Assalamualaikum W.B.T,
Bayangkan anda melangkah masuk ke dalam kelas yang menggunakan papan putih sebagai alat bantuan mengajar.Dari jauh,anda ternampak satu titik hitam,tapi x la sebesar mane pun.Sedar atau tidak yang anda lebih meyedari titik hitam itu daripada putih yang memenuhi ruang papan tersebut.Keadaan ini boleh dibandingkan dengan keadaan kita sekarang yang cenderung untuk melihat kesalahan seseorang meskipun banyak kebaikan telah dilakukannya.....ini lumrah hati manusia,namun yang membezakan hati yang suci atau tercemar ialah tindakan susulan seseorang itu.
Situasi 1:
Bila dah nampak ada kotoran,mesti la nak pegi tgk ape bende yang hitam tu,ink marker ke,serangga,atau apa2 je.Bila dah nampak kotoran tu,dia berlalu macam tu je...x bersihkan pun.x cukup dengan tu,bila dah pegi dekat nampak pulak titik2 hitam yang lebih halus.Sama lah keadaannya dengan situasi dimana seseorang nampak kekurangan orang lain,tapi buat x endah je,x nak tegur pun untuk betulkan kesalahan orang lain.Dah la tu,bila dah tahu satu kesalahan,dicari pula kesalahan2 yg laen.Jadi pulak ghibah(mengumpat).Nauzubillah min zaalik...
Situasi 2:
Sama dengan keadaan di atas namun reaksinya berbeza.Bila dah nampak kekurangan,ditegur kesalahan tu,dengan harapan agar kita juga ditegur bila buat kesalahan kelak.saling melengkapi.Hidup manusia penuh dengan kealpaan,an-nas(manusia) bermaksud lupa.Apa yang menyebabkan timbulnya perasan ingin menegur ini?salah satunya ukhuwah sesama kawan kita.
"Barangsiapa yang bersaudara dengan seseorang kerana Allah,nescaya Allah akan mengangkatnya ke suatu darjat di syurga yang tidak boleh diperolehnya dengan sesuatu dari amalnya"(HR MUSLIM)
Maka,marilah kita sama2 beriltizam untuk berkawan kerana Allah,bukan kerana dunia semata-mata.InsyaAllah ukhuwah yang terbina diberkati oleh Allah S.W.T.
Akhirul kalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan