20 Mac 2012

Jangan mencintai sepenuh hati...


Assalamua'laikum W.B.T.

   Alhamdulillah,Allah telah memberi inspirasi untuk ana menulis di sini setelah sekian lame terikat dengan komitmen laen yang lebih penting.Seprti tajuk di atas,mungkin ramai antara kita yang biase mendengar ayat tersebut,dan pasti ade yang baru terdengar.Maka kenapa ana bersetuju dengan kata2 tersebut?

   Apabila seseorang itu telah menyerahkan segala-galanya kepada seseorang yang dicintainya,maka apa yang diharapkan olehnya ialah hanya kebahagiaan tanpa kekecewaan.Maka kerana itulah tiada ruang kemafaan di hatinya apabila kekasih hatinya membuat kesilapan,walhal orang yang dicintainya adalah MANUSIA.Kerana inilah sesorang manusia itu tidak boleh meletakkan cinta 100% kepada sesiapa pun.

   Namun,masih ada tapinya.Cinta 100% itu wujud,tapi bukan kepada yang sebarangan.Allahu Allah,hanya Allah yang layak dicintai 100% kerana pastinya Allah tidak pernah mengecewakan kita.Tiada hambaNya yang akan terguris tatkala menyerahkan segala-galanya kepada Allah.Serahkan cintamu padaNya,kelak tak ternilai balasan yang diterima.

   Dan hanya ade satu susuk tubuh di muka bumi ini yang layak dicintai 100%,iaitu makhluk yang namanya terpahat disisi Allah sebelum nabi Adam diciptakan lagi,dialah Nabi Muhammad S.A.W. Lahirkanlah rasa cinta kita kepada baginda bermula dengan mengamalkan sunnah2 rasulullah,agar mudah pula untuk kita mencontohi akhlak baginda.Tak susah untuk kita mengamalkan sunnah,dengan sedikit istiqamah dan sabar,insyaAllah sunnah itu akan menjadi rutin harian kita.

   Bagaimana pula dengan cinta sesama manusia?terutamanya sesama jantina yang berlainan?Teringat ana kepada pesan seorang ustazah... “Cintailah seseorang itu dengan 90%,dan tinggalkanlah baki 10% itu untuk kebencian”.Mengapa kita perlu kepada kebencian?Bukankah kita cinta kepada si dia?Ini merupakan jalan terbaik agar masih ade ruang di hati kita yang sedia menerima kesalahan dan kekurangan pasangan kita,kerana tiada manusia yang sesempurna Rasulullah S.A.W......Maka dengan itu,insyaAllah kita sedia untuk menerima hakikat bahawa pasangan kita akan membuat kesalahan,sebagaimana kita jua...

“Menjadi sempurna untuk seseorang itu mustahil,menjadi pelengkap itu realiti”

Akhirulkalam...