Assalamualaikum W.B.T...
InsyaAllah,bermula pada saat ini akan diwujudkan post khas untuk kisah sirah kehidupan Rasulullah secara mingguan.Input diambil dari ceramah yang disampaikan oleh ustaz Sabri dalam kuliah sirah mingguan beliau.
Sebelum kita menyusuri kisah hidup baginda,lebih molek jika kita mengenal sedikit sebanyak nama2 yang diberikan oleh masyarakat arab ketika itu kepada baginda:-
- Muhammad:Kerana baginda sering dipuji dalam setiap tingkah laku baginda
- Ahmad:Kerana baginda sering dan melazimi memuji Allah meskipun telah maklum diri baginda dijanjikan syurga
- Al-Mahi:Kerana baginda merupakan insan yang menghapuskan kekufuran arab jahiliyyah ketika itu yang menyembah berhala
- Al-Hasyir:Kerana baginda akan memimpin sekalian umat di padang mahsyar kelak
- AL-'Aqib:Kerana baginda merupakan penutup kepada rasul2
Untuk kita lebih menghayati kisah hidup baginda,seharusnya kita meneliti peribadi Baginda:-
1.Wajah:Masyarakat ketika itu menyifatkan wajah baginda ibarat bulan purnama(masyarakat arab menganggap bulan purnama sebagai sesuatu yang sangat indah,sebagaimana masyarakat melayu sering menganggap bunga yang kembang itu sangat indah)
2.Keramahan:Rasulullah pernah menegur dan memeluk(seolah-olah kawan karib)seorang lelaki yang disifatkan sebagai hitam dan kurang menarik.Lelaki ini tidak pernah ditegur sesiapa sebelum ini,maka dia berasa sangat gembira dengan akhlak yang ditunjukkan baginda
3.Tawadhu:Baginda sering meminta kepada sahabat2 baginda untuk turut mendoakan beliau,walaupun baginda telah dijamin syurga
Perkara diatas merujuk kepada peribadi baginda yang sangat terpuji.Setrusnya mari kita menyusuri kisah sahabat2 yang sangat mencintai Rasulullah:-
Abu Bakar:
- Ketika ayah Abu Bakar ingin memeluk agama Islam,Abu Bakar membawa bapanya bertemu baginda.
- Ketika Baginda memegang tangan ayahnya,Abu Bakar menagis lantaran itu berkata
"Kalaulah yang beriman itu Abu Talib,tentu kamu akan lebih gembira"
Wanita Ansar-
Ustaz Sabri bin Muda
Kuliah sirah mingguan di IM2,
Sesi 1:28/10/2010
- Ketika peperangan kedua dalam perang uhud,khabar angin mengatakan Rasulullah telah wafat,maka wanita ini ingin mendapatkan kepastian lalu berlari ke medan perang.
- Apabila beliau bertanya seorang sahabat"Bagaimana dengan Rasulullah?"...sahabat itu menjawab"Innalillah...ayahmu telah syahid"...wanita itu tidak mempedulikan
- Bertanya lagi kepada sahabat lain"Bagaimana dengan Rasulullah?"...sahabat menjawab"Innalillah...suamimu telah syahid"...tetap tidak mempedulikan
- Bertanya lagi"Bagaimana dengan RAsulullah?"...sahabat menjawab"Innalillah...anakmu telah syahid"...masih tidak mempedulikan...
- Akhirnya sampai kepada sahabat seterusnya"Bagaimana dengan Rasulullah?"sahabat menjawab"Rasullah masih hidup"...Wanita ini masih tidak berpuas hati
- Akhirnya wanita ini yakin Rasulullah masih hidup bila nampak sendiri kelibat baginda
- Hamba Rasulullah
- Satu hari,thauban bersedih lau menyatakan dia takut kalau di hari akhirat kelak,dia akan ditinggalkan oleh Rasulullah kerana darjat baginda terlalu tinggi
- Namun Rasulullah membalas"Seseorang itu akan dibangkitkan bersama dengan orang yang dicintainya"
- Maka thauban tenang mendengarkan perkataan baginda sedemikian
- Perbanyakkan selawat
- Membaca sirah kehidupan Baginda(atau mengikuti mana2 ceramah berkenaan dengannya)
- Mengamalkan sunnah baginda(sunnah yang paling hebat adalah meneruskan usaha baginda iaitu BERDAKWAH)
- Menziarahi makam baginda jika berkemampuan
Ustaz Sabri bin Muda
Kuliah sirah mingguan di IM2,
Sesi 1:28/10/2010
syed, siri 2 bila pulak?
BalasPadamade dah,x post je lg....tunggu sat ea...insyaAllah x lame lg...
BalasPadam