26 Disember 2009

Ilmu cahaya kehidupan


Assalamualaikum w.b.t,
Ilmu pada hari ini telah disalahgunakan.Anda setuju?Mari kita lihat kembali bagaimana ilmu ini sampai kepada manusia.Ilmu telah dikurniakan kepada nabi adam sejak penciptaannya(al-baqarah,30-34).Ilmu ini diberikan oleh Allah,maka kita seharusnya menuntut ilmu kerana Allah bukannya kerana nak pass exam.Maka apabila tujuan kita salah,sekaligus ilmu ini akan disalahgunakan,

Jika betul niat kita,apa yang kita akan rasa?Ana ingin berikan sedikit perumpamaan.Apabila kita berdiri jauh dari cahaya,kita nampak bayang kita kecik je.Tapi bila kita semakin mendekati cahaya itu,kita dapati bayang itu semakin besar sehingga lebih besar dari kita.Cahaya di sini melambangkan ilmu manakala bayang sebagai kelemahan kita.Bila kita tidak mendekati ilmu,kita rasa macam kita ni hebat,kelemahan nampak sikit je.Namun tatkala kita mula mendalami ilmu,barulah kita tersedar dari lamunan kita,banyak rupanya kelemahan kita.


Maka marilah kita renung kembali apa tujuan kita menuntut ilmu.Ikhlaskan hati kita hanya kerana Allah.insyaAllah ilmu yang kita dapat berguna dan dapat mambantu perkembangan umat islam di dunia ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan