14 Ogos 2010

Betul ke nak potong kuku ada hari tertentu?


soalan:

saya ingin bertanya adakah hadith ini sahih atau ia boleh diamalkan

RAHSIA MEMOTONG KUKU
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

neon
terima kasih

Jawapan :

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”

Dr. Abdul Wahab pula berkata :

“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”

wallahu a’lam
abdulkadir
———–

http://www.islam-online.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37762

http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm

http://soaljawab.wordpress.com/2007/09/11/hadith-tentang-khasiat-potong-kuku-hari-tertentu/

7 ulasan:

  1. salam ramadhan,

    thanks 4 the info.. ye la banyak sgt info yg kita sendiri kurang pasti..

    BalasPadam
  2. thank you 4 the info. tp musykil sket tentang statement "Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku." boleh tahu sbb nyer?batal puasa ye?harap dpt membantu...

    BalasPadam
  3. statement tu sebenarnya di bawah kategori 'tidak ada dalil' seperti yang dinyatakan al-ustaz Abdullah Zuqail...maksudnya tiada masalah untuk memotong kuku pada bila2 mase:-)

    BalasPadam
  4. ooo ok. 'micro' sgt tulisannya, smp terlepas pandang.maaf ye.lgpun pada hr yg sama sy baca artikel ni, ada kwn sy mengatakan perkara yg sama, tu yg confius. terima kasih di atas penerangan saudara.

    BalasPadam
  5. afwan...sorilah kalau micro sgt,sbb name blog ni microwriter...hehe...selamat hari raya kepada semua,semoga istiqamah dengan segala amalan di bulam ramadhan...

    BalasPadam
  6. terima kasih dgn info ni. mak saya selalu cakap tak boleh potong kuku malam2 tapi saya tak pernah check. hari ni saya tak puas hati terus google. haha. thanks again! =)
    InsyaAllah besar pahala yg diberi sbb buat blog ni =)

    BalasPadam