Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan

28 November 2010

Awas!Anda mungkin telah terjebak dalam rantaian ini...




Assalamualaikum W.B.T,

InsyaAllah kali ini ana akan kongsikan sedikit petikan dari novel bertajuk "Murabbi Cinta".Satu pedoman yang baik untuk kita sume insyaAllah...

"Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?"tanya seorang CEO kepada setiausahanya. "Err,Pengurus Jualan lewat menyerahkan kepada saya"jawabnya terketar-ketar. "Ahhh! macam2 alasan awak,saya bosan mendengarnya.Pergi betulkan semula dokumen ni.Sudahlah lewat,salah pula tu!"bentak bos besar,marah sungguh.

Setiausahanya dengan muka merah madam meniggalkan pejabatnya menuju kepada Pengurus Jualan. "Itulah tuan!Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut,saya pula yang kena marah.Dokumen salah pula tu!"kata setiausaha CEO tersebut.Pengurus jualan terkejut. "Awak kalau nak berurusan dengan saya,ketuk pintu dahulu.Itu pun awak tak tahu ke?"Pengurus Jualan meninggkan suara. "Ahhh! sudahlah.Ketuk pintu ke,tak ketuk pintu ke,tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya.Ambil dokumen ini dan betulkan semula!"Sejumlah dokumen dihempas ke meja lalu terus berlalu.

Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan.Geram dengan sikap setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa.Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalan raya luar biasa."Aduh!sempatkah aku kejar siaran berita malam ini?"Pengurus Jualan sudah bengang.
Kemungkinan besar dia tidak sempat melihat siaran temu ramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi.Tiba di rumah,jam sudah mencecah 8.30 malam.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah,isterinya dengan dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu. "Kenapa dengan awak?"tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.
"Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi.Kawan saya telefon.Katanya saya tak jaga makan pakai suami!"Kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami. "Ahhh! aku banyak masalah,itu pula yang disibukkannya!makan malam dah siap ke?" tengking si suami yang sedang baran.

Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu.Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah.Tanpa banyakj bicara dia segera menuju ke dapur. "Mama,tengok lukisan Adam!Cantik tak?" tiba2 si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan. "Ahhh! sibuk sahaja kamu ini.Lukisan,lukisan,lukisan.Menghabiskan kertas A4 sahaja.Pergi naik atas buat kerja sekolah!" si ibu menengking anaknya
.

Adam berasa sungguh terkejut.Tidak sangka lukisannya berakhir denga kemarahan si ibu.Tiba2 kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam. "Iauuu!"Kucing itu menjerit.Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.

Soalannya,siapakah sebenarnya yang menyepak si kucing malang itu?

Abu Hurairah r.a berkata,seorang lelaki datang kepada Nabi S.A.W dan menerima wasiat(nasihat) daripada baginda.Lalu baginda S.A.W berkata:-

"Janganlah kamu marah!(Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama:janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! janganlah kamu marah!"(Riwayat al-Bukhari)

Besarlah pahala suami,isteri,anak,malah majikan,atau setiausahanya yang berjaya memberhentikan musibah berantai ini.


Bersediakah anda untuk menghentikan rantaian ini???sama-samalah kita berusaha kearah yang terbaik,semoga semua usaha kita diredhai dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T

Petikan dari:
Novel Murabbi cinta karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
*Sebahagian kecil ayat di'delete' atau di'tambah' mengikut kesusuaian semasa

22 Jun 2010

Hukum Mengembiri(kasi) Binatang/Kucing-Peminat kucing mesti baca!!!


Assalamu’alaikum wbt ,

Mak-ayah saya(termasuk ana,hehe) minat kepada membela kucing. saya juga minat gok kucing kucing nih, tapi masalahnye mengenai mengkasi/mengkembiri/ atau memotong saluran peranakan terutama bagi jantan. Alasannya untuk mengelak kucing jantan kencing merata rata dalam rumah kerana sifat jantannya dan supaya kucing bertambah gemuk ( InsyaAllah ada pemilik kucing paham) Soalan saya, adakah boleh ??kerana ada juga Ustaz saya kaki kucing gak, dia kata boleh tapi dengan syarat menjaganya sebaik baik mungkin kerana tiada niat kita menzaliminya tetapi teman hidup kita untuk dijaga dalam rumah dan menjaga kebersihan.

terima kasih.


jawapan:

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم

{ بسم الله الرحمن الرحيم }

(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************[/color]

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan tersebut dan kami kira soalan seperti ini juga merupakan satu perkara yang amat penting kepada golongan muslimin , lantaran ramai juga di kalangan mereka yang menternak haiwan dan tidak kurang juga yang mempunyai hobi membela kucing .

