31 Januari 2012

Amanat tuan guru al-Musnid Dato’ Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki

Assalamua'laikum W.B.T


     Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.Tiada apa yang dapat diungkapkan setelah Allah memberi kesempatan sekali lagi untuk ana berkongsi di sini.Baru2 ini,Syeikh Fuad al-maliki telah berkenan untuk menjalankan program talaqi intensif kitab Aqidah Islam karangan Sheikh al-Islam al-Habib Abdullah Ibn Alawi al-haddad.Kitab ini telah dihuraikan sendiri oleh Sheikh Fuad.Alhamdulillah,kitab ini berjaya dikhatamkan dalam masa sehari.Kemudiannya sebelum program tamat,tuan sheikh telah menyampaikan amanat beliau kepada semua peserta yang hadir di program tersebut.


      Pertama sekali,tuan guru menekankan tentang hakikat iman.Iman itu diibaratkan seperti makanan,kadangkala makanan yang sama boleh terasa lazat dan boleh pula terasa pahit.Ianya terasa lazat pabila kita sihat dan pahit bila kita sakit misalnya demam.Begitu juga dengan iman,bila hati kita bersih maka iman itu terasa lazat.Bila hati kita sakit,maka iman itu terasa pahit.Bagaimana untuk membersihkan hati kita supaya sihat?ikutilah nasihat Imam Ghazali iaitu perbanyakkan berzikir untuk menhilangkan kekotoran di hati.


    Kemudian tuan guru banyak menyentuh perihal golongan yang sering bertentangan dengan akidah ahli sunnah waljamaah(ASWJ).Seringkali kita diajak berdebat dengan mereka tentang amalan2 yang bertentangan dengan pendapat mereka sehinggakan ada sebahagian mereka yang sanggup mengkafirkan golongan ASWJ.Maka tuan guru berpesan kepada para peserta agar membiarkan saja mereka dengan hal mereka.Soal perdebatan dengan mereka telah dibereskan oleh golongan ulama' ASWJ.Maka dengan itu,tuan guru berpesan sedemikian:-


1.Sibukkan dirimu dengan dirimu sendiri dan ahli ASWJ

2.Jangan cepat melatah dan jangan cepat cepat menghukum orang lain.


      Tuan guru kemudiannya menerangkan tentang isu amalan tahlil yang dikatakan bida'ah.Benar,memang ada imam Syafi'e berkata bahawa pahala amalan tahlil itu tidak sampai.Namun apa yang tidak diketahui umum,penjelasan yang diberikan imam syafie' mengenai kenyataan tersebut.Tuan guru memberi perumpaan,jika kita menulis sepucuk surat dan measukkannya ke dalam smapul lalu terus menhantar surat tersebut.Maka surat tersebut jelas sekali x kan sampai kemana-mana sbb kita x meletakkan sebarang alamat di sampul surat tersebut.Maka jika kita akhiri setiap majlis tahlil dengan lafaz "sampaikanlah pahala tahlil ini kepada si fulan bin/binti si fulan...",insyaAllah pahala itu akan sampai kepada mereka.Kalau tidak,maka pahala bacaan itu masih dapat kepada mereka yang membacanya,masih tiada sebarang kerugian...


Seperkara lagi,tuan guru juga berbicara mengenai ciri2 pemuda yang dikasihi rasulullah.


1.Orang muda yang mempunyai ilmu dan ghairah terhadap Islam


     Sheikh menyatakan memang ramai anak muda yang mempunyai ilmu zaman sekarang ni,namun x ramai yang ghairah terhadap Islam.Apa yang dimaksudkan dengan ghairah adalah sanggup mempertahankan Islam tatkala menerima ancaman dari pihak luar mahupun dalam kalangan umat Islam sendiri.Sheikh juga menyelar para siswa/siswazah yang belajar ilmu agama hinggakan ada yang sampai ke luar negara namun x mampu untuk membangun umat di Malaysia.Mereka hanya menyimpan ilmu itu untuk kegunaan diri sendiri shj.X kisah ilmu apa yang kita belajar,bidang profesional atau agama secara khusus,yang penting keghairan terhadap Islam itu perlu ade.


2.Orang muda yang membesar dalam suasana beribadah kepada Allah


     Tuan guru menyifatkan orang muda ini gila.Apa saja yang kita buat kita pasti akan buat dengan bersungguh-sungguh.Maka tatkala seorang pemuda itu memilih untuk menyalurkan 'kegilaannya' terhadap Islam,itulah yang terbaik buat seseorang pemuda itu.


     InsyaAllah apa yang telah disampaikan ini merupakan sebahagian dari apa yang disampaikan oleh Sheikh Fuad al-Maliki.Semoga kita dapat mengambil manfaat dari kata-kata seorang ulama tersohor pada zaman ini.Ayuh kita berusaha sebaik mungkin untuk berjuang di landasan ASWJ demi memartabatkan Islam di muka bumi ini,insyaAllah


Akhirulkalam...

10 Januari 2012

Penting sangat ke dakwah ni???

Assalamua'laikum W.B.T


Alhamdulilllah,pada saat dan ketika ini,diri ini masih lagi diberikan kekuatan dan insyaAllah keikhlasan untuk berkongsi sedikit maklumat dengan pembaca2 yang sedang membaca ini.Semoga apa yang dikongsi disini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan yang paling penting diri ana sendiri.Justeru,perkara yang akan kita bincangkan ini adalah satu revolusi,dimana sebelum ini perkataan 'dakwah' itu sendiri dilihat kepada ancaman dalam masyarakat kita.Seolah-olah ia merupakan satu kesalahan yang besar,lagi besar dari segala hiburan2 yang melalaikan.Alhamdulillah,sekarang masyarakat kita sudah mula pandai menilai,mana yang baik,mana yang buruk.Maka pada ketika inilah pencerahan perlu diberikan,tentang maksud sebenar DAKWAH.Kita x ingin melihat seseorang itu cuba melakukan kebaikan,namun terpesong dek kerana asasnya yang salah.

KENAPA PERLU BERDAKWAH?


Memang naluri manusia itu diciptakan agar kita merasa bangga dan ingin berkongsi dengan orang lain atas kelebihan yang kita ada.Sebagai contoh,seorang yang pandai bermain piano merasa bangga akan pencapaian beliau,namun perasaan itu tak akan lengkap tanpa dia berkongsi dgn org laen,maka beliau mengambil keputusan membuka kelas piano agar beliau dapat memberikan kepuasan yang sama kepada mereka mahukan rasa yang cukup nikmat itu.Begitu juga halnya dengan Islam,banggakah kita dengan Islam?Kalau betul kita bangga dengan Islam,kenapa kita x nak berkongsi?Kenapa kita x nak orang laen rasa ketenangan yang kita rasakan?Terutama kita yang dilahirkan sebagai Muslim,masih ramai di luar sana yang masih x tahu apa itu Islam sebenarnya.Maka di situ terletak tanggungjawab ke atas kita,kalau benar kita bangga dengan Islam.

*Antara tanda kita benar2 bangga dengan Islam adalah,kita x malu untuk mempamerkan ciri2 Islam di tengah khalayak ramaiJ


BIARLAH ORANG LAEN TU,KUBUR MASING2...


Inilah persepsi yang sering bermain dalam minda masyarakat kita.Cukuplah kita sorang2 je yang tahu Islam tu,asalkan kita dah selamat.Yakinkah kita akan selamat?.Yang paling penting sekali,bolehkah orang2 begini,yang yakin agama mereka sudah cukup sempurna tanpa menasihati orang laen,tahan dengan segala perkara munkar yang berlaku di sekeliling kita.Yakinkah kita hanya mereka yang akan terima akibatnya?

Sebuah kapal yang mempunyai dek atas(atas paras laut) dan dek bawah(dalam paras laut) sedang berlayar di tengah lautan.Punca air untuk mandi,wuduk,membasuh baju hanya terdapat di dek atas,maka semua yang berada di dek bawah perlu ulang-alik untuk mendapatkan sumber air.Kecewa dengan keadaan itu,ada dalam kalangan mereka yang berada di dek bawah mencadangkan agar tebuk saja lubang dalam kapal tu,supaya mereka dapat sumber air terus dari laut.Maka apabila ditebuk lubang itu,karamlah keseluruhan kapal termasuk mereka yang berada di atas.

