solat,kita pergi.orang puasa kita puasa gak.Tapi kita melakukan itu sume hanya kerana adat.Sebab itulah kita nampak macam dah 'banyak amalan',hakikatnya....tanpa rahmat Allah,terkuburlah sume amalan itu.
Apa yang harus kita ingat,sebanyak mana amalan yang kita lakukan,masih belum setanding dengan sahabat yeng terdahulu.Maka marilah kita sama2 tingkatkan amalan dan ikhlaskan niat kita agar sentiasa diberkati dan dirtahmati Allah.insyaAllah...
04 Januari 2010
26 Disember 2009
Ilmu cahaya kehidupan

Assalamualaikum w.b.t,
Ilmu pada hari ini telah disalahgunakan.Anda setuju?Mari kita lihat kembali bagaimana ilmu ini sampai kepada manusia.Ilmu telah dikurniakan kepada nabi adam sejak penciptaannya(al-baqarah,30-34).Ilmu ini diberikan oleh Allah,maka kita seharusnya menuntut ilmu kerana Allah bukannya kerana nak pass exam.Maka apabila tujuan kita salah,sekaligus ilmu ini akan disalahgunakan,
Jika betul niat kita,apa yang kita akan rasa?Ana ingin berikan sedikit perumpamaan.Apabila kita berdiri jauh dari cahaya,kita nampak bayang kita kecik je.Tapi bila kita semakin mendekati cahaya itu,kita dapati bayang itu semakin besar sehingga lebih besar dari kita.Cahaya di sini melambangkan ilmu manakala bayang sebagai kelemahan kita.Bila kita tidak mendekati ilmu,kita rasa macam kita ni hebat,kelemahan nampak sikit je.Namun tatkala kita mula mendalami ilmu,barulah kita tersedar dari lamunan kita,banyak rupanya kelemahan kita.

Maka marilah kita renung kembali apa tujuan kita menuntut ilmu.Ikhlaskan hati kita hanya kerana Allah.insyaAllah ilmu yang kita dapat berguna dan dapat mambantu perkembangan umat islam di dunia ini.
12 Disember 2009
~Nikmat Allah sebagai peringatan~

Assalamualaikum W.BT.,
Sedarkah kita?kebanyakan dari kita sedang hanyut di dunia ini.Satu situasi yang sering kita lihat dalam umat Islam sekarang.Bila ditimpa musibah,kepada Allah dia kembali.Namun tatkala kesenangan diberi,manusia ini mula khayal dengan nikmatnya.Inilah buktinya iman kita sudah rapuh bak buih2 di lautan.Memang benar nikmat yang diberi Allah sebagai ganjaran kepada kita,namun pada satu aspek yang lain sebagai peringatan kepada kita.
"Maka nikmat tuhan yang mana kamu dustakan?"-Ar-Rahman-Tanpa kita sedari,kita dikelilingi dengan nikmat Allah.Langit,bintang,bulan,kesihatan,kebijaksanaan,dan x terkira.Maha suci Allah yang maha pemurah.Ucapkanlah Alhamdulillah ke ats nikmatnya.Walau kita selalu melupakanNya di waktu senang,namun Allah tetap memberi nikmatNya sebagai peringatan kepada kita.Betapa kerdilnya kita di Bumi ini.Maka igatlah ALLAH s.w.t walau di mana kita berada.Jalankanlah tugas kita sebagai khalifah Allah di bumi ini.
Untuk tingkatkan lagi keimanan kita,mendalami ciptaan Allah salah satu caranya.Sebagai contoh,mencerap bintang,matahari dll.Bagi pelajar UIA CFS P.J,Rafest yang akan datang pada bulan satu akan ade program mencerap bintang dan matahri anjuran FRC.Jika tiada aral melintang,insyaAllah kita sama mendalami ciptaan Allah yang maha agung.
26 November 2009
Pengorbanan kita!!!

