Assalamua'laikum w.b.t.
Terlebih dahulu saya
mengucapkan selamat hari raya(belum terlambat rasanya) kepada
pembaca2.Semoga amalan2 sepanjang ramadhan dpt terus kita laksanakan dgn
istiqamah dalam kehidupan seharian kita.Tulisan ini saya tulis merujuk
kepada khutbah yg disampaikan di salah sebuah masjid di Kuala Lumpur
pada 16/8/2013.Khutbah bertajuk "Puasa 6".Saya kongsikan rumusan apa yg
disampaikan.
Puasa 6 ini satu amalan sunat yg amat
dituntut,antara fadhilatnya,mereka yg melaksanakannya insyaAllah diberi
ganjaran puasa selama 1 tahun.Terdapat faktor luaran & dalaman yang
menjadikan seseorang itu gagal melaksanakannya.Satu contoh faktor
dalaman adalah persepsi seseorang ia hanyalah 'sunat',maka x perlu untuk
mereka laksanakan.Antara faktor luaran,kesibukan bekerja/aktiviti
harian(Bulan ramadhan x kerja?) & menghadiri rumah terbuka(setiap
hari ke ade rumah terbuka?).
Sekarang saya ingin
bertanya,berapa ramai antara kita dah tau yg puasa 6 ini amat dituntut
dan dikurniakan ganjaran pahala 1 tahun berpuasa?Dan adakah relevankan
disampaikan faktor2 orang x buat puasa 6?Pada pendapat saya,majoriti
masyarakat kita skrg sudah 'celik' agama.bermakna asas2 agama telah
diketahui,bukan lagi seperti zaman baru lepas merdeka dahulu.Bukan
bermaksud peringatan itu x penting,tapi kalau setiap tahun isi
khutbahnya sama saja,bagaimana itu akan menyumbang kepada masyarajat yg
lebih berilmu?
Ini hanya pendapat saya,tidak bolehkah jika isi khutbah itu menjawab persoalan2 yg berlegar dlm fikiran masyarakat skrg:-
1)Bolehkan digabungkan puasa ganti dgn puasa 6
2)Puasa 6 perlu berterusan atau boleh selang-seli hari?
3)Bolehkan diniatkan puasa isnin-khamis dgn puasa 6
dll.
Pada
saya,lebih relevan jika isu2 sebegini diketengahkan kepada
masyarakat.Bukan majoriti yg pergi ke kuliah2 maghrib yg saya jangka
selalu membincangkan soal2 sebegini.Tapi saya yakin majoriti akan hadir
ke solat jumaat.Dan saya juga berpendapat,isi2 khutbah skrg yg boleh
saya kategorikan 'lemau' antara faktor mengapa orang yg x mengantuk pun
boleh tidur ketika khutbah.Saya amat berharap isi2 khutbah di malaysia
akan lebih membincangkan isu semasa pada masa yg akan dtg.
Pada
masa yg sama,ketika ingin menunaikan solat,imam memberitahu "insyaAllah
kita akan membaca qunut nazilah ketika solat nnt".Saya sudah bergembira
pada mulanya.Namun tatkala khatib memberitahu "...Kita doakan negara
kita dihindarkan dari perkara2 yang tidak elok"...saya sedikit
terkilan,bagaimana dengan saudara2 kita di mesir yg sedang dlm keadaan
kritikal?Tidak saya nafikan dlm bacaan doa qunut itu di disertakan doa
kepada palestin,iraq,syria & mesir...namun majoriti para jemaah
fahamkah bacaan doa itu?Salahkah untuk kita isytiharkan sokongan kita
kepada para penndokong Mursi?Takutkah kita menyatakan yang kita
menentang as-Sisi?
Walllahua'lam,sekadar pendapat hamba yg lemah