01 September 2010
Yes!!!Aku berjaya dapat ijazah!!!
Assalamualaikum W.B.T.
InsyaAllah kali ni,ana nak berkongsi tentang satu kisah yang diceritakan dari seorang sahabat ana.Kesahihan cerita ini x dapat dipastikan,tapi mesej yang ingin ditimbulkan sangat2 penting.Tersebutlah sebuah kisah,ade seorang siswa yang telah berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang yang die belajar,dan die ni antara pelajar terbaik dekat universiti die.Sentiasa dapat *Dean List.Nak dijadikan cerita,die nak gembira sangat,mane tidaknye,belajar lama2 sampai 5-6 tahun di universiti akhirnya berjaya jugak genggam segulung ijazah.Die ajak sume kawan2 die berparti di pantai satu hari ni.Atas takdir Allah,ketika sedang berseronok mandi-manda...pelajar ni tadi lemas kat pantai tu.Belajar penat2,x sempat kerja lagi dah meniggal.Jadi semasa proses solat jenazah berakhir,imam yang mengimamkan solat tadi terdetik nak tanye kat parents die"Hmmm...agak2 belajar tinggi2 ni dapat x jawab soalan kubur nanti?"...Mak dan ayah pelajar tadi terdiam seribu bahasa~~~~
Nau'zubillah,semoga kita terpelihara dari perkara sedemikian.Apakah tujuan hidup kita?cube anda tanye diri anda masing2,renugkan sejenak.adakah kita hanya mengikut arus,belajar sekolah rendah,terus sambung sekolah menengah,ade rezeki masuk universiti,pastu keje dll.Mane kita nak letak tanggungjawab kita terhadap agama kita?
Jangan sekali-kali kita jadikan dunia sebagai tujuan utama kita.Berpandukan dunia hanya melalaikan kita,berpandulah atas al-Quran dan Sunnah,insyaAllah kita akan jumpe tujuan hidup kita.
Ayyuhal ikhwah wa akhwat!!!...kita selarikan Islam dengan kehidupan seharian kita.Paling mudah sekali bagi pelajar,banyak subjek yang kita belajar ni sangat berkait rapat dengan kekuasaan Allah.Sebagai contoh,kalau belajar geografi kat sekolah menengah cube kita fikirkan macamana Allah ciptakan permukaan bumi ni yang beraneka jenis di setiap tempat yang berbeza.Kalau belajar dekat universiti,ade yang ambik subjek anatomy,masyaAllah sangat rugi siapa yang belajar anatomy tapi masih x sedar akan kekuasaan Allah.Setiap sistem dalam badan kita,setiap posisi tulang dalam badan kita ni ade signifikannya.Cukup indah kalau kita sentiasa hidup seiring dengan perintah Allah...
Dean list=Mendapat pointer 3.5 dan ke atas
Anatomy=Pelajaran mengenai setiap inci tubuh manusia
Akhirulkalam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
insyaallah..hidup matiku hanya kepada ALLAH A.W..
BalasPadam