19 Januari 2015

Ibu Mengandung:Morning sickness vs Hyperemesis Gravidarum

   
     Kebanyakan dari kita sudah biasa dengan terma morning sickness yang dialami oleh sebahagian para ibu ketika trimester pertama kandungan. Namun, mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Hyperemesis Gravidarum. Terma ini datang dari gabungan 2 perkataan dari greek dan latin iaitu (greek)hyperemesis = muntah yang teruk dan  (latin)gravidarum = ketika mengandung. Apa yang membezakan antara dua ini adalah tahap keterukannya. Definisi yang lebih tepat untuk HG adalah:-

HG = Excessive vomiting during pregnancy with presence any of
               # Loss 5% of body weight
               # Dehydration with ketonuria
               # Metabolic ketoacidosis or thyrotoxicosis
               # Deficiency of B1, B6 or B12 

 Apakah perbezaan ketara antara HG dan MS?

     Jika MS kebiasaannya dialami ketika trimester pertama kandungan, begitu juga dengan HG. Namun HG mempunyai kecenderungan untuk kekal melepasi trimester 1 dan kadangkala ada yang mengalami simptom-simptom ini sehingga melahirkan anak mereka. Ibu mengandung yang mengalami HG akan dirawat dalam wad kerana kebanyakan mereka mempunyai tahap dehidrasi yang memerlukan rawatan secara cepat.

     Mengapa keadaan ini perlu dirawat dengan cepat? Kerana salah satu komplikasi keadaan ini adalah kegagalan sebahagian fungsi otak disebabkan kurang penyerapan vitamin B1(thiamine) terutamanya. Keadaan ini dinamakan sebagai Wernicke's encephalopathy. Ianya berlaku kerana vitamin B1 akan diserap di kawasan usus kecil(jejunum dan ileum) secara fisiologi. Namun apabila ibu yang mengalami HG terlalu kerap muntah, ini menyebabkan kurang vitamin B1 yang diserap oleh badan. Oleh sebab itu, ibu-ibu yang mengalami HG kebiasaannya akan diberikan suplemen vitamin B1 di samping rehidrasi air.

Apakah punca-punca HG?

     Sejujurnya, tiada faktor khusus yang berjaya dijumpai untuk mengatakan ia sebagai penyebab utama HG. Namun kesimpulan yang dapat dilakukan sekarang adalah penyebabnya adalah multifactorial. Sebahagian penyelidik menjumpai HG ini berkait rapat dengan hormon hCG yang tinggi  dihasilkan oleh ibu-ibu mengandung ketika trimester pertama. Di samping itu terdapat juga faktor-faktor lain seperti genetik, sistem imunisasi, dll. Terdapat sebahagian kes di mana apabila ibu nya mengalami HG dahulu, anak perempuannya yang mengandung turut mengalami keadaan yang sama.

Apakah rawatan yang diberikan?

     Secara umum, ibu-ibu yang dirawat di dalam wad akan menerima rehidrasi optimum untuk menggantikan jumlah air yang hilang dari badan ketika muntah. Di samping itu suplemen vitamin B1 juga diberikan untuk mengurangkan risiko Wernicke's encephalopathy. Untuk mengurangkan rasa loya yang teruk, ubat tahan muntah diberikan untuk keselesaan pesakit.

Tips pemakanan?

Digalakkan - Minum air sejuk
                   - Makan aiskrim

Elakkan - Makanan berminyak
              - Minum susu

*Makanan berminyak dan susu akan menyebabkan rasa ingin muntah
*Air sejuk bagus untuk mengurangkan rasa loya
*Aiskrim bagus untuk menggantikan tenaga yang hilang, mengurangkan rasa loya dan menigkatkan selra makan semula.

Syed al-Qadri,
Pelajar perubatan tahun 5,IIUM(2015).

