Assalamualaikum W.B.T
Diri ini hanyalah hamba yang hina,
Bukan seorang pejuang yang berperang di medan perang fizikal,
Bukan juga rijal yang sempurna muwassafat tarbiyahnya,
Wajahmu sentiasa bercahaya,
Peribadimu disenangi masyarakat,
Akhlakmu sudah cukup untuk mentarbiyah masyarakat.
Namun diri ini berkehendakkan dirimu,
Sudikah engkau hadir dalam mimpi ku?
Menjengah sekejap sudah cukup menggembirakan hati ini,
Namun layakkah diri ini menyahut cintamu???
"Alangkah teringinnya di hatiku andai berpeluang untuk bertemu dengan saudara-saudaraku"ujar Rasulullah S.A.W
"Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?"para sahabat melontarkan soalan
"Kalian adalah sahabatku.Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan,mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!"jawab Rasulullah S.A.W
Hamba Allah yang hina ini ingin sekali menjadi salah seorang yang berjaya membalas cinta-mu,cinta yang sama sekali tidak bertepuk sebelah tangan.
Diri ini berharap agar dikurniakan kekuatan dan keikhlasan hati untuk mencintai Rasulullah S.A.W.,juga tidak lupa untuk mendoakan pembaca sekalian mendapat kekuatan untuk berusaha ke arah menggapai cinta Rasulullah S.A.W selepas cinta yang lebih agung iaitu cintakan Allah!!!
"Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan seklaian manusia"(Riwayat al-Bukhari,Muslim,an-Nasa'ie dan Ibn Majah)
Akhirul kalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan