Assalamua'laikum W.B.T
Surah A'li-Imran(18-19)
18-Allah menyatakan bahawa tiada tuhan selain Dia,demikian pula para malaikat dan orang berilmu yang menegakkan keadilan,tidak ada tuhan selain Dia,yang maha perkasa,maha bijaksana.
19-Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.tidaklah berselisih orang2 yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu,kerana kedengkian antara mereka.Barangsiapa ingkar terhadap ayat2 Allah,maka sungguh,Allah sangat cepat perhitunganNya
*Tafsiran 18*
Di dalam ayat ini,Allah bersaksi akan dirinya sendiri bahawa Dialah tuhan,bukan kerana makhluk yang bersaksi bahawa Dia tuhan oleh kerana ZatNya.Dalam erti kata lain,"Allah bersaksi bahawa dirinya Tuhan".Dinyatakan oleh habib bahawa seseorang yang mendapat gelaran dari orang lain,belum tentu gelaran itu berhak ke atas dirinya.Seperti kisah Musailamah al-Kazzab,dimana dia digelar sebagai nabi oleh kaumnya terlebih dahulu sebelum dia sendiri mengaku bahawa dia adalah nabi.Namun tatkala disuruh untuk membuktikan akan kenabiannya,dia x mampu.Contohnya,kaumnya meminta agar perigi mereka dipenuhi air semula,lalu dia meludah ke dalamnya.Maka kaumnya berharap agar ianya akan terisi kembali dgn air,namun sebaliknya yang berlaku apabila air didalamnya semakin berkurangan.Begitu juga dengan kisah dimana ada seorang yang buta sebelah matanya dan meminta agar Musailamah menyembuhkannya.Namun apa yang terjadi,kedua-dua matanya buta setelah itu.Maka dgn ini jelas,apa sahaja gelaran yang diberi oleh orang lain,tanpa dituruti dengan pengakuan oleh empunya terlebih dahulu,belum pasti ianya berhak ke atasnya.Jelas di sini Allah telah mengakui dirinya sebagai Tuhan,dan tiada apa yang perlu diragukan lagi.
*Tafsiran 19*
Setelah Allah,kemudiannya malaikat,nabi, ahli ilmu pula yang mengakui Allah sebagai Tuhan.Setelah kita percaya Allah sebagai tuhan,maka secara automatik kita akan percaya akan segala kata-kataNya bukan?Telah Allah katakan,agama di sisiNya hanyalah ISLAM,maka siapa yang berani mengingkarinya?Hanya orang yang jahil sahaja,tatkala malaikat,nabi dan para ulama' mengakui Allah itu tuhan dan hanya Islam agama di sisiNya.Jadi kenapa ada yang masih tidak percaya,kerana terkadang kita selalu mendengar kata2 dari orang yang bukan bidangnya.
Timbul persoalan,mengapa ahli kitab tidak mempercayai Muhammad sebagai nabi & rasul,sedangkan tersebut didalam kitab mereka yakni Ahmad/Muhammad itu sebagai nabi?Maka hujahnya : bagi ILMU hanya satu lawannya yakni NAFSU.Bilamana para alim ulama' mereka mengetahui akan perkara ini,mereka sudah mempunyai ilmu bahawa Allah itu tuhan dan Muhammad pesuruhNya.Namun walaupun dgn ilmu yang ada,nafsu mereka telah berjaya mengatasi ilmu yang tersedia ada,maka diputarbelitkan kitab mereka sehinggalah lahir old testement,new testement,dll.
Tausiah dari Habib Abd Rahman(Anak kepada al-Habib Ali al-Mahsyur)
Seorang hamba sahay telah dibebaskan oleh tuannya,lalu ketika dia sedang merantau untuk mencari kehidupan baru,dia tiba di sebuah madrasah.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk terus menuntut di situ.Setelah suatu ketika,guru mereka kembali ke rahmatullah.Maka para penuntut perlu mencari pengganti kepada beliau,dan majoriti dari mereka memilih bekas hamba sahaya td sebagai pengganti,.Atas persetujuan ramai,beliau menerimanya.Setelah beberapa ketika beliau menjadi tuan guru disitu,dtg seorang kaya yang ingin memberi bantuan kewangan kepada madrasah tersebut,namun si kaya tidak kenal akan guru baru ini.Setelah selesai semua urusan,guru ini(bekas hamba) memanggil si kaya untuk berjumpa secara persendirian.Ketika pertemuan itu,guru ini menyatakan nama si kaya,bilangan ahli keluarganya,nama setiap seorang darinya,isi kandungan rumahnya,dll.Maka si kaya ini terkejut,sedangkan dia sendiri tal kenal akan guru ini.Barulah dia tahu rupanya guru ini sebenarnya bekas hamba sahayanya yang dilepaskan dahulu.Bertanya si kaya kepada tuan guru,bagaimana kamu mencapai darjat sebegini?.Jawabnya:ILMU.
Dapat kita simpulkan hanya dgn ILMU merupakan elemen penting dalam kehidupan kita sebagai bekal untuk ke akhirat kelak.Tidak hairanlah perkara pertama yang diajarkan kepada rasulullah adalah Iqra'(bacalah),kerana membaca adalah langkah pertama dalam menuntut ilmu.
Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Masjid Muadz bin Jabal
11 Rabiulakhir 1434(22/2/2013)
Akhirulkalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan