Assalamualaikum w.b.t,
Pada pendapat anda ,bila agaknya persoalan ini biasanya timbul?mari kita sama2 melihat hadis yang sering menimbulkan tanda tanya ini.
Diriwayatkan dari nabi Muhammad S.A.W,berkata:"ketahuilah amalan kamu tidak akan menyelamatkan kamu(dari api neraka)"sahabat membalas."walaupun engkau wahai Rasulullah?"Nabi berkata,"walaupun aku,kecuali jika Allah melimpahkan rahmatnya ke ats aku"
Timbul tak persoalan ini di benak fikiran anda?Jika anda jawab Ya!,mari kita sama2 menyusuri intipati hadis ini.Apa yang cuba disampaikan oleh hadis ini ialah amalan kita hanya menentukan tingkatan kita di syurga.Namun,hanya dengan rahmat Allah kita akan terlepas dari sekasaan api neraka.Justeru,walau bagaimana hebat amalan kita tapi kalau tidak dirahmati Allah,maka ketika itulah amalan kita menjadi sia2.
Teknik supaya kita mendapat rahmat Allah?Perbanyakkan berdoa agar Allah memberi rahmat ke atas kita.Kerana jika kita hanya melakukan ibadat tanpa memohon restu dari Allah,kita cenderung untuk melanggar perintah Allah walau telah banyak ibadat yang kita lakukan.Ikhlaskan hati kita dalam beribadat,jangan hanya lakukan amalan baik hanya kerana mengikut orang.Contoh,orang gi solat,kita pergi.orang puasa kita puasa gak.Tapi kita melakukan itu sume hanya kerana adat.Sebab itulah kita nampak macam dah 'banyak amalan',hakikatnya....tanpa rahmat Allah,terkuburlah sume amalan itu.
Apa yang harus kita ingat,sebanyak mana amalan yang kita lakukan,masih belum setanding dengan sahabat yeng terdahulu.Maka marilah kita sama2 tingkatkan amalan dan ikhlaskan niat kita agar sentiasa diberkati dan dirtahmati Allah.insyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan