Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah,syukur yang x terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah atas segala nikmat dan ujian yang dikurnikan kepada kita.Segala ketentuan ditentukan olehNya walau apa jua perancangan kita.Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal.Allahuakbar,ana telah lalui satu proses atau situasi yang agak unik baru2 ini.Dan ana merasakan perkara ini boleh dikongsikan bersama.
Satu keadaan yang x dapat dibayangkan,terasa kehilangan satu benda yang cukup berharga,namun yang lebih sakit bila kita x tahu apa yang kita hilang.Banyak sungguh perkara yang melanggar perintah Allah telah ana lakukan hingga terjadi sebegini.Ujian yang cukup mencabar buat diri yang lemah ini.Jika ditanya rakan apa yang patut dilakukan,antara jawapan yang akan diberikan.
1."Kadang2 kalau ada masalah,aku rasa tenang bila cakap denga awek aku(kalau laki) atau vice versa.Kalau x pun borak2 dengan perempuan pun kadang2 setel masalah gak.
Pandangan ana:Memang setel masalah kalau cakap dgn perempuan,mak,kakak,nenek atau siapa sahaja yang muhrim.Tapi dgn bukan muhrim???bukan setel masalah namanya tu...itu membebankan lagi masalah...meresahkan lagi jiwa,lebih2 lagi mereka yang belum mendirikan rumahtangga.
2."Dengar muzik sempoi gak,lagi2 yang blues ala2 jiwang sket.Kalau rasa masalah besar sket,dengar metal."
Pandangan ana:Kadang2 berkesan jugak dengar lagu,tapi ketenangan yang dirasakan x bertahan lama.Terma sains die,'transient'.
dan byk2 lagi la yang lain2...anda juga mungkin pernah mengalami situasi yang sama.Namun alhamdulillah,x lama lepas masalah yang membelengu jiwa ini,ada satu ceramah yang diadakan di tempat penginapan ana.Memendangkan maulidur rasul dan V******** menjelang,maka tajuknya "Cinta rasulullah Vs V******** ".Isu yang diketengahkan,insyaAllah akan ana bawakan dalam post yang seterusnya jika berkesempatan.Kerana ana perlu meng'itbaq' terlebih dahulu maklumat ceremah itu.Satu perkara penting,kita x boleh untuk meng'taklid'kan(mengambil atau mengikut sesuatu perbuatan tanpa mengetahui asal-usulnya).sebaliknya perlu itbaq(mengenalpasti adakah sesuatu perkara itu menepati cara nabi kerana apa yang dilakukan oleh nabi itu adalah wahyu).
Jadi penyelesaian 'ultimate' yang ana jumpe untuk masalah 'kehilangan' ini,dekatkan diri dengan Allah dengan apa jua cara sekalipun.Banyakkan bacaan Quran,tahajud,amalan sunat,rutinkan diri ke majlis ilmu,dll.Setelah dikenalpasti,alhamdulillah,telah dapat dikenalpasti apa yang hilang dalam diri ana sebelum ini..."makanan rohani".Dah terlalu leka dengan perkara2 duniawi,keseronokan sementara yang boleh memakan diri.Tidak salah untuk bergembira namun adab itu perlu dijaga...Semoga kita terhindar dari perkara2 sebegini,ayuh kita memohon ditetapkan hati dalam jalan yang lurus(istiqamah) dan tidak termakan hasutan syaitan untuk memasuki simpang2 yang mereka sediakan insyaAllah...
Akhirulkalam...
Syukran ...
BalasPadamjzkk atas perkongsian..
bila boleh jumpa anta syed ?