Alhamdulillah – dengan taufiq dan ‘inayah daripada Allah Ta’ala , maka inilah jawapannya :

[color=blue]Kasi = Kembiri = Castration = خصاء[/color]

SECARA UMUMNYA , Mengembiri binatang ternakan menurut Imam Abu Hanifah (rh) – Pengasas Mazhab Hanafi – tidaklah menjadi satu kesalahan di sisi syarak , kerana ianya boleh menghasilkan binatang ternakan yang gemuk isinya lagi baik mutu dagingnya . Dan daging seperti ini yang menjadi pilihan top-ten , khasnya bagi mereka yang hendak mencari haiwan ternakan untuk aqiqah ( khasnya kambing ) . Imam Malik Bin Anas (rh ) – Pengasas Mazhab Maliki – hukumnya adalah harus , kecuali pada KUDA , kerana tindakan mengembiri seseekor kuda akan menyebabkannya lemah dan tidak boleh menghasilkan anak.

[color=blue]MASALAH MENGEMBIRI KUCING : [/color]

Menurut sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w , daripada riwayat Saidina Abdullah Bin Saidina ‘Umar Al-Khattab (r.a ) mengisahkan bahawa pernah seorang wanita disenaraikan sebagai ahli neraka disebabkan dia pernah mengurung seekor kucing dan tidak pula dibenarkan keluar merayau-merayau untuk mencari makanannya sendiri yang menyebabkan akhirnya kucing itu mati kelaparan . ~ Hadis sahih riwayat ImamAl-Bukhari (rh) dan Imam Muslim (rh) .

Manakala menurut riwayat lain pula , ada seorang wanita yang menjadi seorang pelacur telah memberi makanan kepada seekor anjing yang kelaparan . Maka dengan perbuatan itu , melayakkan dia menjadi salah-seorang penghuni syurga kelak.

Hadis @ kisah ini sekaligus memberikan ancaman kepada setiap penternak / yang memelihara seekor binatang , supaya menjaga haiwan-haiwan ternakan / peliharaan mereka sebaik mungkin . Ini disebabkan segala tindak-tanduk kita akan dipersoalkan dengan detail di hadapan Tuhan Yang Maha Adil , Allah Ta’ala di mahkamah padang mahsyar kelak .

Dan di antara ciri-ciri menjaga kebajikan haiwan-haiwan itu ialah memberi makanan – minuman , perlindungan , ubat-ubatan dan seumpamanya kepada haiwan-haiwan tersebut . Mengembiri binatang termasuk di dalam kategori memberikan ubat-ubatan yang disebutkan di atas.

[color="green"]Adapun tindakan mengembiri seekor kucing jantan , jika ianya memang telah diakui KEBENARANNYA ( boleh menyebabkan ia bertambah sihat dan gemuk serta tidak kencing merata-merata ) oleh pakar perubatan haiwan yang diyakini kejujurannya ( Islamnya ) dan disahkan pula menurut kepakaran mereka di dalam bidang perubatan haiwan , maka tidak ada halangannya menurut agama kita . [/color]

Yang dilarang ialah berbuat zalim kepada haiwan – yang mana ia juga termasuk di dalam kategori makhluk Allah Ta’ala – dan apatah lagi kepada sesama manusia , yang merupakan makhluk Allah Ta’ala yang paling mulia di alam jagat ini .

Larangan melakukan kezaliman dan menimbulkan bencana ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w : [color=red]

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Ertinya : Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh juga menimbulkan bahaya ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Malik (rh) , Imam Al-Hakim (rh) , Imam Ibnu Majah (rh) , dan Imam Daruquthni (rh) [/color]

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .