12 September 2010

Cara solat taubat nasuha


Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

———————————————————–

*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

111 ulasan:

  1. sama2...insyaAllah kita praktikkan dgn hati yang ikhlas ...

    BalasPadam
  2. masa rokaat 1 ada tahiyat awal tak

    BalasPadam
  3. kalu kita solat tp ta baca doa penghulu istighfar bleh ta ?

    BalasPadam
  4. terime kasih!!!!!!!

    BalasPadam
  5. asalam... sye ingt b'tnye, jika kite melakukan solat taubat tnpe membaca doa penghulu istighfar leh x??

    BalasPadam
  6. asalamualaikum ustaz..

    bagaimana harus saya nak melakukan solat taubat nasuha..sy benar2 ingin bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan..sy tau hukum tdk boleh diundur2 atau ditunda2..tetapi sy tdk tau bagaimana melakukan solat ini ya ustaz..tolong la ustaz..

    BalasPadam
  7. terima kasih krana mempaparkan cara untuk melakukan solat sunat taubat nasuha...semoga dosa2 sya yg pernah sye lakukan diampun kan..amin..begitu juga kepada mereka yg bnar2 ingin bertaubat kpada ALLAH S.W.T.,Mudah-mudahan dosa kalian diampunkan amin...

    BalasPadam
  8. saya dah banyak melakukan dosa, ustaz. saya ingin bertaubat, tapi pintu hati saya seolah-olah belum terbuka lagi. saya nak berubah, tapi macam ada satu tembok yang menghalangnya. apakah itu?. tolonglah saya, ustaz. saya benar-benar nak berubah.

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum W.B.T
    Minta maaf byk2 atas kelewatan membalas komen,ana x berjaya untuk mencuri mase...alhamdulillah skrg dah berpeluang.

    Soalan pertama:(tanpa nama)cara melakukan solat ni same je mcm solat sunat laen,x de tahiyat awal...

    Soalan 2:(tanpa nama)x mengapa klu x baca doa penghulu istighfar,cuma ianya digalakkan sebab maksud yang terdapat dalam lafaz tu sangat bermakna.X kira ape yg kite bace...yg penting kite faham ape yang kita lafazkan supaya kite dapat menghayati lafaz tersebut
    p/s:digalakkan untuk hafal doa ni dan bace setiap hari sebelum tido(lebih baik klu faham maksud skali)

    BalasPadam
  10. untuk soalan seterusnya:-

    Pertama sekali ana tidak memegang title ustaz atau guru,ana hanyalah seorang student di salah satu IPTA di Malaysia.Ana minta maaf terlebih dahulu klu ade maklumat yg tersilap.Semoga kita terpelihara dari memberikan ilmu yang salah.

    1.(Tanpa nama)-cara melakukan solat taubat boleh bace di atas.Apa yang ana boleh ana nasihat,elok jika kita luangkan sedikit mase setiap hari untuk solat taubat 2 rakaat...kerana kita x sedar ape kesalahan yang kita lakukan setiap hari.Yang pasti setiap manusia x terlepas dari melakukan dosa dalam kehidupan seharian...

    BalasPadam
  11. assalamualikum...sy ingin brtnya..skira nya kita hnya mlfazkn bacaan pghuli istighfar (terjemahannya) tmpa lfazkn dlm bcaan jawi..adakah ia diterima...

    BalasPadam
  12. Boleh sahaja insyaAllah,berdoa dalam bahasa arab bukanlah syarat untuk doa kita diterima.Apa yang penting adalah niat dalam hati kita yang benar2 ingin bertaubat.Maaf,ana x dpt bagi mane2 dalil untuk meyokong statement ini,insyaAllah dalam masa terdekat...

    BalasPadam
  13. tme ksih...apa pn sy tnggu apa yg trbaru....

    BalasPadam
  14. Remaja yang ingin insaf8 Januari 2012 pada 6:03 PTG

    Assalamualaikum, terima kasih kerana menunjukkan cara2 untuk solat taubat nasuha. Saya mahu meyedarkan diri saya sendiri bahawa ALLAH swt. ada dimana-mana dan melihat setiap perbuatan kita. Saya ingin menujukan 1 soalan. Kita perlu lakukan solat taubat nasuha ini sekali seumur hidup ke ataupun lain2?

    BalasPadam
  15. Waa'laikumussalam W.B.T,
    alhamdulillah jika kita dah ade kesedaran untuk bertaubat,dan perasaan sentiasa diperhati oleh itu perlu ada malah sangat penting.Jika kita berjaya menerapkan perasaan sedemikian,insyaAllah segala perbuatan kita akan berlandaskan kepada al-Quran dan sunnah.Salah satu cara yang kita boleh cuba ialah,sentiasa berzikir setiap kali ada masa lapang,dan mestilah istiqamah.

    Mengenai solat pula,tidak terhad kepada sekali seumur hidup.Antara cara terbaik adalah bersegera untuk bertaubat bila kita sedar akan kesalahan kita dan berazam untuk x mengulangi kesalahan yang sama.Kalaulah ditetapkan hanya sekali saja seumur hidup,nescaya x akan ada orang yang berani taubat nasuha,kerana takut akan mengualngi kesalahan yang sama.Yang paling penting,tekadkan dalam hati untuk tinggalkan segala kesalahan yang kita dah buat,insyaAllah.

    BalasPadam
  16. saya nk bertnya, masa kita sujud dan nak baca doa nabi yunus 40 kali kan, kita mmbaca dalam keadaan sujud atau bgkit dari sjud

    BalasPadam
  17. sy dah lame berfikir utk bertaubat..tp sy slalu je tangguh,,,hati sy x kuat lg...terime kaseh dgn ruangan ni membantu sy & menyedarkan sy...selagi sy xbertaubat, hati sy x tenang..sahabat sume tlg doakan supaya sy msh diberi peluang utk kembali ke jln Nya & Allah mengampunkan sy. Amin...

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah CIKMADUU lebah,sememangnya kita x pernah sangka situasi apa yang akan menjadi batu loncatan untuk kita mula rasa ingin bertaubat.Alhamdulillah Allah telah memilih ruangan ini untuk membantu sedari...InsyaAllah kita sama2 berdoa untuk sedari dan kita semua.Taqabbalallahhuminkum...amin...

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. Tanpa nama:Bacaan doa nabi yunus dibaca ketika dalam keadaan sujud.Sepertimana kita memanjangkan sujud kita ketika solat hajat...

    BalasPadam
  21. TERIMA KASEH ATAS EMPUNYA BLOG INI...

    BalasPadam
  22. terima kasih..sy ingin skli mlakukn solat taubat..

    BalasPadam
  23. Assalammualaikum Syed, terima kasih atas post ini. Saya sentiasa doakan akan kesihatan dan kesejahteraan Syed dunia dan akhirat. Amin

    BalasPadam
  24. waa'laikumussalam W.B.T,
    afwan,syukran kathir atas doa ini...ameen.Semoga kita sentiasa berada dalam naungan Allah S.W.T dan tepelihara dari melakukan maksiat insyaAllah...

    Jom kita sama2 berselawat ke atas rasulullah S.A.W sempena hari kelahiran baginda,semoga kita diberi kekuatan untuk mengamalkan sunnah2 nabi...

    BalasPadam
  25. boleh x awk coll sy...0107064366.....sy byak hal nk tyew awk..bile2 mase je awk ley coll....ples

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamua'laikum W.B.T.,
      ana dah mesej dkt no. yg diberi.Ade ape2 hal bleh mesej saja insyaAllah...

      Padam
    2. insan yg ingin bertaubat17 Februari 2012 pada 8:36 PTG

      Assalamualaikum..saye ingin bertanya banyak soalan kpd syed. Ni no saye 0139844100.

      Padam
  26. assalamualaikum..sye perlukn pertlgan syed..tlg hbgi sye..0199444275

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum, Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali ni baca semasa sujud terakhir tu kan?
    Terima kasih :D

    BalasPadam
  28. assalamualaikum :) nak minta izin untuk copy :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waa'laikummussalam W.B.T.
      khair saja,lebih baik jika berkongsi ilmu.Semoga bermanfaat kepada rakan2 kita yang lain juga insyaAllah...

      Padam
    2. Astagfirullahalazim...begitu byk dosa2ku...terima kasih atas semua pemberitahuan cr taubat ni.

      Padam
  29. Assalamulaikum syed boleh ka syed tgglkn no phone syg supaya senang utk dihubungi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waa'laikumussalam W.B.T.
      Boleh cntct ana melalui emel:-
      syedalqadri@yahoo.com

      Padam
  30. Assalamualaikum syed bolehkn syed berikn num phone supaya senang nk dhubungi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waa'laikumussalam W.B.T.
      Boleh cntct ana melalui emel:-
      syedalqadri@yahoo.com

      Padam
  31. Noor cahaya

    bagaimana nk hilangkan rasa malu utk meminta maaf pada seseorang. jika sebelum ini saya byk berbuat slh pd Ayah sy, krn ade prkara yg membuatkn sy slh fhm trhadapnya (krn penyakit ganguan). bagaimana nak redha kan hati ini utk terima kenyataan atas ape yang da berlaku.

    BalasPadam
  32. terima ksih ..

    BalasPadam
  33. sesiapa tlg jwbkan ntok saya...hati trasa sgt walang...haty sya brbelah bgi..sbnrnya rsa syg dlm hati untuk kksih sgt mnebal...tapi sy tekad ingn mnggalkan dya kerna rs tkot sy pd hkuman Allah krn kerap melakukan dosa besar...sya tdk mahu brnikah dgnnya kern bmbang dya tdak dpt mmbmbing sya...ini krana apbla diajak untk brsolat dan berubah,dya kerp kali mmberi alsn mngtakan akn brtaubat slps menikah..sy sedh mngenangkn prkra ini...smmngnya kami msih muda..tapi sapa thu klaw ajal mnjmput lbey awl sblom smpat kami brtaubat?..ap yg harus sy lakukan?...seseorg...tlonglah saya...pleaseee...sy buntu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamua'laikum W.B.T

      Bagi ana,keputusan utk meninggalkan kekasih anda adalah yg terbaek,kerana apa yang ana dpt lihat...alasan kekasih anda untuk berubah slps bernikah x boleh diterima...kerana untuk berubah,niat yang diperlukan.dan niat itu tidak terhad kepada masa atau keadaan...Dan perlu diingat,jika permulaan pernikahan itu sudah didahului dgn perkara yg tidak mengikut syariat,sukar untuk hidup rumah tangga kelak diberkati...(ini hanya pendapat peribadi ana yang fakir ini,ana sendiri tidak ade pengalaman sebegini...maaf jika jwpn ana kurang bernas)

      Padam
    2. terima kasih atas jwpn Syed...sya ingin hidup dgn perasaan yg tenang...sprti sblum sya knl kksih...sy akui kekhilafan dri sy mnybabkan sy jd bgini...mak dan ayah mmberikan didikan agama yg ckop kpd sya.tpi sya tewas dgn nafsu sya sndri..sy rsa brslah dgn org tua sya...ap yg harus sy lakukn tntng prasaan sya yg sring tkot trhdp dosa yg tlh sy lakukn?sya tkot skiranya taubat sy tdk dterima Allah...

      Padam
    3. Bersyukurlah kerana perasaan takut setelah buat dosa itu tanda hati anda masih dekat dengan Allah.Sesunggunya anda lebih baik dari mereka yang x rase ape2 lps buat dosa.Dan yakinlah,Allah itu maha pengampun...jika niat anda ikhlas,insyaAllah taubat anda diterima.Ana mendoakan yang terbaik untuk anda...

      Padam
  34. terima kasih...mohon copy..

    BalasPadam
  35. bagaimana kalau kita hack fb orang lain,pastu kita tulis benda-benda yang keji padahal dia tak buat,boleh dosa diampun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap kesalahan pasti diampunkan melainkan syirik dan murtad...dan dalam kes ini,satu lagi perkara yang anda perlu buat,iaitu minta maaf kepada org yang anda 'hack'...kerana ini berkaitan dengan hubungan sesama manusia...

      Padam
  36. trima kasih atas info nya....

    BalasPadam
  37. SALAM SYED...SY ADA SATU SOKLAN SBLM NI SY BYK WAT DOSA...DGN BEKAS2 KEKASIH SY DULU TP TIDAK SAMPAI MELAKUKAN ZINA...CUME HNYE HMPIR2 MELAKUKAN ZINA.BEKAS KEKASIH SY TGGLKN SY SBB DIA TIDAK MAHU PKRE NI BERULANG DAN DIA KATA DIA TIDAK MAMPU NK BERKHWIN DGN SY STELAH INSAF DAN STIAP SLPAS SOLAT ISYAK SY LAKUKAN SOLT SUNAT TAUBAT ADKAH TAUBAT SY DITERIMA..SY TAKOT...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yakinlah Allah itu maha pengampun...jika niat betul2 ikhlas untuk berubah,insyaAllah taubat itu diterima.Baguslah jika bekas kekasih anda tidak mahu perkara itu berulang,semoga anda berdua diredhai Allah tidak kira bersama siapa jodoh yang telah ditetapkannya...

      Padam
  38. salam syed...saya ada satu soalan tp bukan berkaitan dengan solat sunat taubat...tp sy nkkn pendapat...dulu saya jahil terlalu ikutkan nafsu...sampaikan sy hmpir2 terlanjur...tp sy dan bekas2 kekasih sy dulu tidak pernah melakukan hubungan seks cume ''ringan2'' saja...tp sekarang sy dah insaf byk kali sy lakukan solat sunat taubat selps solat sy mohon keampunan dr yg maha esa..tp bila sy terfikirkan satu hari nnt sy akn berkahwin perlu ke sy beritahu pd bakal suami sy tentang masa lampau sy?kalo sy rahsiakn adakah sy kn berdosa?sy serba salah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.Perkara ini perlu tengok kepada situasi yang anda hadapi.Maksud situasi di sini adalah bagaimana perwatakan bakal suami saudari itu...

      Jika dia jenis yang boleh menerima keadaan sedemikian,sebaiknya saudari bgtau dekat die.Namun sebaliknya jika saudari rasakan,kalau diberitahu perkara ini,boleh meretakkan hubungan,sebaiknya x perlu bagtau,kerana ia bukanlah menipu selagi dia tidak bertanya.Dan membuka kembali kisah silam yang buruk tidak digalakkan setelah seseorang itu bertaubat dari kesalahannya.

      Secara kesimpulan,saya nasihatkan kalau saudari ingin memberitahu perkara ini,sebaiknya maklumkan kepadanya sebelum berkahwin,ditakuti bakal suami nnt ade rasa tertipu dan terkilan...

      Wallahua'lam...

      Padam
    2. terima kasih dengan jawapan itu...tp saya ada satu lg soklan..jika saya beritahu pd bakal suami sy tu..semasa dlm proses pknln atau pertunangan tp tiba2 jodoh kami xpnjng dan putus...adakah itu mengaibkan sy?dan pkre tu dia cerita pula pada rakan2 nya...bukankah islam tidak menggalakkan mengaibkan diri sendiri?apa pendapat syed?

      Padam
    3. Sebab tu ana katakan terpulang kepada personaliti bakal pasangan anda.Ketahuilah,jika pasangan anda itu orang yang benar2 faham agama,maka dia bertanggungjawab utk tidak menyebarkan aib bakal pasangannya yang dia tahu sepanjang proses perkenalan...Dan nasihat ana sendiri,carilah pasangan yang menjaga agamanya,kelak bahagia kehidupan rumah tangga anda berdua insyaAllah...

      Padam
  39. salam...
    pas baca doa nabi yunus 40x dalam sujud then minta maaf dlm keadaan sujud juga kew........??
    then xpaya baca tahiyat akhir kew???
    pas bg salam,kita trs buat istighfar byk kli....
    then trs minat maaf(luahan aty sndiri)...xikot bacaan doa pengulu istighfar blh kew???

    hope any one can help me..thankz..
    wslm

    BalasPadam
  40. Ya Allah..AMPUNKANLAH DOSA-DOSA HAMBAMU INI..AKU HANYALAH INSAN KERDIL..sesungguhnya TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH.

    BalasPadam
  41. Saya nk tanya 2 soalan, solat sunat taubat sama ke dgn solat taubat nasuha dan ade cara lain x sekiranya ibu yg sarat hamil xlarat nk buat sujud doa nabi yunus?

    BalasPadam
  42. assalamualaikum..saya ingin minta pendapat syed..
    kawan saya seorang perempuan, berumur 23 tahun. kehidupannya sangat sosial. dia tidak memakai tudung sehingga lah sekarang dan dia sering melakukan seks bersama teman lelakinya, dan di sebab kan kawan perempuan saya ni baru berkerja, tman lelakinya sering menghantar dan menjemput kawan perempuan saya setelah habis waktu berkerja. sekarang dia ingin bertaubat dari dosa zinanya.
    apabila seseorg itu telah melakukan solat taubat nasuha dan bersungguh2 ingat allah mengampuninya di sebabkan zina yang telah dilakukan. pada hari berikutnya, kawan perempuan saya berjumpa seperti biasa dengan teman lelaki nya tanpa melakukan hubungan seks..
    boleh ke buat begitu setelah melakukan solat taubat nasuha? dan sah atau pun tidak solat taubat nasuhanya?? boleh tak syed tolong beri nasihat/pendapat apa patut kawan perempuan saya lakukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waa'laikummussalam W.B.T.

      Alhamdulillah,kawan anda telah terbuka hati untuk bertaubat kepada Allah.Itu satu hidayah yang cukup besar.Namun,harus diingat,antara syarat2 untuk taubat itu diterima ialah:-

      1.Menyesali akan perbuatan yang telah dilakukan
      2.Berazam untuk tidak mengulanginya

      maka,sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada terjerumus ke dalam dosa yang sama harus dielakkan.Dalam kes ini,memang kawan anda itu tiada alternatif lainkah untuk ke tempat kerja?kalau ade gunakanlah,walau perlukan sedikit kesuasahan seperti menaiki lrt,bas,dll...kerana bersungguh-sungguh dalam usaha mengelakkan maksiat itu sendiri insyaAllah besar ganjaran pahalanya.Nasihatlah dia secara beransur2,jangan terlalu drastik...dan tunjukkan akhlak yang baik kepadanya...insyaAllah,semoga dapat membantu...

      Padam
  43. assalamualaikum syed.. sya nk tnya satu soalan. seandainya sseorang mncuri brg tersebut. ttp dia berasa bersalah.. bgaimana nk pulangkn kmbali walhal dia berasa takut untuk menghadapi hukumannya.. walaubagaimana pun, dia suah bertaubat & tidak emngulanginya.. ttp dia msh blom memulangkn kmbali barang yg dicurinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waa'laikummussalam W.B.T.

      Saranan ana supaya dia pulangkan semula barang tersebut berserta surat yang menyatakan kekesalannya.Kerana kita perlu ingat,taubat itu untuk menyucikan kembali hubungan kita dengan Allah,namun hubungan sesama manusia juga perlu dijernihkan.Tapi ini semua bergantung juga kepada keadaan dan barang apa yang dicuri itu...diharap dapat membantu...

      Wallahua'lam

      Padam
  44. Assalamualaikum... Sye nak tanya satu soalan
    Adakah Allah menerima taubat seseorang yang telah meninggalkan solat selama bertahun - tahun ?

    BalasPadam
  45. Waa'laikummussalam W.B.T
    Hanya dosa mereka yang murtad dan mensyirikkan Allah shj yg tidak diterima taubat mereka.InsyaAllah,jika niat anda ikhlas dan bersungguh-sungguh utk memperbaiki diri...Allah itu Maha pemurah & Maha pengampun...

    BalasPadam
  46. salam...
    pas baca doa nabi yunus 40x dalam sujud then minta maaf dlm keadaan sujud juga kew........??
    then xpaya baca tahiyat akhir kew???
    pas bg salam,kita trs buat istighfar byk kli....
    then trs minat maaf(luahan aty sndiri)...xikot bacaan doa pengulu istighfar blh kew???

    hope any one can help me..thankz..
    wslm

    BalasPadam
  47. assalamualaikum. apa maksud 'Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.' kalau solat taubat selepas solat maghrib adakah tidak sah?

    BalasPadam
  48. salam syed..apa beza nya solat taubat dengan solat taubat nasuha? maksud solat dengan bersunggah tuh adakah kita perlu solat taubat @ taubat nasuha ni berulang ulang kali..atau pon sekali pon da ckp? sepatut nya macam mane?

    BalasPadam
  49. salam.
    saya xdapat baca ayat2 sbb xkeluar pada paparan laptop saya :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam...
      insyaAllah nnt ana betulkan...baru perasaan jugak...jazakallah...:-)

      Padam
  50. Salam ustaz,
    Bekas kksh sy prnh mngajak sy mlkukn prkara yg tdk baik,sy sgt sygkn dia,dsbbkn syg sy hmpir2 mlkukn nya.tp dlm masa yg sama sy tkut dgn hukuman Allah SWT.Alhamdulillah sy msh dpt mnjga kesucian diri.Sy telahpun mlakukn solat taubat,boleh ke sy memohon dn berdoa pd Allah spya bks kksh sy insaf dn kembali kjln yg bnr?ini krn sy tahu dia seorang insan yg baik,tp hanyut krn nafsu.Sy bnr2 ingin dia kmbali dn insaf:-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam...
      Maaf,ana bukan ustaz,hanya seorang penulis yang ingin berkongsi.jadi tapislah info2 yg diberi,takut2 ade yg tersalah...nau'zubillah...

      Alhamdulillah,keyakinan anda yang teguh kepada Allah menjadi perisai yg cukup kuat...:-)

      Ketahuilah sebaik-baik doa' adalah doa' seorang hamba Allah kepada org lain tanpa pengetahuannya.

      Seperti yg anda katakan,dia seorang insan yg baik,ana pasti anda lebih mengenali dirinya.Nasihatkanlah dia untuk bergaul bersama sahabat2 yg baik,kerana itu adalah cara terbaik untuk membentuk akhlak seseorang...

      Padam
    2. Assalamualikum...
      sye nk tanye
      boleh ke kite nk buat solat taubat balik bile kite dah buat kesalahan yg sama?

      Padam
  51. klau kite x baca doa penghulu istighfar tu sah ke solat taubat kite?

    BalasPadam
    Balasan
    1. syarat sah solat sunat taubat ni same je dgn solat laen2,cume tujuan stiap solat sunat ni spesifik...jd,sah je...

      Doa penghulu istighfar ni digalakkan sebab tengok dekat maksud die,hanya org yang betul2 insaf dapat mendalami maksudnye...

      Padam
  52. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  53. salam, jika seseorang itu pernah mencuri. dan ketika itu dia masih tidak tahu membezakan yg baik dan buruk (masih kecil),bagaimana dia harus memulangkan semula barang tersebut?sdgkan barang tersebut sudah lagi tiada. mohon pendapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam...
      Kirenye maksud saudari sebelum mumayiz kan?...Hmmm...
      Sebaiknya anda cuma perlu berterus terang dgn org yang anda curi barang tu...sebab ana pasti org tu akan faham lagi2 perkara berlaku sblm anda mumayiz...
      (Barang dah x de,x kan nak pulang balik kan???...hehe...:-))

      Padam
  54. salam..sya bertanya tidak lama lgi sya akan kawin..tpi bkal isteri sya ada kecacatan tpi kecacatan tidak kentara 2 jari nya pendek dri sejak lahir lagi..sya risau sekiranya org lain akan memandang serong kpd bkal isteri sya nanti apa nasihat ana..tpi emak n ayah sya thu hal sebenar mereka x kisah tpi sya risau pandangan masyarakat n rakan2 sya..please bantu saya untuk hadapi masalah ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam...

      terlebih dahulu,mabruuk wa barakallahulakuma saya ucapkan buat saudara...InsyaAllah terbina satu lagi medan mendidik bakal2 penegak Islam dari keluarga yang diredhai Allah

      Tentang pandangan masyarakat,x ada satu perkara pun yang kita buat di dunia ni yang dapat memuaskan hati semua pihak.Buat bende baik pun org kritik,apatah lagi bende x baik.Hanya saudara sendiri yang lebih arif apa yang terbaik buat diri anda dan bakal keluarga anda...

      Yang paling penting,restu dari keluarga kedua-dua pihak dan kesediaan hati bakal pengantin...:-)

      Padam
  55. a.kum.. sy nk thu klu org dh kawin buat mksiat juga tpi ingn btaubat adakh allah trima taubat mereka .

    BalasPadam
  56. a.kum.. syed sy nk thu jika suami org dn istri org mlakukn mksiat juga adakh allah akan trima taubat mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak ada taubat yang tidak diterima melainkan syirik dan murtad...ikhlaskan niat,Sungguh Allah itu maha pengampun...

      Padam
  57. Balasan
    1. Wa'alaikummussalam W.B.T

      khair saja,silakan...semoga bermanfaat...ilmu ini tanggungjawab bersama...:_)

      Padam
  58. as slm syed saya tertarik dgn apa yg dipaparkn dan saya ingin mohon tnjuk ajar. saya berumur 31 tahun dan saya adalah isteri ke2. saya dalam keadaan jiwa kacau ats dosa2 saya seperti minum,zina, x solat dan yg paling sedih saya kahwin tanpa restu keluarga. usia pernikaha saya dh hampir 6 tahun tpi suami enggan utk jumpe ibu saya. dan ibu saya tiap x saya suarakn maaf dan ingin berubah tiap x itu saya terima sindiran sinis. adakah ini balasan utk saya ats dosa saya. saya ingin bertaubat dan perasaan ingin bertaubat makin tebal bila saya melahirkn ank. tolong saya syed mohon tunjuk ajar... wslm...

    BalasPadam
  59. slm syed... saya ada keraguan. hubungan saya dgn ibu tidak berapa elok dari saya kecil lg. ibu sering rendahkn dan bandingkn saya dgn yg lain. even till now coz saya ni x cantik dan x kaya mcm yg lain. ibu sering buat saya rasa terpinggir dan kadang2 timbul rasa benci. esk hari raya aidilfitri dan saya paling takut dgn hari raya. bg saya saya hari raya ler hati saya sakit. boleh x syed tolong saya. mcmana saya nk elakkan rasa benci saya

    BalasPadam
  60. Salam sy ingin taubat ATS segala dosa lampau mabuk,gugur,zina n sy isteri yg nusyuz..tp a pa setelh sy bertaubat pe Allah wajib ke sy memberi Thu suami..sy sedar trlalu ikt hawa nafsu n perasaan skt ht..sy sygkn umh tangga sy..sy jugak xlyk digelar Islam bntulah sy..sy bnr myesal

    BalasPadam
  61. assalamualaikum...saya ingin skali bljr solat taubat dan bertaubat diatas segala yg telah sy lakukan..terlalu byk dosa yg telah sy lakukan samaada kecil atau bsr atau mgkn tanpa sy sedari..sy xpandai mngaji utk bersihkan kembali hati. sy takut utk mghadapi mati krna xbyk bekalan yg ada. sy slalu murum, ssh hati, dan pencilkan diri krna masa lalu. kdg sy buntu dgn sgala maslh yg menimpa sy.sy xtau nk mngadu pd siapa bkn smua blh trm krna pada mrka sy lurus dan baik.smua xtau masa lalu sy..sy pendam dan tertekan...sy rase kotor sy rase sy org pling jht...adakah sy masih akan ditrm atas sgala kslhan yg sy lakukan..krna dinodai dgn paksaan..sy rase hina sgt...malu pada diri dan Allah...sy mrh pda diri sndiri dan slalu merendah diri...myebabkan sy mnjadi pendiam dan mnangis dimlm hari..hampir setiap hari sy memikirkan...emosi sy terggu..sy xtau nk buat apa....bantu lah sy dgn memberi nasihat pda sy...agar sy berkyakinan dan kembali tersenyum bahgia dgn jln yg benar ke jalan Allah...

    BalasPadam
  62. ustaz saya nak bertaubat tapi susah nak mehentikan dosa yg saya lakukan ada cara yg bagus x untuk saya menhentikn dosa yg saya lakukan saya x mahu menyakit kan hati kedua orng tua saya
    bantu saya ustaz

    BalasPadam
  63. ASS. sya ingin bertanya. apabila orang sudah terkena penyakit yang ternyata diduga tidak bisa disembuhkan, penyakit itu juga karena ke zaliman, contohnya seperti penyakit AIDS. apakah dengan meminta taubat pada ALLah segala penyakit yang ada pada diri kita akan di angkat dengan ALLAH.
    WSS

    BalasPadam
  64. Assalamualaikum..terima kaseh atz post nie.saya ada soalan yang ingin di tanya.tetapi sya x reti mnggunakan E-mail ==''
    lebih snang klew urusan d fon..ni 6be saya 014-2435714(mxis)
    013-5217678(celcom)...

    BalasPadam
  65. Assalamualaikum.. sy pnh terlanjur dgn bkas kkasih sy..skg sy sgt2 mnyesal ats ksilapan sy..sy bsyukur krn post ni dpt mmbntu sy utk btaubat..tp sy ingin btanya,bdosakah sy klu sy betazam tdak mhu kahwin selamanya krn sy rse sy ta lyk mnjd isteri dlm keadaan tidak suci lg..hrp saudara dpt mmbntu. .

    BalasPadam
  66. terima kasih ats info yg benar diperlukan oleh knyakan manusia tetapi dek malu utk bertnya mereka selalu ketepikn niat yg baik utk solat taubat kerana susa utk mndpatkan cara-cara nya. terima kasih jga kerana mnjadikan ruangan ini sbg ilmu bg kami yg jahil dlm mndekati-Nya.. alhamdulillah.. insya allah ianya dikira sbg amaln tak terputus bg anta. wassalam

    BalasPadam
  67. assalamualaikum...ana seorang yg bnyak melakukan dosa kpd Allah mahupun manusia...ana ingin benar2 bertaubat...jadi ana hrus memnta maaf pda org yanf mnjdi mgsa...perlukah ana mmberithunya apakah ksalahan ana kpd nya...berdasarkan kjian ana ada sesetgah phak mnyatakan perlu...dan ad yg tidak...jadi ap pndapat saudara?

    BalasPadam
  68. asalamualaikum!
    saya ingin menanyakan beberapa soalan..;
    contohnye de org nie...dia melakukan solat taubat dengan cara tidak ikhlas ......tpi dia lakukn juga solat taubat itu....adakah solat yg dilakukan tu diterima..???

    BalasPadam
  69. asalamualaikum..!
    saya ingin tahu ...saya ingin lakukan solat taubat...sye telah menzalimi ALLAH,diri saya sendiri......adakh dosa sye tu diampunkn ALLAH...??sye tau ALLAH akan mengampukn dosa manusia pada ALLAH...SAHAJA....tetapi sye juga telah melakukan dosa pde manusia...akn tetapi org yg sye ingin memohon maaf tu....tidak dijumpai.....adakah sye berdosa...?/

    BalasPadam
  70. askum..sy byk berbuat dose kpd Allah dan juge manusia..sy ingin bertaubat..msalahnye dterimakah taubat sy itu jike sy bertaubat sebelum sy memohon maaf pd manusia itu..kdg2 kite terlupe sape yg kite telah aniayai atau tk mampu lg nk selesaikn apa yg kite ambik drpd dia..bleh tlg jelaskn..trime kasih..

    BalasPadam
  71. kalau seorang istri atau suami melakukan zina dg lelaki atau wanita lain ,apa dg taubat nasuha saja Allah dah mengampuni dosa zina nya kah?saya pernah dengar tentang hukum razam bagi suami atau istri yang berzina.mohon dijelaskan ustadz.dan tanda2 taubat kita sudah diterima Allah swt apa ya ustadz terimaksih

    BalasPadam
  72. asalamualaikum...!sya de 1 soalan..:sye ada membuat kesalahan...sye terlanggar seorang makcik lalu saya ketawa...sye x tidak sempat utk meminta maaf kepada dia...tetapi saya igin membuat solat taubat nasuha...rse2 nye adakah dosa sye diampun kn...???adakah sye perlu mencar makcik tu...sedag kn sye tidak kenal mahupun tempat tinggalnye pon sye tidak tau..!
    terima kasi...sye harap saudara boleh membalas nye..!

    BalasPadam
  73. di dalam ramadan ini mari lah sama2 kita perbanyak kan smbahyan taubat n amalan2 lain insyaallah

    BalasPadam
  74. Assalamualaikum...saudara sAya berumur 21 tahun...saye nak tanye saya ragu2 takut murtad...saudara saya menangis setiap hari...saya jenis yg x banyak bergaul dengan orang...tetapi semasa 3-4 tahun lepas saye pernah terfikir dalam hati benda2 yg x elonk tentang islam..tetapi saye tidak pernah melafaskannya...tetapi saye x ingat...tibe2 isu murtad dibangkitkan oleh adik saye...saye iTersedar...tolong lah saye saudara...saye meminta keampunan kepada Allah...tapi saye x pernah melafaskan hal 3-4 tahun tersebut..saya cuma terfikir..takut..tapi saye x pernah percaya agama lain..cuma saya kurang akidah...saye buntu...tolonglah saye..saya x tau saye murtad ke atau ape..saya sayangkan islam...tapi saye x tau nak lakukan ape...saye berharap sgt saudara balas

    BalasPadam
  75. Assalamualaikum,ha saye ni suke sangat tentang kesedaran ni,oh ye saye ader soalan ni, kite perlu membaca DOA NABI YUNUS ketika sujud yang terakhir, perlukah membacanyer dengan perlahan atau didalam hati ni?. HARAP DIBALAS DENGAN SEGERE.

    BalasPadam
  76. ASSALAMUALAIKUM, solat taubat dengan solat taubat nasuha adakah solat ini sama atau lain lain>

    BalasPadam
  77. assalammualaikum ustaz..lepas baca doa nabi yunus tu dlm keadaan sujud lepas sujud tu kena baca tahiyat akhir ke ?

    BalasPadam