28 November 2010

Awas!Anda mungkin telah terjebak dalam rantaian ini...




Assalamualaikum W.B.T,

InsyaAllah kali ini ana akan kongsikan sedikit petikan dari novel bertajuk "Murabbi Cinta".Satu pedoman yang baik untuk kita sume insyaAllah...

"Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?"tanya seorang CEO kepada setiausahanya. "Err,Pengurus Jualan lewat menyerahkan kepada saya"jawabnya terketar-ketar. "Ahhh! macam2 alasan awak,saya bosan mendengarnya.Pergi betulkan semula dokumen ni.Sudahlah lewat,salah pula tu!"bentak bos besar,marah sungguh.

Setiausahanya dengan muka merah madam meniggalkan pejabatnya menuju kepada Pengurus Jualan. "Itulah tuan!Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut,saya pula yang kena marah.Dokumen salah pula tu!"kata setiausaha CEO tersebut.Pengurus jualan terkejut. "Awak kalau nak berurusan dengan saya,ketuk pintu dahulu.Itu pun awak tak tahu ke?"Pengurus Jualan meninggkan suara. "Ahhh! sudahlah.Ketuk pintu ke,tak ketuk pintu ke,tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya.Ambil dokumen ini dan betulkan semula!"Sejumlah dokumen dihempas ke meja lalu terus berlalu.

Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan.Geram dengan sikap setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa.Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalan raya luar biasa."Aduh!sempatkah aku kejar siaran berita malam ini?"Pengurus Jualan sudah bengang.
Kemungkinan besar dia tidak sempat melihat siaran temu ramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi.Tiba di rumah,jam sudah mencecah 8.30 malam.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah,isterinya dengan dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu. "Kenapa dengan awak?"tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.
"Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi.Kawan saya telefon.Katanya saya tak jaga makan pakai suami!"Kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami. "Ahhh! aku banyak masalah,itu pula yang disibukkannya!makan malam dah siap ke?" tengking si suami yang sedang baran.

Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu.Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah.Tanpa banyakj bicara dia segera menuju ke dapur. "Mama,tengok lukisan Adam!Cantik tak?" tiba2 si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan. "Ahhh! sibuk sahaja kamu ini.Lukisan,lukisan,lukisan.Menghabiskan kertas A4 sahaja.Pergi naik atas buat kerja sekolah!" si ibu menengking anaknya
.

Adam berasa sungguh terkejut.Tidak sangka lukisannya berakhir denga kemarahan si ibu.Tiba2 kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam. "Iauuu!"Kucing itu menjerit.Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.

Soalannya,siapakah sebenarnya yang menyepak si kucing malang itu?

Abu Hurairah r.a berkata,seorang lelaki datang kepada Nabi S.A.W dan menerima wasiat(nasihat) daripada baginda.Lalu baginda S.A.W berkata:-

"Janganlah kamu marah!(Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama:janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! janganlah kamu marah!"(Riwayat al-Bukhari)

Besarlah pahala suami,isteri,anak,malah majikan,atau setiausahanya yang berjaya memberhentikan musibah berantai ini.


Bersediakah anda untuk menghentikan rantaian ini???sama-samalah kita berusaha kearah yang terbaik,semoga semua usaha kita diredhai dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T

Petikan dari:
Novel Murabbi cinta karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
*Sebahagian kecil ayat di'delete' atau di'tambah' mengikut kesusuaian semasa

1 ulasan: