Assalamualaikum w.b.t
Kisah yang ingin di kongsi kali ini ana petik dari al-kisah yang diceritakan oleh lecturer ana.Diriwayatkan malaikat izrail sering memerhatikan ibadah yang dilaksanakan oleh nabi Idris tanpa jemu.Suatu ketika,malaikat izrail meminta kebenaran dari Allah S.W.T untuk turun ke bumi bertemu dengan nabi Idris dalam jelmaan seorang lelaki.
Apabila Izrail datang ke rumah nabi Idris,beliau mempersilakan Izrail masuk ke dalam sebagai tetamu.Setelah seketika,Nabi Idris meminta kebenaran untuk menunaikan tanggungjawab kepada tuhannya.Apabila tiba waktu makan,Nabi Idris mempersilakan Izrail untuk makan,namun dia menolak.Rutin ini berlaku untuk beberapa hari sehinggalah suatu hari nabi Idris mengajak Izrail bersiar-siar keluar dari rumah.
Saat ini,Nabi idris menyatakan kepada Izrail yang beliau tahu lelaki di sebelahnya ini bukan manusia biasa.Lalu Izrail memberitahu yang dia adalah malaikat Izrail yang datang melawat kerana kagum dengan ibadah yang dilakukan oleh nabi Idris.Kerana sifat kagumnya,Izrail menawarkan sebarang permintaan kepada nabi Idris sebagai sahabatnya.Lalu nabi Idris meminta untuk merasakan saat sakaratul maut.Malaikat Izrail bersetuju.
Dirawayatkan bahawa ketika Izrail ingin menarik nyawa nabi Idris,dia melakukannya dengan lembut dan kesakitan paling minima.Namun kesakitan minima itu sama rasanya seperti kulit kita disiat seluruh badan dan kemudian ditabur garam.Boleh anda bayangkan?.Kemudian nabi Idris berkata kepada Allah S.W.T,beliau telah merasa kematian sekali,jadi beliau dimasukkan ke Syurga sehingga sekarang
Apa yang ana cube bawakkan di sini adalah rasa sakit saat kematian itu.Bagaimana paling x sakit ibarat disiat!pastu ditabur garam!Itu nabi,amalannya x terkire.Yang kita ni,iman ibarat buih-buih di lautan.....renungkanlah!sedarkanlah diri kita ini yang banyak melakukan dosa tanpa kita sedari.
Kepada sesiapa yang pernah terdengar cite ni,tolong betulkan ana kalau ada kesilapan yang ana tulis.
Akirulkalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan