06 Julai 2009
Kesihatan:Hallux Vagus
Assalamualaikum w.b.t
Pernahkah anda merasa sakit ketika memakai kasut,tapi bila bukak kasut masih x hilang rasa sakit tu?atau anda mendapati kaki anda same bentuk dgn gambar kat atas tu?Kalau anda jawab YA! untuk kedua-dua soalan ni,anda mungkin salah seorang penghidap penyakit hallux vagus.
Antara ciri2 penyakit ni adalah"-
+Ibu jari kaki rapat ke jari sisi
+Ketulan atau benjolan di sisi kaki dipanggil bunion
Manakala antara faktor penyebab penyakit ni adalah:-
#pakai kasut tumit tinggi hujung tirus
#faktor genetik(72%)
#tapak kaki rata
Tapi jangan risau,ade langkah pencegahan....
@elak pakai kasut hujung tirus
@bagi yang kaki rata,pakai plantar orthosis untk bg sokongan dekat kaki
Bagi yang dah menghidap penyakit ni....
=elak kasut yang ade jahitan kat kawasan yang terkena bunion
=terdapat 110 jenis pembedahan,salah satunya osteomi.
*hanya pembedahan cara utk merawat pemnyakit ni
Maklumat tambahan???
-Bunion boleh membesar dan mengeras
-bunion mudah terkena serangan kulat air kerana kaki lembab ketika pakai kasut
Sedikit tip:-untuk rehatkan kaki yang penat,anda boleh mengankat kaki anda dengan lurus
semasa berbaring atau letakkan ais di kaki anda
*maklumat diperoleh dari keratan akkhbar kosmo,5/7/09 oleh pakar bedah
kaki&pergelangan kaki,Dr.Kahirul Faizi Muhammad
semoga kalam ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama
akhirulkalam...
05 Julai 2009
Pelajaran No.1,Dakwah BUKAN No.2
Assalamualaikum w.b.t,
Benar!ku x bohong!medan perjuangan kita kini adalah dalam bidang pelajaran.....Namun,x sedarkah kita?umat kita sedang tenat!terpana dengan silauan dunia!Siapa yang ingin kita harapkan?mat rempit?mat pet?atau mana2 mat-mat yang laen....Ana x salahkan mat-mat ni...tapi tanggungjawab memperbetulkan mereka ini terletak di atas bahu kita.X kiralah secara langsung atau tidak,membetulkan mereka atau menghindari anak muda dari terjebak dengan mereka ni.Belia muslim sekarang belambak kat universiti,politeknik,dll,ditatang dengan ilmu yang berguna x kira kat platform mane sekalipun.Mungkin jika kita berjaya menukarkan belia yang terpesong ini ke jalan yang benar,atau kita sendiri x mustahil akan menjadi pemimpin negara ini,dan juga sampai ke tahap memimpin umat Islam dalam daulah khilafah.
Kita x pernah tahu apa yang bakal mendatang esok hari.Umat ini memerlukan para belia untuk menegakkan kembali syiar Islam di bumi Allah ini.Pelajaran itu penting bagi kita,namun jangan sekali-kali kita meletakkan Dakwah dan terbiyyah itu ke tepi,jadikan ia naluri kita demi pembangunan umat.Kalau bukan kita,siapa lagi?kalau bukan sekarang,bile lagi?kalau bukan di sini,di mana lagi?InsyaAllah kita renungkan bersama dan amalkan dalam kehidupan seharian kita.
Akhirulkalam...
Langgan:
Catatan (Atom)