17 Januari 2015

Confidential Enquiry into Maternal Death(CEMD) in Malaysia: Panduan & Info


     CEMD ini secara mudahnya adalah kaji selidik yg dilakukan di Malaysia bagi mengenalpasti punca dan cara2 yang boleh pengamal perubatan lakukan bagi mengurangkan kadar kematian ibu2 mengandung. Di Malaysia, kajian ini dilakukan setiap 3 tahun. Untuk artikel ini,statistik diambil dari CEMD Malaysia 2006-2008

Maternal death
= Death of a woman during pregnant or within 42 days termination of pregnancy irrespective of duration/site,cause related to/aggravated by pregnancy,or it's managemnet.BUT, not from accidental or incidental cause(Fortuitous)               Source: WHO

=Kematian wanita ketika mengandung atau 42 hari selepas mengandung diesebabkan apa2 faktor ketika bersalin,kecuali kemalangan atau sebarang kejadian yg tidak diingini

     Kaji selidik ini akan menghasilkan maternal death ratio(skala kematian ibu mengandung) hasil dr data yg diperolehi.Kandungan data merangkumi faktor kemalangan & kejadian tak diingini,walaubagaimanapun ia tidak dikira dalam pengiraan skala yg akan dihasilkan

Punca MD(maternal death) terbahagi kepada 3:-
1)Direct(langsung)-pendarahan,komplikasi keguguran,darah beku,etc
2)Indirect(tak langsung)-Darah tinggi ketika mengandung,kencing manis,etc
3)Fortuitous(Kemalangan)-kemalangan jalan raya,bunuh diri,etc

  
     Berdasarkan data ini, majoriti punca MD di Malaysia adalah direct & fortuitous. Jika dibandingkan dengan negara maju seperti UK,punca utama adalah indirect. Ini menunjukkan di UK contohnya, mereka berjaya mengelakkan punca kematian dr sebab mengandung itu sendiri dan kemalangan2 yg x diingini,namun punca indirect tidak dapat dielakkan kerana ibu mengandung itu memang sudah mempunyai penyakit lain sebelum mengandung. Lain ceritanya di Malaysia, tinggi peratusan dr punca direct menunjukkan tahap rawatan dan pemantauan ketika proses mengandung masih boleh diperbaiki jika dibandingkan dengan negara maju. Manakala tidak mengejutkan peratusan dr punca kemalangan tinggi disebabkan purata kemalangan jalan raya di negara ini sangat tinggi.

     Walaupun data ini menunjukkan kita masih sedikit di belakang negara maju yg lain,kita tidak boleh membuat konklusi dengan membandingkan dengan negara lain. Yang terbaik adalah kita lakukan perbandingan dengan negara kita sendiri,tapi dr tahun yg terdahulu.


    
     Gambar rajah ini menunjukkan penurunan yg mendadak sejak tahun 1950 sehingga tahun 2006. Ini dipercayai hasil dr pemantapan sistem pemantauan kesihatan negara kita dari semasa ke semasa. Sebagai contoh,dulu ibu2 mengandung yg duduk di kawasan terpencilyang  mempunyai masalah ketika bersalin mungkin tidak sempat mendapatkan bantuan perubatan yang lanjut dalam masa yg segera. Namun kini,kita ambil contoh bg penduduk di Pulau Tioman.Ibu2 mengandung yang sudah mencecah usia kandungan lebih kurang 8 bulan akan dibawa ke hospital besar untuk pemantauan rapi bagi mengelakkan komplikasi2 yg tak diingini dr berlaku. Ya masih banyak ruang yg boleh diperbaiki,tapi kita bersyukur ada penambahbaikan yg berjaya kita capai dr semasa ke semasa.


Berikut merupakan punca utama MD dr tahun 2006-2008
1) Pendarahan selepas bersalin
2)Darah tinggi semasa mengandung
3)Jangkitan kuman
4)Komplikasi gugur
5)Darah beku
6)etc

   Sejak CEMD dilaksanakan di Malaysia, skala kematian ibu mengandung telah menurun dari 53:100 000 kepada 27:100 000 iaitu sebanyak 49% secara kasar.Hasil dr CEMD 2006-2008 mendapati
-772 kematian berkait dengan ibu mengandung telah direkodkan
-Risiko kematian ibu mengandung lebih tinggi dalam kalangan mereka yg berumur > 40 tahun dan mereka yg mempunyai lebih dr 6 org anak


Nota:

Sejak kebalakangan ini,telah menjadi trend untuk para ibu meminta untuk melahirkan anak di rumah,dan tidak di hospital.Pendapat saya tidak salah namun para ibu ini harus berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu untuk memantau keadaan kandungan  dan pastikan disahkan selamat untuk melahirkan di rumah. Ini kerana kita tidak mahu keadaan di mana, jika terdapat sebarang komplikasi ketika proses bersalin,para ibu ini tidak berjaya dibawa ke hospital pada kadar yg segera.

Salah satu faktor kadar kematian ibu mengandung berjaya dikurangkan adalah lebih ramai ibu2 yg mendapatkan rawatan dan melahirkan anak di hospital sejak dahulu hingga kini .Kita tidak mahu atas sebab trend terbaru ini,nyawa ibu2 ini dipertaruhkan.Jadi saya nasihatkan para ibu untuk dapatkan nasihat dr doktor pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melahirkan anak anda dirumah.

Syed al-Qadri,
Pelajar perubatan tahun 5 IIUM,

*Sumber
1)CEMD MOH 2006-2008
2)Prof Mokhtar, O&G consultant IIUM lecture


26 Disember 2014

Ketuanan Allah


     Setiap yang beragama Islam akan mengakui ketuanan Allah sebagai tuhan yang satu dan tiada yang sekutu denganNya. Konsep asas bagi ketuanan itu adalah menurut segala perintah dan meniggalkan apa yang dilarang oleh Tuan itu.

     Sedar atau tidak,konsep ini adalah konsep yang boleh diterima pakai di dunia ini secara asasnya. Terlebih dahulu diterangkan di atas konsep ketuanan itu dalam konsep kehidupan akhirat kita. Namun harus kita sedar sebelum menuju ke alam itu, kita harus menempuh alam dunia yakni alam yang kita huni sekarang.

     Bagaimana ingin mengaplikasikan konsep itu dalam keadaan semasa?banyak contoh yang boleh diberikan, namun untuk entri kali ini cukup untuk saya berikan 2 contoh dalam kehidupan seharian kita. Pertama dalam kehidupan bekerja. seorang pekerja dan majikannya. Situasi ini majikan yang menjadi tuan. Seorang pekerja dikehendaki menurut segala perintah dan arahan dari ketua, jika ini yang terjadi lazimnya sebuah organisasi itu akan bertahan lama walaupun terkadang prestasi kerja pekerjanya tidak sehebat organisasi2 lain. Lain halnya dalam keadaan di mana seorang majikan mempunyai ramai pekerja yang sangat berkaliber sehingga organisasinya menjadi maju dan gah dalam masa yang singkat. Namun sayang pekerja2 nya selalu cakap belakang dan tidak patuh atas arahan ketua, suka buat hal sendiri. Natijahnya, syarikat yang maju ini hanya mampu bertahan sekejap sahaja dek kerana situasi tidak harmoni yang wujud dalam syarikat itu.

     Kehidupan rumahtangga juga begitu. Seorang suami itu diamanahkan oleh Allah untuk menjadi ketua keluarga. Isteri dan anak2 di bawah tanggungannya dan mereka wajib patuh atas arahan suami/bapa. Resipi keluarga yang bahagia adalah berpegang teguh kepada konsep ini yang menghasilkan harmoni dalam rumahtangga. Apa yang akan terjadi sekiranya isteri melawan cakap suami?suami tidak mengendahkan tanggungjawab ini dan curang?anak2 tidak lagi menghormati ibubapa dan masing2 buat hal sendiri?jawapannya cukup jelas dan nyata.

