Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

01 Julai 2010

Tiada lagi pembedaahn jantung!!!-ESMR telah tiba...


Assalamualaikum W.B.T

InsyaAllah kali ini ana ingin berbicara mengenai kesihatan.Kebiasaannya bila orang sakit jantung yang melibatkan salur darah koronari arteri tersumbat atau sempit,pembedahan bypass atau angioplasti yang menjadi pilihan.Namun,menurut statistik 10 peratus pesakit yang menjalani pembedahan ini sebanyak 2 kali masih x sembuh.Di sinilah ESMR(Extracorporeal Shockwave Myocardial revascularization) memainkan peranan.

Sedikit info mengenai teknologi ini:-
~Hanya terdapat 50 unit di Dunia
~Berharga 2.8 juta
~Berasal dari jerman
~Malaysia negara pertama memilikinya di Asia Tenggara

Teknologi ini baru sahaja digunakan di Malaysia.Ianya dilaksanakan di PPUM(Pusat Perubatan Unuversiti Malaya).Pesakit pertama yang menerima rawatan ini adalah seorang lelaki berusia 63 thn yang dikendalikan oleh ketua unit kardiologi PPUM,Prof. Wan Azman Wan Ahmad.Teknologi ni lebih kurang dengan rawatan batu karang,cuma yang ni frekuensinya lebih rendah.

Satu syarat penting untuk menjalani rawatan ini,otot jantung haruslah dipastikan masih belum mati.Otot mati disini adalah tersumbat,berlubang,bocor,dll).Otot yang masih hidup dimaksudkan dengan otot yang bertukar dari marah ke biru disebabkan kekurangan oksigen yang sampai ke sana.Oleh kerana itu,otot ni x dapat berfungsi dengan baik menyebabkan pesakit sering sesak nafas.

Rawatan ini berfungsi dengan menyalurkan gelombang kejutan kepada saluran darah bermasalah untuk merangsang pertumbuhan pembuluh darah yang baru.Seterusnya ia akan merangsang saluran darah yang kecil untuk membesar sebelum bersambung semula dengan saluran darah sedia ada.

Rawatan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit utk satu sesi rawatan.Bagi pesakit yang mempunyai satu saluran darah bermasalah,3 sesi rawatan dalam seminggu diperlukan.Untuk 2 yang bermasalah,3 lagi sesi rawatan diperlukan pada minggu ke-5.UNtuk 3 saluran bermasalah,3 lagi sesi rawatn perlu ditambah pada minggu ke-9.Maksudnya 3 minggu rehat diperlukan sebelum sesi rawatan untuk saluran darah bermasalah yang seterusnya dilakukan.

Namun,ini bukanlah rawatan alternatif kepada pembedahan bypass dan angioplasti.Kaedah tersebut masih yang teerbaik dan kaedah ESMR ini disarankan bagi golongan tertentu:-

1.Mereka yang pernah menjalani pembedahan sebanyak 2 kali(kerana pembedahan ke-3 mempunyai risiko yang amat tingi
2.Warga emas yang terlalu uzur untuk menjalani pembedahan
3.Pesakit yang mempunyai penyakit buah pinggang,diabetes,hati.

Kelebihan ESMR
~Tiada pembedahan
~tiada parut
~Kos rendah(RM 500-RM 1000 sekali sesi rawatan)
~X perlu tinggal di hospital(selepas selesai rawaatn,boleh balik rumah mcm biasa)
~Tiada kesakitan
~Tiada ubat2 tambahan
~Peluang sembuh tinggi

akhirulkalam...
Info dari majalah iSihat julai 2010

17 Jun 2010

Hukum Penggunaan Ubat Clexane Dan Fraxiparine

Sumber:
JAKIM(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-ubat-clexane-dan-fraxiparine)
Tarikh Keputusan:
23 Jun, 2009
Tarikh Mula Muzakarah:
23 Jun, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah:
25 Jun, 2009
Oleh:
Muzakarah Kali Ke-87
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penggunaan Ubat Clexane Dan Fraxiparine. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Islam menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit, kecuali dalam keadaan di mana tiada ubat dari sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudharatan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat dari sumber yang halal ditemui.

Oleh itu, berhubung dengan penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine yang dianggap darurat kepada para pesakit bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta merta ketika pesakit berada pada tahap kronik, Muzakarah memutuskan bahawa penggunaan kedua-dua jenis ubat ini adalah ditegah kerana ia dihasilkan dari sumber yang diharamkan oleh Islam, memandangkan pada masa ini telah terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine.

Keterangan/Hujah:
  1. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengesahkan wujudnya enzim babi dalam kandungan kedua-dua jenis ubat tersebut. Ini kerana kedua-dua jenis ubat ini terbentuk daripada low molecular weight heparin (LMWH) yang merupakan unsur yang terbentuk daripada heparin. Heparin merupakan sumber biologi yang diambil daripada usus babi.

  2. Islam mengharamkan penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara- perkara) yang haram.

  3. Dalam keadaan tiada ubat lain yang boleh digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit, sedangkan sesuatu penyakit itu perlu dirawat untuk memelihara kesihatan diri dan tubuh badan, ubat yang bersumberkan perkara-perkara yang ditegah seperti penggunaan ubat yang bersumberkan enzim babi diharuskan selama mana tiada ubat dari sumber yang halal ditemui mengikut kadar yang diperlukan sahaja.

  4. Dalam mempertimbangkan keharusan ini, syarat-syarat untuk memastikan bahawa keperluan tersebut berada di peringkat darurat perlu dipenuhi. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

    (i) Darurat itu benar-benar berlaku, bukan suatu yang tidak pasti. Dengan kata lain telah berlaku atau wujud satu keadaan di mana kemusnahan atau kemudharatan pada lima perkara asas ataupun kemusnahan akan berlaku secara pasti ataupun berdasarkan kepada sangkaan yang kuat berpandukan pengalaman- pengalaman atau pengetahuan;

    (ii) Seseorang yang berada dalam keadaan darurat itu bertentangan dengan perintah atau larangan syarak, atau tidak terdapat sesuatu yang diharuskan oleh syarak untuk menghilangkan kemudharatan melainkan perkara yang ditegah;

    (iii) Mestilah dipastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang lain tidak dapat menghindarkan kemudharatan yang menimpa pesakit;

    (vi) Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja; dan

    (v) Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu hendaklah dipasti dan perakui oleh seorang doktor pakar muslim yang adil.

  5. Dalam isu ubat clexane dan Fraxiaprine ini, kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat sejenis ubat lain iaitu Arixtra Solution For Injection atau nama generiknya Fondaparinux Sodium mempunyai tahap keupayaan yang tinggi dalam membantu mengelakkan masalah pembekuan darah. Ubat ini telah pun berdaftar dengan BPFK dengan nombor pendaftaran MAL 20034441A.

  6. Fondaparinux merupakan ramuan aktif di dalam Arixtra yang terhasil secara sintetik di manapentasaccharide sintetik diambil dan ia tidak mengandungi sebarang bentuk heparin. Malah, tiada satu pun material dalam penghasilan ubat ini diambil daripada haiwan termasuklah biproduk babi. Arixtra bukan ubat yang baru ditemui, sebaliknya ia telah berada di pasaran lebih daripada 10 tahun. Namun kajiannya yang terbaru telah mendapati bahawa ubat ini mampu menggantikan kekuatan Clexane dan Fraxiaprine.

  7. Arixtra digunakan untuk mengelakkan pembekuan darah atau masalah VTE bagi pesakit yang menjalani rawatan pembedahan major ortopedik, lutut dan pinggang. Selain itu, ia juga digunakan bagi pesakit jantung, pesakit kronik yang tidak dapat bergerak dan pembedahan abdomen.

  8. Penemuan Arixtra dalam dunia perubatan hari ini telah menghapuskan `illah pengharusan penggunaan perkara yang ditegah. Perkara ini bersesuaian dengan kaedah fiqh ما جاز لعذر يبطل بزواله. Prinsip ini menetapkan bahawa keharusan sesuatu perkara itu adalah disebabkan keuzuran tertentu dan ia terbatal dengan hilangnya keuzuran tersebut.

Jom sarapan!!!


Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi.

Terdapat pelbagai kerenah manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat bersarapan pagi antaranya:

· Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.

· Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat.

· Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak.

· Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.

· Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.

Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.


Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.


Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.


Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.


Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.


Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.


Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.


Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.


Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.


Oleh: Aminuddin Mansor
Tarikh : 10 March 2006
[Zakaria Bin Othman]
Editor : PRO JAKIM []
Sumber:http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1322

27 April 2010

Air Selusuh???...penah dengar?



Assalamualaikum W.B.T

Ana membuat andaian ramai yang terpinga-pinga tatkala dengar pasal air ni.Betul x?Jadi ana berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita untuk menambah ilmu kita yang tandus ini.Air selusuh ni sering diberi oleh mak kepada pompuan yg mengandung.Atau sekarang ni pompuan mengandung tu sendiri dah tau minum dah tanpa dimaklumkan ibu mereka.Biasanya adat di kampung yang mengamalkan pengambilan minuman ini

Asal usul air selusuh?

Sebenarnye ia terbahagi kepada 2 jenis.Yang pertama,air kosong atau air zam zam yang yang dibacakan ayat2 al-Quran tertentu.Fungsinya untuk menguatkan lagi proses kontraksi rahim ketika proses melahirkan anak agar kesakitan yang ditanggung berkurangan.Jenis yang kedua,air yang sama tapi ditambah dgn herba2 tertentu.Biasanya air yang kedua ni menyebabkan kontraksi yang amat kuat sampai boleh membawa kepada fetal distress(Bayi lemas).

Kedua-dua air ni x salah untuk digunakan cuma cara penggunaan masyarakat kita yg buat penggunaan air ni menimbulkan masalah.Memandangkan air ni berfungsi untuk menguatkan proses kontraksi,maka ia hanya boleh diminum ketika proses kontraksi sudah bermula.X semestinye dah rase sakit nak melahirkan anak,maka dah boleh minum.x sama skali.Walaupun air yang diminum x mengandungi sebarang herba,tapi kalau diminum sebelum proses kontraksi bermula tetap akan membawa kepada fetal distress.Jika ini berlaku,kelahiran secara pembedahan perlu dilakukan.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari pakar perunding O&G,air ni hanya sesuai diminum ketika bukaan rahim 5cm atau lebih.Maka dalam keadaan ni,pengambilan air ni akan memudahkan proses bersalin

Perhatian perlu diambil!!!Air ni dibacakan dengan ayat al-Quran,maka kita perlu percaya Allah yang memudahkan sesuatu perkara itu.Jangan pulak kita percaya air tu yang bawa kelebihan kepada kita,boleh membawa kepada syirik!,na'uzubillah...Ambil kesempatan ini untuk kita menyedari,dalam al-Quran terdapat segala apa yang kita perlukan,dari kata motivasi,panduan hidup,penawar dan lain2.Maka janganlah kita hanya simpan Quran kat umah buat hiasan.Sekurang-kurangnya bacalah setiap hari,lebih baik jika kita mampu mengambil iktibar dari setiap kata2 Allah yang penuh hikmah.Belajar mentadabbur al-Quran.InsyaAllah kita manfaatkan ilmu yang sedikit ini.

Akhirulkalam...

06 Julai 2009

Kesihatan:Hallux Vagus




Assalamualaikum w.b.t

Pernahkah anda merasa sakit ketika memakai kasut,tapi bila bukak kasut masih x hilang rasa sakit tu?atau anda mendapati kaki anda same bentuk dgn gambar kat atas tu?Kalau anda jawab YA! untuk kedua-dua soalan ni,anda mungkin salah seorang penghidap penyakit hallux vagus.

Antara ciri2 penyakit ni adalah"-
+Ibu jari kaki rapat ke jari sisi
+Ketulan atau benjolan di sisi kaki dipanggil bunion

Manakala antara faktor penyebab penyakit ni adalah:-
#pakai kasut tumit tinggi hujung tirus
#faktor genetik(72%)
#tapak kaki rata

Tapi jangan risau,ade langkah pencegahan....
@elak pakai kasut hujung tirus
@bagi yang kaki rata,pakai plantar orthosis untk bg sokongan dekat kaki

Bagi yang dah menghidap penyakit ni....
=elak kasut yang ade jahitan kat kawasan yang terkena bunion
=terdapat 110 jenis pembedahan,salah satunya osteomi.
*hanya pembedahan cara utk merawat pemnyakit ni

Maklumat tambahan???
-Bunion boleh membesar dan mengeras
-bunion mudah terkena serangan kulat air kerana kaki lembab ketika pakai kasut

Sedikit tip:-untuk rehatkan kaki yang penat,anda boleh mengankat kaki anda dengan lurus
semasa berbaring atau letakkan ais di kaki anda
*
maklumat diperoleh dari keratan akkhbar kosmo,5/7/09 oleh pakar bedah
kaki&pergelangan kaki,Dr.Kahirul Faizi Muhammad

semoga kalam ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama

akhirulkalam...