02 Julai 2010

Maher Zain-Inilah hiburan yang dibenarkan


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah ana telah ditakdirkan Allah untuk kenal dgn lagu2 maher zain awal tahun 2010.Anda kenal Maher Zain ni?kalau x boleh la cuba2 dengar lagu2 die kat youtube ataupun bleh dengar kat blog ni,free je...:-).Pertama kali ana dengar lagu InsyaAllah,sedap sangat tapi ingatkan macam lagu2 laen kejap je dgr sedap lepas tu macam biase je.Tapi yg ni laen sket,brape kali dengar pun still best.Mulalah berjinak-jinak cari lirik die.Sekali jumpe lirik die,masyaAllah patut la lagu2 die x penah bosan.

Setiap lagu2 die penuh dengan unsur dakwah.Ada yg memberi semangat,teguran kepada umat Islam,peringatan kepada nikmat2 Allah,dan macam2 lagi.Pendek kata,hiburan macam ini yang digalakkan dalam Islam.Ditambah dengan suara yg sangat sedap Allah kurniakan kepada dia,nikmat Allah tu die gunakan sebaik-baiknya.

Kata2 Maher Zain dalam album die setelah diterjemah oleh ana:-
"Sebab utama saya menerbitkan album ni adalah kerana naluri saya untuk berkongsi pandangan dan perasaan saya bersama semua orang.Saya nak semua orang tersentuh dengan apa yang telah menyentuh saya,berkongsi jawapan yang saya jumpa kepada banyak persoalan yang bermain di minda saya"

Buat pengetahuan anda semua,Maher Zain ni pernah terlibat dengan bidang muzik di sweden dan New York.Pernah terlibat bersama artis Kat Deluna dan banyak lagi artis2 terkenal dalam pembikinan lagu2 mereka.Tapi dia kata"Saya suka muzik di sini tapi saya benci kepada persekitarannya,rasa macam ade sesuatu yang x betul".Nak tahu lebih lanjut pasal Maher Zain,bolehlah klik sini.Disebabkan lagu2 die yang sangat berkualiti dan terbaik,maka kerana itulah album Maher Zain merupakan satu-satunya album original yang pernah ana beli.X bermaksud ana beli yang pirate sebelum ni,tapi x pernah beli album pun.Disebabkan rasa ingin memberi sokongan kepada perkembangan beliau,maka wujudlah album ni dalam simpanan ana.Siapa yang berminat bolehlah beli album ni.Bagi ana,ini merupakan salah satu hiburan yang patut didedahkan kepada kita.Sesiapa yang berminat untuk dapatkan lirik2 sume lagu Maher Zain,sila klik sini

InsyaAllah kita manfaatkan apa2 yang boleh diperoleh dari mesej2 yang ingin disampaikan oleh abg Maher Zain ni.Semoga Allah memberi kekuatan dan istiqamah dalam kerja beliau untuk terus berdakwah dengan apa cara sekalipun.Semoga kita juga sentiasa berada dalam jalan yang lurus untuk terus berjuang demi Islam.

Akhirulkalam...

6 ulasan:

  1. love maher zain song, for the rest of my life.
    ;)

    BalasPadam
  2. Always be there....sentiasa memberi semangat tatkala terasa lemah...

    BalasPadam
  3. tetaoi hiburan maher zain akn mnjadi slh
    tatkala muslimah2
    mula berbicara
    tentang raut wajah, kehenseman dan kecairan hatinya
    so berhati2
    hiburan itu tiada slhnya
    asalkn ia dibatasi islamiyah

    berhiburlah seadanya~

    BalasPadam