19 Januari 2015

Ibu Mengandung:Morning sickness vs Hyperemesis Gravidarum

   
     Kebanyakan dari kita sudah biasa dengan terma morning sickness yang dialami oleh sebahagian para ibu ketika trimester pertama kandungan. Namun, mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Hyperemesis Gravidarum. Terma ini datang dari gabungan 2 perkataan dari greek dan latin iaitu (greek)hyperemesis = muntah yang teruk dan  (latin)gravidarum = ketika mengandung. Apa yang membezakan antara dua ini adalah tahap keterukannya. Definisi yang lebih tepat untuk HG adalah:-

HG = Excessive vomiting during pregnancy with presence any of
               # Loss 5% of body weight
               # Dehydration with ketonuria
               # Metabolic ketoacidosis or thyrotoxicosis
               # Deficiency of B1, B6 or B12 

 Apakah perbezaan ketara antara HG dan MS?

     Jika MS kebiasaannya dialami ketika trimester pertama kandungan, begitu juga dengan HG. Namun HG mempunyai kecenderungan untuk kekal melepasi trimester 1 dan kadangkala ada yang mengalami simptom-simptom ini sehingga melahirkan anak mereka. Ibu mengandung yang mengalami HG akan dirawat dalam wad kerana kebanyakan mereka mempunyai tahap dehidrasi yang memerlukan rawatan secara cepat.

     Mengapa keadaan ini perlu dirawat dengan cepat? Kerana salah satu komplikasi keadaan ini adalah kegagalan sebahagian fungsi otak disebabkan kurang penyerapan vitamin B1(thiamine) terutamanya. Keadaan ini dinamakan sebagai Wernicke's encephalopathy. Ianya berlaku kerana vitamin B1 akan diserap di kawasan usus kecil(jejunum dan ileum) secara fisiologi. Namun apabila ibu yang mengalami HG terlalu kerap muntah, ini menyebabkan kurang vitamin B1 yang diserap oleh badan. Oleh sebab itu, ibu-ibu yang mengalami HG kebiasaannya akan diberikan suplemen vitamin B1 di samping rehidrasi air.

Apakah punca-punca HG?

     Sejujurnya, tiada faktor khusus yang berjaya dijumpai untuk mengatakan ia sebagai penyebab utama HG. Namun kesimpulan yang dapat dilakukan sekarang adalah penyebabnya adalah multifactorial. Sebahagian penyelidik menjumpai HG ini berkait rapat dengan hormon hCG yang tinggi  dihasilkan oleh ibu-ibu mengandung ketika trimester pertama. Di samping itu terdapat juga faktor-faktor lain seperti genetik, sistem imunisasi, dll. Terdapat sebahagian kes di mana apabila ibu nya mengalami HG dahulu, anak perempuannya yang mengandung turut mengalami keadaan yang sama.

Apakah rawatan yang diberikan?

     Secara umum, ibu-ibu yang dirawat di dalam wad akan menerima rehidrasi optimum untuk menggantikan jumlah air yang hilang dari badan ketika muntah. Di samping itu suplemen vitamin B1 juga diberikan untuk mengurangkan risiko Wernicke's encephalopathy. Untuk mengurangkan rasa loya yang teruk, ubat tahan muntah diberikan untuk keselesaan pesakit.

Tips pemakanan?

Digalakkan - Minum air sejuk
                   - Makan aiskrim

Elakkan - Makanan berminyak
              - Minum susu

*Makanan berminyak dan susu akan menyebabkan rasa ingin muntah
*Air sejuk bagus untuk mengurangkan rasa loya
*Aiskrim bagus untuk menggantikan tenaga yang hilang, mengurangkan rasa loya dan menigkatkan selra makan semula.

Syed al-Qadri,
Pelajar perubatan tahun 5,IIUM(2015).

1 ulasan:


  1. Info yang menarik mengenai tips rawatan morning sickness. Masalah morning sickness ini juga harus dirawat dengan teliti kerana jika dibiarkan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan bayi yang dikandungnya. Sekiranya cara rawatan sendiri tidak berhasil dan si ibu mempunyai tanda-tanda dehidrasi, janganlah teragak-agak untuk mendapatkan khidmat doktor.

    BalasPadam