29 Mei 2011

'Pemikiran objektif' VS 'Pemikiran subjektif'


Assalamua'laikum W.B.T

Alhamdulillah,nikmat Islam dan Iman masih dikurniakan oleh Allah.Sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..Rugilah bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad,dan merekalah itulah orang2 yang sombong.Kali ini ana ingin berkongsi pendapat ana tentang kehidupan kita.Setiap orang mempunyai perspektif yang berlainan tentang 'kehidupan'

Subjektif.Ana definisikan subjektif sebagai perkara yang x tetap dan sesuatu yang x pasti.Maka perspektif tentang kehidupan ini pun dah dikira sebagai subjektif,sebab setiap orang ada pandangan masing2.

Objektif:Ana definisikan objektif sebagai sesuatu yang tetap dan mempunyai outcome yang pasti.Yang pasti,kehidupan bukan objektif

Contohnya dalam exam,untuk soalan objektif kita hanya mempunyai 4 atau 5 jawapan.salah satu jawapan itu betul.Tapi kadang2 kita rase ade 2 atau 3 soalan yang betul.Tapi dah sebab wajib jawab satu je,kita terpaksa memilih.Lain pula dengan soalan subjektif,jawab la macam mana pun,asal kefahaman tu betul,dah dapat markah sikit.Ada keyword je pun dah dapat markah.

Begitu juga kehidupan.Apa yang terjadi dalam kehidupan ni bukan objektif.Contoh,si ibu berkata kat anak die..."kalau kau x masuk univervisiti,macam mana kau nak hidup?nak sara anak bini lau nanti?".Ini adalah salah satu pandangan yang berlandaskan objektif.Pada pandangan si ibu ni,asal masuk universiti je konfem berjaya dalam hidup.Habis,x kan orang lain yang x masuk universiti tu x kan berjaya.Walhal ramai dalam kalangan orang yang berjaya sekarang x penah masuk universiti pun,tapi diorang rajin menimba ilmu+pengalaman yang mengajar mereka.

Maka,kerana itulah ana katakan kehidupan ini subjektif.Apa2 pun boleh terjadi.Allah itu sebaik-baik perancang.Kita hanya mampu merancang,keputusannya di tangan Allah.Kalau apa yang kita usahakan itu baik dan berlandaskan syariah,insyaAllah keputusannya baik dalam apa bentuk sekalipun.Kalau bukan sekarang balasannya,di akhirat nanti PASTI.Namun kalau apa yang kita usahakan itu tidak baik,balasan yang buruk juga menanti,kalau bukan sekarang di akhirat nanti PASTI.

Banyak lagi contoh yang ana boleh bagi,tapi ana yakin anda semua dah boleh terfikir sendiri antara contoh2 tu.Kebanyakan masyarakat kita sekarang terperangkap dengan 'pemikiran objektif''.Tugas kita yang sudah mengetahui untuk transformasikan masyarkat kita sedaya upaya dalam medium apa sekalipun,supaya 'pemikiran seubjektif' dapat diterapkan insyaAllah.

Segala salah silap harap ditegur...

Akhirulkalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan