25 November 2010

Beratnya memikul nafsu


Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.
"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.
Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.
Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."

"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.
"Nanti, nanti... saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu."
Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan. Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata, "Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi itu.
"Mengapa?"
"Jangan bertanya, patuh saja!"
Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.
Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu. Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan. Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru sufi itu pun berkata, "Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."
"Maksud tuan?"
"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."
Pemuda itu terdiam.
"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."
"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
"Ya,ya. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"

PENGAJARAN: Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.

Sumber:I Luv Islam

23 November 2010

Kuliah sirah:Manusia yang diberkati

Assalamualaikum W.B.T

InsyaAllah kita akan teruskan pengajian mengenai kehidupan Rasulullah kali ini dengan menyusuri perjalanan hidup baginda berdasarkan kategori umur yang telah ditetapkan


Kelahiran-2 tahun

Nabi hidup bersama dengan ibu susuan baginda,Halimah sa'diah

Halimah merupakan keturunan bani sa'ad

Ketika itu hanya bani sa'ad yang menjalankan pekerjaan sebagai ibu susuan

Ketika itu haliamh berat untuk menerima baginda sebagai anak susuan kerana ketika itu baginda hidup miskin

Ketika dibawa pulang,halimah mengatakan kepada suaminya, "saya membawa anak susuan yang tigad berkat(kerana miskin)"

Namun suaminya mengatakan sebaliknya,dia dapat merasakan keberkatan baginda

Buktinya,ketika seluruh bani sa'ad dilanda kemarau dan kematian semua haiwan ternakan,hanya ternakan keluarga halimah yang sihat

Setelah berpisah dengan ibu susuannya,baginda berjumpa kembali dengan ibunya ketika fathu makkah(baginda berusia 55 tahun)

Sayang dan kasihnya baginda kepada ibunya,baginda meminta satu jam masa untuk bersama ibu susuannya walau ketika itu ade meeting penting sangat

2-6 tahun

Hidup bersama ibunya,Aminah bt.Wahab

Aminah,baginda dan pembantu Aminah,ummu aiman bermusafir ke madinah(500km) untuk melawat kubur bapa baginda dan sedare-mara

Namun ketika perjalanan pulang,Aminah meniggal di abwa',maka hanya baginda dan ummu aiman menguruskan jenazah aminah di tengah2 padang pasir

6-8 tahun

Hidup bersama Abdul Mutalib(90 tahun),datuk baginda

Nabi ikut bersama datuknya ke meeting pembesar quraisy memandangkan datuknya ketika itu ketua kepada semua kaum quraisy

Ketika itu datuk baginda orang yang sangat dihormati,tiada siapa berani duduk di kerusinya.

Namun baginda duduk di kerusi itu,lalu bapa sedare baginda memarahi baginda,namun abdul mutalib suruh biar sahaja

Datuk baginda dapat merasakan Muhammad bakal menjadi pemimpin yang agung

Ketika baginda berusia 8 tahun,Abdul mutalib meninggal dunia

8-25 tahun

Baginda hidup bersama Abu talib,bapa sedare baginda bersama dengan 10 anaknya yang lain

Berumur 8-15 tahun,baginda mengembala kambing(kambing binatang yang sangat susah dijaga,kerana itu kebanyakan nabi pernah mengembala kambing untuk menguji kesabaran mereka)

Baginda menganggap Fatimah bt. Saad,isteri abi talib sebagai ibu baginda sendiri

Berumur 15-23 tahun,baginda berniaga untuk mengajar sifat amanah sabar dan kemahiran komunikasi baginda


Konklusi,perjalanan hidup rasulullah telah ditetapkan oleh Allah untuk mengajar segala aspek kehidupan sejak baginda kecil lagi.Baginda juga Kehilangan ahli keluarga dalam umur yang masih muda dan mampu berdikari membuat kerja2 untuk membantu bapa sedare baginda.Di samping itu,baginda juga setia dan taat kepada ibunya dan ibu susuannya,dll.

Pengajaran yang boleh kita ambil di sini,antaranya:-

  • Sentiasa meluangkan masa dengan anak2 supaya anak2 mendapat kasih sayang yang sepatutnya(kepada yang belum berkahwin,boleh la main2 dengan anak sedare atau lain2)

  • Menghubungkan silaturahim sepertimana Aminah sanggup mengharung perjalanan sejauh 500km untuk menziarahi keluarganya disana dan memperkenalkan nabi kepada mereka

  • Melahirkan seorang rijal(pejuang Islam) bukan kerja yang mudah,tarbiyah dari kecil diperlukan dan sentiasa istiqamah.Mari kita sama menuju ke arah melahirkan rijal yang berkualiti

  • Sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa dan jadikan ujian itu sebagai satu pemberian dari Allah.Kerana tanpa ujian,maka peribadi kita x kan diuji,kerana itu para nabi seringkali dihujani dengan pelbagai ujian.Makin banyak ujian,insyaAllah darjat seseorang itu akan dilipatgandakan oleh Allah

28 Oktober 2010

Mengenal Rasulullah:Siri 1


Assalamualaikum W.B.T...

InsyaAllah,bermula pada saat ini akan diwujudkan post khas untuk kisah sirah kehidupan Rasulullah secara mingguan.Input diambil dari ceramah yang disampaikan oleh ustaz Sabri dalam kuliah sirah mingguan beliau.

Sebelum kita menyusuri kisah hidup baginda,lebih molek jika kita mengenal sedikit sebanyak nama2 yang diberikan oleh masyarakat arab ketika itu kepada baginda:-

  1. Muhammad:Kerana baginda sering dipuji dalam setiap tingkah laku baginda
  2. Ahmad:Kerana baginda sering dan melazimi memuji Allah meskipun telah maklum diri baginda dijanjikan syurga
  3. Al-Mahi:Kerana baginda merupakan insan yang menghapuskan kekufuran arab jahiliyyah ketika itu yang menyembah berhala
  4. Al-Hasyir:Kerana baginda akan memimpin sekalian umat di padang mahsyar kelak
  5. AL-'Aqib:Kerana baginda merupakan penutup kepada rasul2

Untuk kita lebih menghayati kisah hidup baginda,seharusnya kita meneliti peribadi Baginda:-

1.Wajah:Masyarakat ketika itu menyifatkan wajah baginda ibarat bulan purnama(masyarakat arab menganggap bulan purnama sebagai sesuatu yang sangat indah,sebagaimana masyarakat melayu sering menganggap bunga yang kembang itu sangat indah)

2.Keramahan:Rasulullah pernah menegur dan memeluk(seolah-olah kawan karib)seorang lelaki yang disifatkan sebagai hitam dan kurang menarik.Lelaki ini tidak pernah ditegur sesiapa sebelum ini,maka dia berasa sangat gembira dengan akhlak yang ditunjukkan baginda

3.Tawadhu:Baginda sering meminta kepada sahabat2 baginda untuk turut mendoakan beliau,walaupun baginda telah dijamin syurga

Perkara diatas merujuk kepada peribadi baginda yang sangat terpuji.Setrusnya mari kita menyusuri kisah sahabat2 yang sangat mencintai Rasulullah:-

Abu Bakar:
  • Ketika ayah Abu Bakar ingin memeluk agama Islam,Abu Bakar membawa bapanya bertemu baginda.
  • Ketika Baginda memegang tangan ayahnya,Abu Bakar menagis lantaran itu berkata
"Kalaulah yang beriman itu Abu Talib,tentu kamu akan lebih gembira"

Wanita Ansar-
  • Ketika peperangan kedua dalam perang uhud,khabar angin mengatakan Rasulullah telah wafat,maka wanita ini ingin mendapatkan kepastian lalu berlari ke medan perang.
  • Apabila beliau bertanya seorang sahabat"Bagaimana dengan Rasulullah?"...sahabat itu menjawab"Innalillah...ayahmu telah syahid"...wanita itu tidak mempedulikan
  • Bertanya lagi kepada sahabat lain"Bagaimana dengan Rasulullah?"...sahabat menjawab"Innalillah...suamimu telah syahid"...tetap tidak mempedulikan
  • Bertanya lagi"Bagaimana dengan RAsulullah?"...sahabat menjawab"Innalillah...anakmu telah syahid"...masih tidak mempedulikan...
  • Akhirnya sampai kepada sahabat seterusnya"Bagaimana dengan Rasulullah?"sahabat menjawab"Rasullah masih hidup"...Wanita ini masih tidak berpuas hati
  • Akhirnya wanita ini yakin Rasulullah masih hidup bila nampak sendiri kelibat baginda
Thauban:-
  • Hamba Rasulullah
  • Satu hari,thauban bersedih lau menyatakan dia takut kalau di hari akhirat kelak,dia akan ditinggalkan oleh Rasulullah kerana darjat baginda terlalu tinggi
  • Namun Rasulullah membalas"Seseorang itu akan dibangkitkan bersama dengan orang yang dicintainya"
  • Maka thauban tenang mendengarkan perkataan baginda sedemikian
Perkara terakhir yang dibincangkan pada sesi kali ini adalah cara2 untuk kita merasa lebih cinta kepada Rasulullah S.A.W:-
  1. Perbanyakkan selawat
  2. Membaca sirah kehidupan Baginda(atau mengikuti mana2 ceramah berkenaan dengannya)
  3. Mengamalkan sunnah baginda(sunnah yang paling hebat adalah meneruskan usaha baginda iaitu BERDAKWAH)
  4. Menziarahi makam baginda jika berkemampuan
Akhirulkalam...

Ustaz Sabri bin Muda
Kuliah sirah mingguan di IM2,
Sesi 1:28/10/2010

22 Oktober 2010

It's smell nice,but does it really good to you?





Assalamualaikum W.B.T,

Alhamdulillah,Allah have give an oppurtunity to share some fact that i learn before.InsyaAllah it will bring benefit to you guys.I'll try to deliver it in much simpler way,so that all of you can understand it well,and perhaps spread it to others with Allah will.

Usually when we heard something nice,then we expect to get a wonderful effect from it.For example when a car looks good from it appearance,then we expect it also come with great perfomance.But,it never always happen like that.I'm sure some of you might facing a situation when the appearance is good,but the perfomance of the car is really bad.Same goes here about what i'm gonna talk about

Have you heard about a disease called Phenylketonuria(PKU)?Let me tell you about it...It is a disease that result in fruity odour urine.Sounds good right?But,you have to admit it,it is a disease...This disease occur because of Inborn Error Metabolism(IEM).You can take a look at pathway I provided below:-



This disease occur when an enzyme called Phenylalanine hydroxylase is lack.In the pathway above,all the blue box is a NORMAL pathway,while the red box is the ALTERNATIVE pathway.Thus when the reaction can proceed in normal route(because lack of enzyme),it then diverge to enter the alternative route.Entering the alternative route resulting in formation of Phenylketones(Phenylpyruvate,phenyllactae & phenylacetate).Increase formation of phenylketones result in accumulation of it,thus excess phenylketone will be excrete in the urine of the patient.Presence of this phenylketones in the urine that result in fruity smell of the urine since one of the characteristict of it is this fruity smell.

How to diagnose this disease,simple!
1.Presence of Phenylketone in urine(by undergo urine test)
2.Just smell it!

The worst that can be expect from this disease is mental retardation

Treatment:-
1.Give Tyrosine supplement(Since the pathway have diverge from normal route,thus it might cause low level of tyrosine than the normal level).
2.Restrict intake of Phenylalanine from diet(To prevent accumulation of phenylketones)
3.Enzyme substitution with Phenylalanine amino lyase(PAL)(This will convert Phenyalanine to non-toxic derivatives,instead of phenylketones)

*Pathway given above is not complete,just want to give simple overview to all of you
*With Allah will,i'll try to explain regarding others IEM disease after this...

Akhirulkalam...

16 Oktober 2010

Anda faham apa yang anda lafazkan?


Assalamualaikum W.B.T...

Alhamdulillah,setelah sekian lama ana tidak berpeluang untuk menulis,Allah telah memberi peluang untuk ana berkongsi kali ini.InsyaAllah kali ini ana ingin berkongsi satu ilmu yang seharusnya setiap umat Islam sudah arif dan mahir.Perbuatan ini dilaksanakan paling kurang 5 kali sehari,WAJIB.Tapi kebanyakan dari kita hanya melakukan perbuatan ini hanya sebagai perbuatan.Tapi adakah kita benar2 faham dan menghayati setiap makna dari perkataan kita dalam solat? InsyaAllah,mari kita menyusuri setiap makna dalam perbuatan kita,perkataan kita,semoga kita dapat melaksanakan solat dengan lebih khusyuk selepas ini insyaAllah...

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Akhirulkalam...

12 September 2010

Cara solat taubat nasuha


Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

———————————————————–

*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

09 September 2010

Kehidupan alam rahim telah mengajar kita




Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,haza min fadhl rabb.Ana masih berpeluang untuk menulis di sini.Satu kesinambungan yang cukup cantik dan indah telah Allah ciptakan untuk kita.Hanya tertakluk kepada kita untuk menggarapnya atau tidak.Kebanyakan dari kita dah belajar biologi mase tingkatan 3 mengenai proses pembenihan antara sperma dan telur perempuan.

Secara ringkasnya,Ovum(telur perempuan) dihasilkan menerusi proses oogenesis.Untuk perempuan hanya satu telur dihasilkan dalam setiap proses secara normalnya.Setelah melalui proses selama 9 hari,kemudiannya barulah satu telur yang betul2 sihat dihasilkan.Proses ini berlaku sejak dari kehidupan feotus lg.

Untuk lelaki pula,sperma dihasilkan melalui proses spermatogenesis.Sekali proses ini berlaku mampu menghasilkan berjuta2 sperma.Satu proses akan menghasilkan 4 sperma.Sperma2 ini kemudiannya akan berusaha untuk bergabung dengan ovum dalam proses pembenihan.Proses ini bermula apabila seorang lelaki itu mencapai umur akhil baligh.Proses pembenihan ini satu proses yang sangat signifikan.Struktur sperma terdiri daripada kepala,leher dan ekor.Dalam kepala ini terdapat satu enzyme yang mampu menghakis lapisan ovum untuk sperma ini masuk ke dalam.Namun tidak semudah itu,lapisan2 yang perlu diharungi sperma2 ini adalah corona radiata,zona pelucida dan yang terakhirnya lapisan membrane telur itu sendiri.Betapa bersungguh-sungguhnya sperma ni.Namun begitu,hanya satu sperma yang dibenarkan untuk menembusi halangan ini,sebab sejurus satu sperma berjaya melepasi halangan ini,satu proses yakni zona pelucida hardening bertindak untuk menghalang sperma2 lain menembusi dengan mengeraskan zona pelucida.
Apa yang signifikannya proses ini?Seorang wanita itu seharusnya bersikap seperti diri mereka ketika di alam rahim dahulu.Berusaha sedaya upaya memelihara diri mereka,kerana lumrah hidup ini menetapkan seorang wanita yang solehah itu adalah permata yang berharga.

“Isteri-isterimu adalah ladang bagimu,maka datangilah ladangmu itu bila-bila sahaja dengan cara yang kamu sukai.Dan utamakanlah(yang baik) untuk dirimu.Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu(kelak) akan menemuiNya.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang beriman" Al-Baqarah-223

Ayat ini menunjukkan betapa berharganya seorang wanita itu,kerana ayat ini diturunkan ketika zaman dimana hanya padang pasir yang boleh dilihat.Maka kerana itu,ladang yang ada dianggap sebagai harta yang sangat berharga kerana ia cukup sukar didapati pada ketika itu.

Wahai akhwat di luar sana,jagalah kehormatan dirimu sepertimana kau mampu menjaganya seperti di alam rahim dahulu,KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.Wahai ikhwah di luar sana(termasuk diri ini),laksanakanlah perananmu sebagai pelindung wanita bukan sebagai perosak kaum hawa yang mulia ini.

“Laki-laki(suami) itu pelindung bagi perempuan(isteri),kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka(laki-laki) atas sebahagian yang lain(perempuan),…..” An-Nisa’-34
Marilah kita sama2 berusaha untuk menjadi lelaki yang soleh dan semoga akhwat di luar sana menjadi wanita yang solehah.Semoga suasana pergaulan antara lelaki dan perempuan umat Islam di Malaysia dapat berubah ke arah yang telah disusun cantik oleh Islam.Ameen…

Akhirul kalam…