08 Jun 2011
Macam mana nak matang?
Assalamua'laikum W.B.T
Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah atas kurniaan masa yang lapang untuk ana menulis di sini...alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...Kali ini suka untuk ana kongsikan sedikit pendapat ana tentang 'matang'...satu ciri2 yang sering dititikberatkan dalam penilaian kita terhadap seseorang.Baik seorang ibu bapa kepada anak-anaknya,majikan kepada pekerjanya,remaja2 kepada bakal suami/isterinya,malah pandangan dari rakan2 kita sendiri.
Seringkali,bila kita nak bercakap pasal kematangan ni...kisah yang selalu dibawa adalah kejayaan panglima2 tentera Islam terdahulu seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya menakluk constantinople dan Tariq bin Ziyad yang berjaya menakluk Andalusia(Sepanyol) dan banyak lagi contoh2 lain.Apa persamaan mereka ini,umur mereka ketika itu hanyalah 20-an.Bagaimana dalam usia sebegitu muda kejayaan mereka sudah sebesar itu,tatkala belia Malaysia sekarang baru nak masuk universiti,duit pun mak bapak tanggung,ilmu agama baru 1/100 dari tinggalan air yang melekat di mancis(yang telah dicelup ke dalam laut)
Anda rasa pada ketika itu,adakah mereka dianggap muda pada usia 20-an?Pendapat ana,tidak sama sekali,kerana mereka telah mencapai kematangan terlebih dahulu,lebih awal dari sangkaan kita.Mungkin umur 20 mereka seperti 40 kita.Kenapa mereka ni matang awal sangat???
TANGGUNGJAWAB
Itulah jawapan yang dapat ana berikan,bukan usia yang mematangkan kita,tapi tanggungjawab yang mematangkan usia...Tak kiralah berapa usia seseorang itu,tapi jika tanggungjawab yang dipikul oleh seorang yang berusia 15 tahun lebih besar dari seorang pekerja syarikat korporat berusia 26 tahun,maka yang 15 tahun tu pasti lebih matang...
Berbalik kepada keadaan belia kita sekarang,Betul atau tidak anak bongsu ni selalunya x matang?kerana itu yang selalu digembar-gemburkan oleh masyarakat.Hakikatnya,bukan status'anak bongsu' itu yang menjadikan seseorang itu x matang,tapi layanan kepada anak bongsu itu yang menjadikan mereka x matang.Contoh,ibu bapa seringkali terdorong untuk megikut kehendak anak bongsu,jarang memberi tanggungjawab kepada mereka dan mereka ini banyak bergantung kepada abang dan kakak mereka...keadaan inilah yang menjadikan mereka MANJA.
Jadi x hairanlah kalau ada keluarga yang semua anaknya manja,pasti mereka itu terlalu bergantung kepada ibu bapa mereka.Kurang tanggungjawab diberikan kepada mereka.Kadang-kadang dapat kita lihat sedikit perbezaan mereka yang pernah tinggal di asrama dan mereka yang x pernah tinggalkan rumah mereka.Bukan semestinya yang di asrama itu lebih matang,tapi ada trend yang dapat dilihat...
Maka tidak hairan juga mengapa masyarakat dahulu ramai yang berkahwin awal,malah belasan tahun.Ini kerana perkahwinan adalah salah satuTANGGUNGJAWAB yang sangat besar,dan KEMATANGAN bukan syarat untuk berkahwin,keran perkahwinan itu yang akan memupuk kematangan.
Maka tidak hairan juga bagaimana ulama'-ulama' terdahulu ada yang dibenarkan mengeluarkan fatwa seawal umur belasa tahun seperti Imam Syafie',kerana beliau telah menceburkan diri dalam bidang tersebut lebih awal lagi.Maka tidak ade alasan untuk kita berkata"aku ni x matang lagi la bab2 nak berdakwah ni..."Kalau x mula dari sekarang,maka bila lagi....proses dalam kita berdakwah itu yang akan MEMATANGKAN kita,kerana berdakwah adalah satu TANGGUNGJAWAB yang besar...
Maka setakat itulah yang dapat ana kongsikan,semua ini hanya pendapat peribadi ana...carilah tanggungjawab untuk mematangkan diri kita.Benar,tanggungjawab itu satu perkara yang sangat sukar,akan ditanya bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab itu di akhirat kelak...namun kita adalah manusia yang dijadikan Allah di muka bumi ini untuk memerintah dunia dan diberikan nikmat akal fikiran.Gunakanlah nikmat di jalan yang betul...
Akhirulkalam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
benar..=)
BalasPadamjanganlah kita melihat yang besar itu yg lebih mulia..tapi melihat yg mulia itu yg lebih besar...
usia hanya faktor kecil persediaan untuk matang...
pencarian untuk matang itu yang utama~
setuju3x...insyaAllah kita berusaha ke arah kebaikan...kematangan dalam beribadah kepada Allah...
BalasPadamtanggungjawab sememangnya mematangkan diri. dan ujian hidup. org2 hebat adlh mereka yg berjaya melalui lifetime-challenges.
BalasPadam(challenge ur self!)
yup,btul tu syed dakwah itu tnggngjwb,7:164, jzk ats perkgsian
BalasPadam