Memaparkan catatan dengan label Kuliah Sirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuliah Sirah. Papar semua catatan

22 Disember 2010

Kuliah Sirah:Insaniyah rasulullah...

Assalamualaikum W.B.T.

InsyaAllah kita akan sambung semula inti pati kuliah sirah pada minggu ini.Alhamdulillah Ustaz Sabri mempunyai kesempatan masa untuk bersama kami semua untuk kuliah kali ini.

Kuliah kali ini,ana akan bahagikan kepada beberapa bahagian
1.Kematian ahli keluarga Rasulullah
2.Perkahwinan Rasulullah
3.Pengambilan anak angkat

KEMATIAN AHLI KELUARGA RASULULLAH

  • Dalam tempoh 35 tahun,rasulullah telah kehilangan 5 orang ahli keluarga terdejat beliau iaitu Ibu,atuk,isteri dan 2 anak lelaki baginda

  • Namun,kematian disekeliling baginda tidak mematahkan semangat baginda untuk terus berjuang demi agama Islam

  • Kerana nabi mengerti nilai kehidupan di dunia dan nilai kehidupan untuk risalah

PENGAJARAN
Kita perlu sentiasa tadarruj dalm mengubah realiti kehidupan

PERKAHWINAN RASULULLAH

  • Ramai penentang Islam mendakwa Rasulullah gila seks kerana berkahwin ramai malah lebih dari 4 yang dibenarkan Islam

  • Realitinya,Rasulullah hanya berkahwin semula selepas 10 tahun kematian isteri pertama baginda,saidatina Khadijah

  • Rasulullah dibenar kahwin lebih dari 4 atas tujuan mengembangkan dakwah,dll.

  • Sebelum Khadijah melamar Nabi,terlebih dahulu diarah sahabat khadijah untuk memerhati akhlak baginda lebih kurang 2 tahun.

PENGAJARAN
Seni memilih bakal isteri/suami:Lihat kepada akhlaknya

PENGAMBILAN ANAK ANGKAT

  • Ketika Rasulullah berusia 32 tahun,BAginda mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkat baginda

  • Zaid merupakan seorang hamba yang berkulit hitam

  • Kisah bermula,anak Sa'adah(Zaid) diculik dan dijual di suuq ukaz(pasar ukaz)

  • Kemudiannya dibeli pula dengan harga 3 dirham oleh Hakim bin Hizam bin Khuwailid,anak saudara Khadijah bt. Khuwailid

  • Hakim kemudiannya memberikan Zaid kepada Khadijah yang seterusnya memberikan Zaid kepada Baginda.

  • Kemudian Ibu Bapa Zaid dapat detect lokasi Zaid di Mekkah dan musafir ke Mekkah untuk menebus Zaid kembali

  • Percanggahan berlaku sama ada Zaid kekal bersama Nabi atau balik ke pangkuan keluarganya

  • Rasulullah memberi cadangan agar Zaid sahaja yang pilih

  • Ternyata Zaid memilih untuk bersama dengan Rasulullah

  • Rasulullah gembira lalu mengumumkan Zaid anak baginda dan ber'binkan' Muhammad

  • Namun kemudian turun firman Allah yang mengharamkan untuk 'bin'kan anak angkat dengan nama bapa angkat

Yang bermaksud: Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri.
(Surah Al-Ahzah: 5)

  • Maka nama Zaid kekal dengan nama Zaid bin Harithah

Akhirulkalam....

Sumber:
Ustaz Sabri bin Muda
Kuliah sirah mingguan di IM2,
:16/12/2010

23 November 2010

Kuliah sirah:Manusia yang diberkati

Assalamualaikum W.B.T

InsyaAllah kita akan teruskan pengajian mengenai kehidupan Rasulullah kali ini dengan menyusuri perjalanan hidup baginda berdasarkan kategori umur yang telah ditetapkan


Kelahiran-2 tahun

Nabi hidup bersama dengan ibu susuan baginda,Halimah sa'diah

Halimah merupakan keturunan bani sa'ad

Ketika itu hanya bani sa'ad yang menjalankan pekerjaan sebagai ibu susuan

Ketika itu haliamh berat untuk menerima baginda sebagai anak susuan kerana ketika itu baginda hidup miskin

Ketika dibawa pulang,halimah mengatakan kepada suaminya, "saya membawa anak susuan yang tigad berkat(kerana miskin)"

Namun suaminya mengatakan sebaliknya,dia dapat merasakan keberkatan baginda

Buktinya,ketika seluruh bani sa'ad dilanda kemarau dan kematian semua haiwan ternakan,hanya ternakan keluarga halimah yang sihat

Setelah berpisah dengan ibu susuannya,baginda berjumpa kembali dengan ibunya ketika fathu makkah(baginda berusia 55 tahun)

Sayang dan kasihnya baginda kepada ibunya,baginda meminta satu jam masa untuk bersama ibu susuannya walau ketika itu ade meeting penting sangat

2-6 tahun

Hidup bersama ibunya,Aminah bt.Wahab

Aminah,baginda dan pembantu Aminah,ummu aiman bermusafir ke madinah(500km) untuk melawat kubur bapa baginda dan sedare-mara

Namun ketika perjalanan pulang,Aminah meniggal di abwa',maka hanya baginda dan ummu aiman menguruskan jenazah aminah di tengah2 padang pasir

6-8 tahun

Hidup bersama Abdul Mutalib(90 tahun),datuk baginda

Nabi ikut bersama datuknya ke meeting pembesar quraisy memandangkan datuknya ketika itu ketua kepada semua kaum quraisy

Ketika itu datuk baginda orang yang sangat dihormati,tiada siapa berani duduk di kerusinya.

Namun baginda duduk di kerusi itu,lalu bapa sedare baginda memarahi baginda,namun abdul mutalib suruh biar sahaja

Datuk baginda dapat merasakan Muhammad bakal menjadi pemimpin yang agung

Ketika baginda berusia 8 tahun,Abdul mutalib meninggal dunia

8-25 tahun

Baginda hidup bersama Abu talib,bapa sedare baginda bersama dengan 10 anaknya yang lain

Berumur 8-15 tahun,baginda mengembala kambing(kambing binatang yang sangat susah dijaga,kerana itu kebanyakan nabi pernah mengembala kambing untuk menguji kesabaran mereka)

Baginda menganggap Fatimah bt. Saad,isteri abi talib sebagai ibu baginda sendiri

Berumur 15-23 tahun,baginda berniaga untuk mengajar sifat amanah sabar dan kemahiran komunikasi baginda


Konklusi,perjalanan hidup rasulullah telah ditetapkan oleh Allah untuk mengajar segala aspek kehidupan sejak baginda kecil lagi.Baginda juga Kehilangan ahli keluarga dalam umur yang masih muda dan mampu berdikari membuat kerja2 untuk membantu bapa sedare baginda.Di samping itu,baginda juga setia dan taat kepada ibunya dan ibu susuannya,dll.

Pengajaran yang boleh kita ambil di sini,antaranya:-

  • Sentiasa meluangkan masa dengan anak2 supaya anak2 mendapat kasih sayang yang sepatutnya(kepada yang belum berkahwin,boleh la main2 dengan anak sedare atau lain2)

  • Menghubungkan silaturahim sepertimana Aminah sanggup mengharung perjalanan sejauh 500km untuk menziarahi keluarganya disana dan memperkenalkan nabi kepada mereka

  • Melahirkan seorang rijal(pejuang Islam) bukan kerja yang mudah,tarbiyah dari kecil diperlukan dan sentiasa istiqamah.Mari kita sama menuju ke arah melahirkan rijal yang berkualiti

  • Sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa dan jadikan ujian itu sebagai satu pemberian dari Allah.Kerana tanpa ujian,maka peribadi kita x kan diuji,kerana itu para nabi seringkali dihujani dengan pelbagai ujian.Makin banyak ujian,insyaAllah darjat seseorang itu akan dilipatgandakan oleh Allah

28 Oktober 2010

Mengenal Rasulullah:Siri 1


Assalamualaikum W.B.T...

InsyaAllah,bermula pada saat ini akan diwujudkan post khas untuk kisah sirah kehidupan Rasulullah secara mingguan.Input diambil dari ceramah yang disampaikan oleh ustaz Sabri dalam kuliah sirah mingguan beliau.

Sebelum kita menyusuri kisah hidup baginda,lebih molek jika kita mengenal sedikit sebanyak nama2 yang diberikan oleh masyarakat arab ketika itu kepada baginda:-

  1. Muhammad:Kerana baginda sering dipuji dalam setiap tingkah laku baginda
  2. Ahmad:Kerana baginda sering dan melazimi memuji Allah meskipun telah maklum diri baginda dijanjikan syurga
  3. Al-Mahi:Kerana baginda merupakan insan yang menghapuskan kekufuran arab jahiliyyah ketika itu yang menyembah berhala
  4. Al-Hasyir:Kerana baginda akan memimpin sekalian umat di padang mahsyar kelak
  5. AL-'Aqib:Kerana baginda merupakan penutup kepada rasul2

Untuk kita lebih menghayati kisah hidup baginda,seharusnya kita meneliti peribadi Baginda:-

1.Wajah:Masyarakat ketika itu menyifatkan wajah baginda ibarat bulan purnama(masyarakat arab menganggap bulan purnama sebagai sesuatu yang sangat indah,sebagaimana masyarakat melayu sering menganggap bunga yang kembang itu sangat indah)

2.Keramahan:Rasulullah pernah menegur dan memeluk(seolah-olah kawan karib)seorang lelaki yang disifatkan sebagai hitam dan kurang menarik.Lelaki ini tidak pernah ditegur sesiapa sebelum ini,maka dia berasa sangat gembira dengan akhlak yang ditunjukkan baginda

3.Tawadhu:Baginda sering meminta kepada sahabat2 baginda untuk turut mendoakan beliau,walaupun baginda telah dijamin syurga

Perkara diatas merujuk kepada peribadi baginda yang sangat terpuji.Setrusnya mari kita menyusuri kisah sahabat2 yang sangat mencintai Rasulullah:-

Abu Bakar:
  • Ketika ayah Abu Bakar ingin memeluk agama Islam,Abu Bakar membawa bapanya bertemu baginda.
  • Ketika Baginda memegang tangan ayahnya,Abu Bakar menagis lantaran itu berkata
"Kalaulah yang beriman itu Abu Talib,tentu kamu akan lebih gembira"

Wanita Ansar-
  • Ketika peperangan kedua dalam perang uhud,khabar angin mengatakan Rasulullah telah wafat,maka wanita ini ingin mendapatkan kepastian lalu berlari ke medan perang.
  • Apabila beliau bertanya seorang sahabat"Bagaimana dengan Rasulullah?"...sahabat itu menjawab"Innalillah...ayahmu telah syahid"...wanita itu tidak mempedulikan
  • Bertanya lagi kepada sahabat lain"Bagaimana dengan Rasulullah?"...sahabat menjawab"Innalillah...suamimu telah syahid"...tetap tidak mempedulikan
  • Bertanya lagi"Bagaimana dengan RAsulullah?"...sahabat menjawab"Innalillah...anakmu telah syahid"...masih tidak mempedulikan...
  • Akhirnya sampai kepada sahabat seterusnya"Bagaimana dengan Rasulullah?"sahabat menjawab"Rasullah masih hidup"...Wanita ini masih tidak berpuas hati
  • Akhirnya wanita ini yakin Rasulullah masih hidup bila nampak sendiri kelibat baginda
Thauban:-
  • Hamba Rasulullah
  • Satu hari,thauban bersedih lau menyatakan dia takut kalau di hari akhirat kelak,dia akan ditinggalkan oleh Rasulullah kerana darjat baginda terlalu tinggi
  • Namun Rasulullah membalas"Seseorang itu akan dibangkitkan bersama dengan orang yang dicintainya"
  • Maka thauban tenang mendengarkan perkataan baginda sedemikian
Perkara terakhir yang dibincangkan pada sesi kali ini adalah cara2 untuk kita merasa lebih cinta kepada Rasulullah S.A.W:-
  1. Perbanyakkan selawat
  2. Membaca sirah kehidupan Baginda(atau mengikuti mana2 ceramah berkenaan dengannya)
  3. Mengamalkan sunnah baginda(sunnah yang paling hebat adalah meneruskan usaha baginda iaitu BERDAKWAH)
  4. Menziarahi makam baginda jika berkemampuan
Akhirulkalam...

Ustaz Sabri bin Muda
Kuliah sirah mingguan di IM2,
Sesi 1:28/10/2010