26 Disember 2014
Ketuanan Allah
Setiap yang beragama Islam akan mengakui ketuanan Allah sebagai tuhan yang satu dan tiada yang sekutu denganNya. Konsep asas bagi ketuanan itu adalah menurut segala perintah dan meniggalkan apa yang dilarang oleh Tuan itu.
Sedar atau tidak,konsep ini adalah konsep yang boleh diterima pakai di dunia ini secara asasnya. Terlebih dahulu diterangkan di atas konsep ketuanan itu dalam konsep kehidupan akhirat kita. Namun harus kita sedar sebelum menuju ke alam itu, kita harus menempuh alam dunia yakni alam yang kita huni sekarang.
Bagaimana ingin mengaplikasikan konsep itu dalam keadaan semasa?banyak contoh yang boleh diberikan, namun untuk entri kali ini cukup untuk saya berikan 2 contoh dalam kehidupan seharian kita. Pertama dalam kehidupan bekerja. seorang pekerja dan majikannya. Situasi ini majikan yang menjadi tuan. Seorang pekerja dikehendaki menurut segala perintah dan arahan dari ketua, jika ini yang terjadi lazimnya sebuah organisasi itu akan bertahan lama walaupun terkadang prestasi kerja pekerjanya tidak sehebat organisasi2 lain. Lain halnya dalam keadaan di mana seorang majikan mempunyai ramai pekerja yang sangat berkaliber sehingga organisasinya menjadi maju dan gah dalam masa yang singkat. Namun sayang pekerja2 nya selalu cakap belakang dan tidak patuh atas arahan ketua, suka buat hal sendiri. Natijahnya, syarikat yang maju ini hanya mampu bertahan sekejap sahaja dek kerana situasi tidak harmoni yang wujud dalam syarikat itu.
Kehidupan rumahtangga juga begitu. Seorang suami itu diamanahkan oleh Allah untuk menjadi ketua keluarga. Isteri dan anak2 di bawah tanggungannya dan mereka wajib patuh atas arahan suami/bapa. Resipi keluarga yang bahagia adalah berpegang teguh kepada konsep ini yang menghasilkan harmoni dalam rumahtangga. Apa yang akan terjadi sekiranya isteri melawan cakap suami?suami tidak mengendahkan tanggungjawab ini dan curang?anak2 tidak lagi menghormati ibubapa dan masing2 buat hal sendiri?jawapannya cukup jelas dan nyata.
Seorang ketua sentiasa mendambakan hormat dan setia pengikutnya.Namun seorang ketua yang baik akan sentiasa berhati terbuka untuk menerima teguran dari pengikutnya.Inilah yang membezakan konsep ketuanan di dunia dan di akhirat.Ketuanan kepada Allah itu WAJIB atas sifat2 kesempurnaan Allah itu sendiri.Ketuanan kepada manusia itu WAJIB selagi mana seorang ketua itu tidak melanggar perintah Allah dan tidak menyuruh sesuatu yang tidak bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah.
Kepada PARA PEMUDA, sahutlah cabaran untuk menjadi seorang ketua yang mampu membawa pengikut2 anda ke jalan Allah insyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)