28 Mac 2014

"Terperangkap"

Assalamua'laikum W.B.T.

     Manusia seringkali terperangkap dengan sesuatu yang lazim.Apabila terperangkap,kita merasakan apa yang kita lakukan itu betul,dek kerana tiada orang yang menegur.Namun,bukan semua yang terperangkap itu salah.Dalam sesetengah perkara,kita perlu terperangkap untuk kekal di jalan yang benar.Konfius?Mari saya bawakan satu analogi untuk anda.

     Ahmad duduk di rumah sewa bersama 3 lagi rakannya.Setiap mereka mempunyai personaliti yang berbeza,namun ada satu perkara yang tidak membezakan mereka iaitu sikap keprihatinan mereka terhadap kebersihan.Seringkali sampah di dalam rumah hanya tahu dikumpul,dan mengharapkan orang lain yang akan bertanggungjawab untuk buang ke luar,Natijahnya terkumpul sampah2 itu buat jangka waktu yang agak lama,maka pasti bau yang terkumpul itu juga sangat tidak menyenangkan.Namun,hairan sekali mereka boleh tinggal dalam rumah itu tanpa sedikit pun rasa kurang selesa,malah rileks seperti tiada langsung bau yang tidak menyenangkan.Satu hari,Qusyairi rakan mereka datang ke rumah mereka untuk melawat,lalu ditegur, "busuk betol rumah korang ni,ade bangkai ke ape?". Ahmad dengan selamba menjawab, "Kau biar betul,aku x bau apa2 pun?,kau je yang lebih2 ni". Kesemua mereka tidak sedar dengan bau busuk itu kerana setiap hari,sepanjang masa menghabiskan waktu dalam rumah tersebut.Maka mereka sudah lali dengan keadaan itu.

     Farid seorang penggemar wangi-wangian.Dalam keretanya,akan sentiasa ada pewangi.Habis sahaja pantas dibeli yang baru. Ada ketika,dia merasa pelik,wangian sentiasa ada dalam keretanya,tapi dia x bau apa2.Keesokannya,seorang kawannya,Kamal menumpang untuk ke tempat kerja.Sebaik sahaja Kamal memasuki kereta Farid,dia berkata.."Wahhh,wangi betul kereta kau ni Farid!!".Lantas  Farid terkejut dan berkata.. "Eh!ye ke?Kenapa aku x bau apa2 pun?"

     Dalam analogi ini,saya menganggap busuk itu perkara tidak baik,manakala wangi itu perkara baik.Jika kita sudah terlalu kerap melakukan perkara yang tidak elok,hingga satu tahap kita tidak sedar lagi perkara yang kita buat seharian itu sebenarnya salah,dan mendatangkan dosa.Apabila ditegur,baru tersentak,namun susah untuk menerima teguran itu kerana kita masih rasa yang kita betul!.Begitu juga apabila kita melazimi perkara baik,kita merasakan apa yang kita buat tu perkara biasa sahaja,apabila ditegur baru kita sedar sebenarnye kita sedang melakukan perkara yang betul.Maka jangan takabbur atau riak,sebaliknya betulkan niat dan teruskan dengan amalan murni itu,dan ajaklah ahli keluarga dan rakan2 untuk turut serta dalam kebaikan:-)

     Disinilah peranan teguran itu sangat penting.Kawan yang baik adalah kawan yang menegur kesalahan kita,bukan sentiasa mengiyakan kita walaupun apa yang kita buat itu berdosa,atas alasan ingin menjaga hati.Tegurlah rakan2 kita,dan bukakan hati kita untuk menerima teguran:-)

Wallahua'lam