Assalamualaikum W.B.T,
Alhamdulillah,syukur x terhingga dipanjatkan kerana dengan izin Allah,diri ini dan pembaca sekalian masih sempat bernafas dalam bulan yang penuh berkat,rahmat dan magfirah ini.Pertamanya,ingin ana meminta maaf kerana agak lama blog ini terbiar.Perancangan Allah untuk meletakkan ana dalam keadaan yang agak sukar buat masa ini untuk terus aktif menyampaikan kata2 menerusi blog ini.InsyaAllah ana cuba yang termampu...
Pertamanya,ana cukup gembira dengan perkembangan jemaah di kawasan perumahan ana.Sebab apa?dah sedia maklum biasanya bulan ramadhan ini terawih bukan main ramai,sampai waktu solat fardhu,hmmmm....mungkin anda tahu jawapannya.Alhamdulillah,kali ini ana berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman dari medan perjuangan di kampus.Waktu solat terawih,memang surau penuh x syak lagi.Yang bestnya,waktu subuh esoknya,jemaah semakin bertambah berbanding subuh pada bulan yang lain.Biasanya nak sampai 2 saf pun susah.Tapi kali ni,sampai 4 saf setengah dari 6 saf,alhamdulillah.Begitu juga keadaannya di kampus ana,yang mana jemaah subuh masih ramai walaupun x seramai jemaah maghrib.Ana mendoakan keadaan ini akan berkekalan dan bertambah baik kelak.
Apa signifikannya situasi di atas?apa yang dapat kita lihat,bulan ramadhan menjadi medan untuk kita melipatgandakan amalan kita.Namun sedikit manfaat yang kita dapat jika hanya mengamalkannya untuk 1 bulan ini sahaja,11 bulan berikutnya kembali ke keadaan asal.Memang benar amalan kita diberi pahala berlipat ganda pada bulan ramadhan,kerana ianya sebagai inisiatif untuk kita semua BERLATIH untuk menghadapi bulan2 yg akan datang.Tidakkah kita bersyukur menjadi satu-satunya umat yang dikurniakan bulan ramadhan?
"Ana berhajat nak khatamkan al-Quran dalam bulan ramadhan ni!!!"Begitulah azam kebanyakan dari kita.ALhamdulillah,kebanyakannya berjaya.Namun yang sedihnya,kebanyakan dari mereka ni,bila habis ramadhan,satu page sehari pun susah,masyaAllah.Semoga kita terpelihara dari perkara sebegini.X salah untuk khatamkan Quran,namun lebih elok kalau ianya dijadikan latihan untuk masa akan datang.Mungkin lepas ni boleh baca 1 juzuk sehari insyaAllah.Satu lagi,ana ada cadangan sikit,kalau berkenan di hati bolehlah cuba2.X kisah berapa banyak page kita baca,tapi sertakan sekali dengan terjemahannya.Moga dengan cara ni kita akan dapat memahami sedikit sebanyak isi kandungan al-Quran,disamping boleh mempelajari bahasa arab.
Sebagai renungan untuk diri ana dan anda semua,
"Bulan ramadhan ini ibarat sebuah bilik yang penuh dengan emas dan permata,kita semua akan melaluinya,namun bukan semua akan keluar bersama emas dan permata masing2"Anda buat pilihan sama ada nak lalu saja ke,atau mengambil manfaat dari bilik ni...
Akhirulkalam...