     Seorang ketua sentiasa mendambakan hormat dan setia pengikutnya.Namun seorang ketua yang baik akan sentiasa berhati terbuka untuk menerima teguran dari pengikutnya.Inilah yang membezakan konsep ketuanan di dunia dan di akhirat.Ketuanan kepada Allah itu WAJIB atas sifat2 kesempurnaan Allah itu sendiri.Ketuanan kepada manusia itu WAJIB selagi mana seorang ketua itu tidak melanggar perintah Allah dan tidak menyuruh sesuatu yang tidak bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah.

Kepada PARA PEMUDA, sahutlah cabaran untuk menjadi seorang ketua yang mampu membawa pengikut2 anda ke jalan Allah insyaAllah.

28 Mac 2014

"Terperangkap"

Assalamua'laikum W.B.T.

     Manusia seringkali terperangkap dengan sesuatu yang lazim.Apabila terperangkap,kita merasakan apa yang kita lakukan itu betul,dek kerana tiada orang yang menegur.Namun,bukan semua yang terperangkap itu salah.Dalam sesetengah perkara,kita perlu terperangkap untuk kekal di jalan yang benar.Konfius?Mari saya bawakan satu analogi untuk anda.

     Ahmad duduk di rumah sewa bersama 3 lagi rakannya.Setiap mereka mempunyai personaliti yang berbeza,namun ada satu perkara yang tidak membezakan mereka iaitu sikap keprihatinan mereka terhadap kebersihan.Seringkali sampah di dalam rumah hanya tahu dikumpul,dan mengharapkan orang lain yang akan bertanggungjawab untuk buang ke luar,Natijahnya terkumpul sampah2 itu buat jangka waktu yang agak lama,maka pasti bau yang terkumpul itu juga sangat tidak menyenangkan.Namun,hairan sekali mereka boleh tinggal dalam rumah itu tanpa sedikit pun rasa kurang selesa,malah rileks seperti tiada langsung bau yang tidak menyenangkan.Satu hari,Qusyairi rakan mereka datang ke rumah mereka untuk melawat,lalu ditegur, "busuk betol rumah korang ni,ade bangkai ke ape?". Ahmad dengan selamba menjawab, "Kau biar betul,aku x bau apa2 pun?,kau je yang lebih2 ni". Kesemua mereka tidak sedar dengan bau busuk itu kerana setiap hari,sepanjang masa menghabiskan waktu dalam rumah tersebut.Maka mereka sudah lali dengan keadaan itu.

     Farid seorang penggemar wangi-wangian.Dalam keretanya,akan sentiasa ada pewangi.Habis sahaja pantas dibeli yang baru. Ada ketika,dia merasa pelik,wangian sentiasa ada dalam keretanya,tapi dia x bau apa2.Keesokannya,seorang kawannya,Kamal menumpang untuk ke tempat kerja.Sebaik sahaja Kamal memasuki kereta Farid,dia berkata.."Wahhh,wangi betul kereta kau ni Farid!!".Lantas  Farid terkejut dan berkata.. "Eh!ye ke?Kenapa aku x bau apa2 pun?"

     Dalam analogi ini,saya menganggap busuk itu perkara tidak baik,manakala wangi itu perkara baik.Jika kita sudah terlalu kerap melakukan perkara yang tidak elok,hingga satu tahap kita tidak sedar lagi perkara yang kita buat seharian itu sebenarnya salah,dan mendatangkan dosa.Apabila ditegur,baru tersentak,namun susah untuk menerima teguran itu kerana kita masih rasa yang kita betul!.Begitu juga apabila kita melazimi perkara baik,kita merasakan apa yang kita buat tu perkara biasa sahaja,apabila ditegur baru kita sedar sebenarnye kita sedang melakukan perkara yang betul.Maka jangan takabbur atau riak,sebaliknya betulkan niat dan teruskan dengan amalan murni itu,dan ajaklah ahli keluarga dan rakan2 untuk turut serta dalam kebaikan:-)

     Disinilah peranan teguran itu sangat penting.Kawan yang baik adalah kawan yang menegur kesalahan kita,bukan sentiasa mengiyakan kita walaupun apa yang kita buat itu berdosa,atas alasan ingin menjaga hati.Tegurlah rakan2 kita,dan bukakan hati kita untuk menerima teguran:-)

Wallahua'lam

17 Disember 2013

The Awaited Generation

Assalamua'laikum W.B.T.

     Alhamdulillah, all praise is for Allah as He still gives us chance to live on this world, submitting ourselves to Him. Always repent as we never know what wrongdoings we’ve done in our life and it is beyond our thoughts when our time will end. Each generation should always be better than the previous. Improvement can never be achieved if it does not occur this way.

     In a business company, the pioneer group will try their best and put effort wholeheartedly to make the company a success. But when times come, this pioneer group would not be able to continue their effort as they become older. Thus, this is the time where the younger generation should play their role. But how can they run a business without any knowledge about it? Thus, the role of the older group is to teach this younger generation, while the younger generation need to be ready and accept their knowledge. This is when experience comes in hand. The older group must always remember to teach EVERYTHING to the youngster, if not then improvement will never be achieved. (Commonly we hear in Silat, the master won't teach all they know, so that the master will always be a master). This is not the case here.

     As for the youngster, this is when our brain takes its part. Do you know our brain don't only have the ability to memorize but also to think and improvise? Oh, our brain is so amazing! There is no doubt about it. Allah gives us the chance to use it, so use it wisely. After we have learned all the experience from the pioneer group, then it's our time to improvise and make it better. That's how a company grow and become a successful as well as respectful one, where the flow of knowledge is continuous.

     If you notice, kids nowadays seem to learn thing faster than us. With the development of technology, we should take advantages of it instead of blaming it as the cause of our critical society nowadays. Here comes the role of parents to educate their child. As for example, pampering children with handphone, tab, etc is not good generally (refer this blog), but can't we improvise and make the usage of this device as a benefit, especially as a medium for child to learn? Educate ourselves well so that we can educate our child/future child better. It is a continuous and never-ending process. The role of building a strong Ummah is on our shoulder, if not us, then who else? Let’s us strive to improve ourselves for the sake of our future generation :-)

May this opinion of my bring benefits to all readers.
Akhirulkalam.

16 Ogos 2013

Relevankah lagi khutbah kini?

Assalamua'laikum w.b.t.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat hari raya(belum terlambat rasanya) kepada pembaca2.Semoga amalan2 sepanjang ramadhan dpt terus kita laksanakan dgn istiqamah dalam kehidupan seharian kita.Tulisan ini saya tulis merujuk kepada khutbah yg disampaikan di salah sebuah masjid di Kuala Lumpur pada 16/8/2013.Khutbah bertajuk "Puasa 6".Saya kongsikan rumusan apa yg disampaikan.

Puasa 6 ini satu amalan sunat yg amat dituntut,antara fadhilatnya,mereka yg melaksanakannya insyaAllah diberi ganjaran puasa selama 1 tahun.Terdapat faktor luaran & dalaman yang menjadikan seseorang itu gagal melaksanakannya.Satu contoh faktor dalaman adalah persepsi seseorang ia hanyalah 'sunat',maka x perlu untuk mereka laksanakan.Antara faktor luaran,kesibukan bekerja/aktiviti harian(Bulan ramadhan x kerja?) & menghadiri rumah terbuka(setiap hari ke ade rumah terbuka?).

Sekarang saya ingin bertanya,berapa ramai antara kita dah tau yg puasa 6 ini amat dituntut dan dikurniakan ganjaran pahala 1 tahun berpuasa?Dan adakah relevankan disampaikan faktor2 orang x buat puasa 6?Pada pendapat saya,majoriti masyarakat kita skrg sudah 'celik' agama.bermakna asas2 agama telah diketahui,bukan lagi seperti zaman baru lepas merdeka dahulu.Bukan bermaksud peringatan itu x penting,tapi kalau setiap tahun isi khutbahnya sama saja,bagaimana itu akan menyumbang kepada masyarajat yg lebih berilmu?

Ini hanya pendapat saya,tidak bolehkah jika isi khutbah itu menjawab persoalan2 yg berlegar dlm fikiran masyarakat skrg:-

1)Bolehkan digabungkan puasa ganti dgn puasa 6
2)Puasa 6 perlu berterusan atau boleh selang-seli hari?
3)Bolehkan diniatkan puasa isnin-khamis dgn puasa 6
dll.

Pada saya,lebih relevan jika isu2 sebegini diketengahkan kepada masyarakat.Bukan majoriti yg pergi ke kuliah2 maghrib yg saya jangka selalu membincangkan soal2 sebegini.Tapi saya yakin majoriti akan hadir ke solat jumaat.Dan saya juga berpendapat,isi2 khutbah skrg yg boleh saya kategorikan 'lemau' antara faktor mengapa orang yg x mengantuk pun boleh tidur ketika khutbah.Saya amat berharap isi2 khutbah di malaysia akan lebih membincangkan isu semasa pada masa yg akan dtg.

Pada masa yg sama,ketika ingin menunaikan solat,imam memberitahu "insyaAllah kita akan membaca qunut nazilah ketika solat nnt".Saya sudah bergembira pada mulanya.Namun tatkala khatib memberitahu "...Kita doakan negara kita dihindarkan dari perkara2 yang tidak elok"...saya sedikit terkilan,bagaimana dengan saudara2 kita di mesir yg sedang dlm keadaan kritikal?Tidak saya nafikan dlm bacaan doa qunut itu di disertakan doa kepada palestin,iraq,syria & mesir...namun majoriti para jemaah fahamkah bacaan doa itu?Salahkah untuk kita isytiharkan sokongan kita kepada para penndokong Mursi?Takutkah kita menyatakan yang kita menentang as-Sisi?

Walllahua'lam,sekadar pendapat hamba yg lemah

23 Februari 2013

Ta'lim Darul Murtadza:Habib Ali & Habib Abd Rahman

Assalamua'laikum W.B.T

Surah A'li-Imran(18-19)

18-Allah menyatakan bahawa tiada tuhan selain Dia,demikian pula para malaikat dan orang berilmu yang menegakkan keadilan,tidak ada tuhan selain Dia,yang maha perkasa,maha bijaksana.

19-Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.tidaklah berselisih orang2 yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu,kerana kedengkian antara mereka.Barangsiapa ingkar terhadap ayat2 Allah,maka sungguh,Allah sangat cepat perhitunganNya

*Tafsiran 18*
Di dalam ayat ini,Allah bersaksi akan dirinya sendiri bahawa Dialah tuhan,bukan kerana makhluk yang bersaksi bahawa Dia tuhan oleh kerana ZatNya.Dalam erti kata lain,"Allah bersaksi bahawa dirinya Tuhan".Dinyatakan oleh habib bahawa seseorang yang mendapat gelaran dari orang lain,belum tentu gelaran itu berhak ke atas dirinya.Seperti kisah Musailamah al-Kazzab,dimana dia digelar sebagai nabi oleh kaumnya terlebih dahulu sebelum dia sendiri mengaku bahawa dia adalah nabi.Namun tatkala disuruh untuk membuktikan akan kenabiannya,dia x mampu.Contohnya,kaumnya meminta agar perigi mereka dipenuhi air semula,lalu dia meludah ke dalamnya.Maka kaumnya berharap agar ianya akan terisi kembali dgn air,namun sebaliknya yang berlaku apabila air didalamnya semakin berkurangan.Begitu juga dengan kisah dimana ada seorang yang buta sebelah matanya dan meminta agar Musailamah menyembuhkannya.Namun apa yang terjadi,kedua-dua matanya buta setelah itu.Maka dgn ini jelas,apa sahaja gelaran yang diberi oleh orang lain,tanpa dituruti dengan pengakuan oleh empunya terlebih dahulu,belum pasti ianya berhak ke atasnya.Jelas di sini Allah telah mengakui dirinya sebagai Tuhan,dan tiada apa yang perlu diragukan lagi.

*Tafsiran 19*
Setelah Allah,kemudiannya malaikat,nabi, ahli ilmu pula yang mengakui Allah sebagai Tuhan.Setelah kita percaya Allah sebagai tuhan,maka secara automatik kita akan percaya akan segala kata-kataNya bukan?Telah Allah katakan,agama di sisiNya hanyalah ISLAM,maka siapa yang berani mengingkarinya?Hanya orang yang jahil sahaja,tatkala malaikat,nabi dan para ulama' mengakui Allah itu tuhan dan hanya Islam agama di sisiNya.Jadi kenapa ada yang masih tidak percaya,kerana terkadang kita selalu mendengar kata2 dari orang yang bukan bidangnya.

Timbul persoalan,mengapa ahli kitab tidak mempercayai Muhammad sebagai nabi & rasul,sedangkan tersebut didalam kitab mereka yakni Ahmad/Muhammad itu sebagai nabi?Maka hujahnya : bagi ILMU hanya satu lawannya yakni NAFSU.Bilamana para alim ulama' mereka mengetahui akan perkara ini,mereka sudah mempunyai ilmu bahawa Allah itu tuhan dan Muhammad pesuruhNya.Namun walaupun dgn ilmu yang ada,nafsu mereka telah berjaya mengatasi ilmu yang tersedia ada,maka diputarbelitkan kitab mereka sehinggalah lahir old testement,new testement,dll.

Tausiah dari Habib Abd Rahman(Anak kepada al-Habib Ali al-Mahsyur)

Seorang hamba sahay telah dibebaskan oleh tuannya,lalu ketika dia sedang merantau untuk mencari kehidupan baru,dia tiba di sebuah madrasah.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk terus menuntut di situ.Setelah suatu ketika,guru mereka kembali ke rahmatullah.Maka para penuntut perlu mencari pengganti kepada beliau,dan majoriti dari mereka memilih bekas hamba sahaya td sebagai pengganti,.Atas persetujuan ramai,beliau menerimanya.Setelah beberapa ketika beliau menjadi tuan guru disitu,dtg seorang kaya yang ingin memberi bantuan kewangan kepada madrasah tersebut,namun si kaya tidak kenal akan guru baru ini.Setelah selesai semua urusan,guru ini(bekas hamba) memanggil si kaya untuk berjumpa secara persendirian.Ketika pertemuan itu,guru ini menyatakan nama si kaya,bilangan ahli keluarganya,nama setiap seorang darinya,isi kandungan rumahnya,dll.Maka si kaya ini terkejut,sedangkan dia sendiri tal kenal akan guru ini.Barulah dia tahu rupanya guru ini sebenarnya bekas hamba sahayanya yang dilepaskan dahulu.Bertanya si kaya kepada tuan guru,bagaimana kamu mencapai darjat sebegini?.Jawabnya:ILMU.

Dapat kita simpulkan hanya dgn ILMU merupakan elemen penting dalam kehidupan kita sebagai bekal untuk ke akhirat kelak.Tidak hairanlah perkara pertama yang diajarkan kepada rasulullah adalah Iqra'(bacalah),kerana membaca adalah langkah pertama dalam menuntut ilmu.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Masjid Muadz bin Jabal
11 Rabiulakhir 1434(22/2/2013)

Akhirulkalam...