Alhamdulilllah,pada saat dan ketika ini,diri ini masih lagi diberikan kekuatan dan insyaAllah keikhlasan untuk berkongsi sedikit maklumat dengan pembaca2 yang sedang membaca ini.Semoga apa yang dikongsi disini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan yang paling penting diri ana sendiri.Justeru,perkara yang akan kita bincangkan ini adalah satu revolusi,dimana sebelum ini perkataan 'dakwah' itu sendiri dilihat kepada ancaman dalam masyarakat kita.Seolah-olah ia merupakan satu kesalahan yang besar,lagi besar dari segala hiburan2 yang melalaikan.Alhamdulillah,sekarang masyarakat kita sudah mula pandai menilai,mana yang baik,mana yang buruk.Maka pada ketika inilah pencerahan perlu diberikan,tentang maksud sebenar DAKWAH.Kita x ingin melihat seseorang itu cuba melakukan kebaikan,namun terpesong dek kerana asasnya yang salah.
KENAPA PERLU BERDAKWAH?
Memang naluri manusia itu diciptakan agar kita merasa bangga dan ingin berkongsi dengan orang lain atas kelebihan yang kita ada.Sebagai contoh,seorang yang pandai bermain piano merasa bangga akan pencapaian beliau,namun perasaan itu tak akan lengkap tanpa dia berkongsi dgn org laen,maka beliau mengambil keputusan membuka kelas piano agar beliau dapat memberikan kepuasan yang sama kepada mereka mahukan rasa yang cukup nikmat itu.Begitu juga halnya dengan Islam,banggakah kita dengan Islam?Kalau betul kita bangga dengan Islam,kenapa kita x nak berkongsi?Kenapa kita x nak orang laen rasa ketenangan yang kita rasakan?Terutama kita yang dilahirkan sebagai Muslim,masih ramai di luar sana yang masih x tahu apa itu Islam sebenarnya.Maka di situ terletak tanggungjawab ke atas kita,kalau benar kita bangga dengan Islam.
*Antara tanda kita benar2 bangga dengan Islam adalah,kita x malu untuk mempamerkan ciri2 Islam di tengah khalayak ramaiJ
BIARLAH ORANG LAEN TU,KUBUR MASING2...
Inilah persepsi yang sering bermain dalam minda masyarakat kita.Cukuplah kita sorang2 je yang tahu Islam tu,asalkan kita dah selamat.Yakinkah kita akan selamat?.Yang paling penting sekali,bolehkah orang2 begini,yang yakin agama mereka sudah cukup sempurna tanpa menasihati orang laen,tahan dengan segala perkara munkar yang berlaku di sekeliling kita.Yakinkah kita hanya mereka yang akan terima akibatnya?
Sebuah kapal yang mempunyai dek atas(atas paras laut) dan dek bawah(dalam paras laut) sedang berlayar di tengah lautan.Punca air untuk mandi,wuduk,membasuh baju hanya terdapat di dek atas,maka semua yang berada di dek bawah perlu ulang-alik untuk mendapatkan sumber air.Kecewa dengan keadaan itu,ada dalam kalangan mereka yang berada di dek bawah mencadangkan agar tebuk saja lubang dalam kapal tu,supaya mereka dapat sumber air terus dari laut.Maka apabila ditebuk lubang itu,karamlah keseluruhan kapal termasuk mereka yang berada di atas.
*Kisah ini berdasarkan salah satu hadis nabi,asif ana x jumpe mantan hadis ini.
Mereka yang berada di atas menjangkakan apa yang berlaku dibawah x de kene mengena dgn mereka.Sedangkan yang di bawah pula melakukan satu perkara tanpa memimirkan orang laen.Inilah perlambangan mereka yang tahu & x tahu.Mereka yang melakukan munkar x kan terpikir yang perbuatan mereka ini akan memberi kesan kepada orang laen.Tapi mereka yang tahu tentang Islam ini seharusnya memberi nasihat agar golongan yang melakukan munkar ini x memberi kesan buruk kepada mereka juga,sekaligus dapat mendidik mereka ke arah kebaikan.
Apa buktinya perkara munkar ini akan memberi kesan kepada kita?kesan yang akan diberikan bersifat menyeluruh,mungkin kita x akan terpengaruh dengan budaya itu,tapi jika dibiarkan berleluasa,bagaimana dgn nasib anak cucu kita?sanggupkah kita melihat pewaris kita dibuai dengan segala perkara munkar,dengan anggapan bahawa itulah kebenaran.Kerana itulah hakikatnya,jika amalan dakwah ini dibiar terkubur begitu saja,amalan2 jahiliyyah inilah yang akan dianggap sebagai panduan hidup mereka kelak.
TAPI....ILMU X CUKUP LAGI LA....
"Aku bukan apa,tapi ilmu aku ni bukan tinggi sangat pun...x layak lagi aku nak berdakwah ni...".Ini antara dialog yang sering kita dengar bila seseorang itu diajak berdakwah.Namun,hakikatnya,adakah ilmu yang tinggi itu satu kewajipan untuk seseorang itu berdakwah?.Jawapannya,sama sekali tidak.Apa buktinya?.Suatu ketika dahulu ketika Saidina Abu Bakr menerima seruan Nabi Muhammad S.A.W untuk masuk Islam,sehari selepas turunnya Islam kepada Nabi,Abu Bakr menerima dengan penuh rela hati dan yakin.Pada ketika itu apalah sangat ilmu Islam yang ada pada Abu Bakr.Namun berkat usaha beliau mengajak kepada kebaikan,7/10 orang yang dijamin syurga oleh Rasulullah diajak kepada Islam oleh Abu Bakr.Inilah bukti yang nyata.Tahap ketinggian ilmu seseorang itu bukan pengukur kebolehannya untuk berdakwah.Ini kerana dakwah ini bukan terikat dengan penyampaian ilmu sahaja,tetapi dalam banyak cara.
DAKWAH=QUDWAH
Qudwah bererti teladan manakala qudwah hasanah bermaksud teladan yang baik.Percaya atau tidak,tertariknya seseorang itu kepada Islam bukan hanya kepada penyampaian ceramah semata-mata,namun penyumbang utamanya adalah akhlak seseorang itu.Ini kerana akhlak seseorang yang mengamati Islam dengan betul sentiasa menunjukkan teladan yang baik,yang tidak bercanggah dengan fitrah manusia.Teladan sebegini akan menarik masyarakat untuk mengenal Islam sekaligus medekatkan masyarakat dengan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.
"....Allah pasti akan menolong orang yang menolong agama-Nya.Sungguh,Alah Mahakuat,Mahaperkasa"
(Al-Haj,40)
Akhirulkalam...
penting...kalau xde org berdakwah mesti ramai yg dah lupa diri,islam xberkembang.
BalasPadambenar...jom kita berusaha jadi penggerak kepada usaha yang dilakukan Rasulullah,agar Islam kembali tertegak di muka bumi ini!!!
BalasPadam