Assalamualaikum W.B.T,
Barangkali kita dah lali dengan kisah nabi Ismail dan Ibrahim setiap kali menjelang Aildiladha.Namun apa yang ingin ana kupas kali ini adalah pengajarannya.Seorang bapa(Nabi Ibrahim) yang tidak mempunyai anak dengan isteri pertamanya(sarah) telah dibenarkan untuk berkahwin dengan khadamnya,hajar untuk menyambung zuriatnya.Setelah dikurniakan zuriat,diperintahkan pula untuk meninggalkan mereka di tanah yang gersang(di mana peristiwa air zam2 keluar berlaku).Kemudian disuruh pula sembelih nabi Ismail.Boleh kita bayangkan bagaimana pengorbanan seorang bapa yang sangat menyintai anaknya,namun megutamakan arahan Allah.Beliau meletakkan suruhan Allah di tempat yang pertama,utama.
Apa yang dapat kita kaitkan dengan situasi hari ini?Allah telah menyatakan dalam al-Quran,"jangan kamu dekati zina"Maka segala perbuatan yang menjurus ke arah zina wajib dielakkan.Pada kaum lelaki,tundukkan pandangan kamu,kaum wanita jaga aurat kamu.kajian mendapati kaum lelaki terangsang nafsu seksualnya 70% dengan pandangan manakala wanita 30%.Maka kaum wanita wajib meniliti semula pemakaian mereka pada zaman ini.Kaum lelaki juga perlu berusaha bagi megelakkan pandangan mereka.Pengorbanan cinta manusia sesama kita x sehebat pengorbanan hamba kepada tuhanNya.Apa yang dapat ana katakan adalah,sembelihlah cinta kepada dunia,tanamkan cinta kepada akhirat....
akhirul kalam.
Bila REALITI bertemu ILUSI

Assalamualaikum W.B.T,
Satu fakta yang tak boleh disangkal,realiti sentiasa menang bila bertemu ilusi.Kita ambil contoh yang mudah.Seorang pemimpin negara yang disegani oleh lawan dan kawan telah mati,maka rakyatnya yang sayang kepada pemimpin mereka telah mengukir satu patung lengkap bagi memperingati jasanya.Tiba2 sekumpulan burung datang dan melepaskan hajatnya ke atas patung tadi.Tapi patung tadi x boleh buat ape2,sebab dia PATUNG.Dalam kes ini,patung itu sebagai ilusi,dan burung sebagai realiti.Walaupun realitinya pemimpin tadi berjasa semasa hidupnya,namun tidak berguna sekarang.
Kita ambil konteks ini dalam kehidupan kita sekarang.Dalam al-Quran telah menyatakan ciri2 yahudi sebagai contoh penipu,mengingkari janji,x taat kepada pemimpin,dan sentiasa berusaha hingga orang lain megikut ajaran mereka.Kita lihat pula ciri2 orang Islam yang dinyatakan dalam al-Quran....berakhlak mulia,solat malam,banyak berzikir,bersangka baik,pegang pada janji dll.Apa yang ana lihat sekarang,orang yahudi sangat menepati ciri2 mereka,namun orang Islam??????......majoritinya sudah terikut dengan agenda yahudi......Yahudi sebagai REALITI dan Islam sebagai ILUSI.Anda boleh renungkan pihak mana yang akan menang pertarungan ini.
Solusinya mudah,niatkan apa yang kita lakukan kerana Allah S.W.T dan jangan sekali-kali mengingkari arahanNya.Moga kita dapat berfikir sejenak dan berusaha ke arah solusi di landasan yang benar.
29 Oktober 2009
Mari membaca!!!

~Opick~ Tajuk:Tombo ati(Ubat Hati)
Mungkin ade antara pembaca pernah mendengar lagu ini,bagi yang tidak pula boleh la cari kat youtube,4shared,dll.Ana bukan nak suruh dengar je,tapi hayati skali liriknyanya dan mesej utamanya.Mesej utama yang ingin disampaikan adalah penawar bagi hati kita:-
=Baca al-Quran dan maknanya
=Solat malam
=Berkawan dengan orang soleh
=Perbanyakkan berpuasa
=Sentiasa berzikir
Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan opick ini dipetik dari kata2 ulama Ibrahim al-Khawas.Telah dinyatakan dalam al_quran:-
"Dan kami turunkan dari al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang
yang beriman,sedangkan bagi orang yang zalim al-Quran itu hanya akan menambah kerugian"
Surah 17,82

Mungkin ade antara kita merasakan apa guna bace al-Quran kalau x paham.Ikuti kisah ringkas ini:-
Seorang datuk menyuruh cucunya mengambil baldi kosong,penuh dengan kotoran arang,dan berlubang.Lalu si datuk menyuruh cucu tadi ke sungai dan mencedok air.Kali pertama,si cucu bawa air kepada datuknya,tapi baldi kosong.Kali kedua,si cucu mencedok dan berlari anak membawa kepada datuknya,tetap kosong.Kali ketiga,si cucu berlari kencang,masih kosong.Si cucu bertanya"Apa guna atuk suruh saya buat macam ini?".Si datuk menjawab"Ini perumpamaan bagi orang yang menbaca al-Quran".Meski tidak faham,namun jika dibaca setiap hari,pasti bersih hati kita sebagaimana baldi itu bersih setelah dicedok air banyak kali.Inilah salah satu mukjizat al-Quran.
Namun,lebih baik bukan jiaka kita faham isi kandungan al-Quran?
Bagi pelajar,kita tak rasa ganjil ke,bile bace buku yang ditulis oleh Campbell reece(bio),James brady(chem),Serway(phy),dll....kita mesti bace dan x cukup dengan tu,mesti nak paham jugak,selagi x paham tak puas.Ye la....nak score dalam exam kat dunia ni.Tapi segelintir dari kita bila baca al-Quran yang diturunkan oleh ALLAH melalui nabi Muhammad S.A.W,sekadar baca dah cukup,x payah paham pun.Sebab?mane ade periksa.X sedar kah kita 'exam' akhirat yang menanti kita?
28 Oktober 2009
Health:Have heard of Heart murmur?

Firstly,heart murmur is actually an extra or unusual sound heard during heartbeat.The sound like hissing,whooshing or swishing noise.Additional info,normal heartbeat sounds "lub" for closing of mitral and tricuspid valve while "dupp" for closing of aortic and pulmonary valve.
Heart murmur classified into 2 types:-
+Innocent(harmless) murmur
+Abnormal murmur
Innocent murmur also called by several different name such as normal heart murmur,benign heart murmur,flow murmur,functional murmur,still's murmur and phsiologic heart murmur.This type of murmur caused by blood flowing faster and increased amount of blood flow through the heart.It is usually common in healthy children as the patient of this type of murmur has a normal heart.There are several condition that may cause blood to flow faster:-
+Fever
+Anaemia
+Excessive thyroid hormone in body(hyperthyroidism)
After childhood
+Pregnancy
Abnormal murmur also called by the name of Pathologic heart murmurs.This type of murmur cause by lot of factors but the most common one is congenital heart defects(when heart,heart valve,blood vessel attach to heart not develop normally before baby is born).2 types of congenital defects are:-
+Congenital septal defect(hole in septum)
+Congenital valve defect(narrow valve-not allow enough blood to flow through &
valve not closed properly)
other factors that may cause abnormal murmur are:-
+Rheumatic fever(serious illness develop after a person has an untreted infection)
+Endocarditis(inflammation of inner lining of heart cause by bacterial infection)
+Calcification(hardening of valve result of aging)
-------------Symptoms of heart murmur---------------
=Blue colouring of skin,especially at fingertip & inside mouth
=Fast brething
=Excessive sweating
=Shortness of breath
=DizzinesFaintings
=Easily fatigue
=Chest pain
----------How it being treated?-----------------
Innocent murmur*
Do not need treatment as they have normal heart.If the patient have an innocent murmur due to condition mentioned above(eg-anaemia),murmur will go away as the condition treated.
Abnormal murmur*
Certain medicine might be prescribe by the doctor:-
+Aspirin=anticoagulant
+Beta-blockers=slow a rapid heart beat(tachycardia)
+Diuretics=lower blood pressure
+Digoxin=Strenghten force of heartbeat
Certain surgery might be neede if condition become worsen such as:-
+Aortic valve replacement
+Heart surgery
Langgan:
Catatan (Atom)