*Kisah ini berdasarkan salah satu hadis nabi,asif ana x jumpe mantan hadis ini.

Mereka yang berada di atas menjangkakan apa yang berlaku dibawah x de kene mengena dgn mereka.Sedangkan yang di bawah pula melakukan satu perkara tanpa memimirkan orang laen.Inilah perlambangan mereka yang tahu & x tahu.Mereka yang melakukan munkar x kan terpikir yang perbuatan mereka ini akan memberi kesan kepada orang laen.Tapi mereka yang tahu tentang Islam ini seharusnya memberi nasihat agar golongan yang melakukan munkar ini x memberi kesan buruk kepada mereka juga,sekaligus dapat mendidik mereka ke arah kebaikan.

Apa buktinya perkara munkar ini akan memberi kesan kepada kita?kesan yang akan diberikan bersifat menyeluruh,mungkin kita x akan terpengaruh dengan budaya itu,tapi jika dibiarkan berleluasa,bagaimana dgn nasib anak cucu kita?sanggupkah kita melihat pewaris kita dibuai dengan segala perkara munkar,dengan anggapan bahawa itulah kebenaran.Kerana itulah hakikatnya,jika amalan dakwah ini dibiar terkubur begitu saja,amalan2 jahiliyyah inilah yang akan dianggap sebagai panduan hidup mereka kelak.


TAPI....ILMU X CUKUP LAGI LA....


"Aku bukan apa,tapi ilmu aku ni bukan tinggi sangat pun...x layak lagi aku nak berdakwah ni...".Ini antara dialog yang sering kita dengar bila seseorang itu diajak berdakwah.Namun,hakikatnya,adakah ilmu yang tinggi itu satu kewajipan untuk seseorang itu berdakwah?.Jawapannya,sama sekali tidak.Apa buktinya?.Suatu ketika dahulu ketika Saidina Abu Bakr menerima seruan Nabi Muhammad S.A.W untuk masuk Islam,sehari selepas turunnya Islam kepada Nabi,Abu Bakr menerima dengan penuh rela hati dan yakin.Pada ketika itu apalah sangat ilmu Islam yang ada pada Abu Bakr.Namun berkat usaha beliau mengajak kepada kebaikan,7/10 orang yang dijamin syurga oleh Rasulullah diajak kepada Islam oleh Abu Bakr.Inilah bukti yang nyata.Tahap ketinggian ilmu seseorang itu bukan pengukur kebolehannya untuk berdakwah.Ini kerana dakwah ini bukan terikat dengan penyampaian ilmu sahaja,tetapi dalam banyak cara.


DAKWAH=QUDWAH


Qudwah bererti teladan manakala qudwah hasanah bermaksud teladan yang baik.Percaya atau tidak,tertariknya seseorang itu kepada Islam bukan hanya kepada penyampaian ceramah semata-mata,namun penyumbang utamanya adalah akhlak seseorang itu.Ini kerana akhlak seseorang yang mengamati Islam dengan betul sentiasa menunjukkan teladan yang baik,yang tidak bercanggah dengan fitrah manusia.Teladan sebegini akan menarik masyarakat untuk mengenal Islam sekaligus medekatkan masyarakat dengan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.


"....Allah pasti akan menolong orang yang menolong agama-Nya.Sungguh,Alah Mahakuat,Mahaperkasa"
                                                (Al-Haj,40)

Golongan apa yang dimaksudkan dengan orang yang menolong agama Allah?Inilah orang2 yang berdakwah menyebarkan agama Allah dengan apa jua sekalipun.Dakwah tidak mengenal usia,bangsa,warna kulit,gender,dan status kekayaan.Semoga artikel ringkas ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada kita semua tentang makna sebenar DAKWAH.Isi kandungan yang terdapat dalam artikel ini diambil dari "sesi Perkongsian Bersama Dr.Abdul Rahman".Beliau merupakan Radiologist dari Madinah dan salah seorang anggota Ikhwanul Muslimin di sana.

Akhirulkalam...