Assalamualaikum W.B.T...
Perkataan CINTA sekarang ni acapkali disebut dan tatkala ianya disebut,maka tersenyum kebanyakan remaja dengan seribu makna tersirat.Kebanyakannya penuh bergelumang dengan nafsu.Namun x dinafikan ada yang berada di atas landasan yang betul.Apa yang ingin ana bincangkan hanyalah satu perkara,tapi mungkin kita sume terlepas pandang.Satu faktor yang menimbulkan rasa cinta dan sayang sesama manusia.Faktornya,kekerapan berjumpe.Anda setuju?lihat saja situasi yang banyak berlaku sekarang,terbit rasa cinta dalam kalangan ahli sepejabat,rakan sekelas,dll. atas dasar selalu berjumpe.Bila dah selalu jumpe,terasa rindu la pulak.Sehari x nampak terus x senang duduk.Mula lah tulis SMS,caling2 dan lain2.
Jom kita analisis sket tentang keadaan ni.X dinafikan kekerapan berjumpe seseorang bleh menimbulkan rasa kasih dan sayang.Sebagai umat Islam,tidakkah kita tertanya-tanya,Rasulullah S.A.W. merupakan kekasih Allah,dijamin kedudukannya di Syurga kelak.Namun,baginda masih terus-menerus melakukan ibadat,ibadat nawafil baginda x terhitung.Dapat x kita nampak persamaannya disini?Nabi kerap bersolat untuk berjumpe dengan Allah,berkomunikasi dengan Allah.Maka timbul perasaan cinta kepada Allah,CINTA YANG HAKIKI.Bila dah terasa rindu,selalu teringatkan Allah.Maka berzikirlah hamba Allah untuk mengingatiNYa.Bila sentiasa teringat Allah,hati ini terasa berat dan bersalah untuk melakukan maksiat terutamanya untuk mencintai manusia lebih daripadaNya.Betapa manisnya cinta yang hakiki ini.
Namun perasaan cinta kepada manusia merupakan naluri manusia.Bagi lelaki cinta kepada isteri terletak di no.4 selepas Allah,Rasulullah dan Ibu.Bagi Isteri pulak,no.3 selepas Allah dan Rasulullah.Pabila hati sudah bersedia untuk menerima cinta manusia,ucapkanlah doa yang diamalkan Rasulullah:-
"Ya Allah,kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu,dan Cinta kepada orang yang mengasihiMu,dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cintaMu."
Akhirulkalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan