Assalamua'laikum W.B.T
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.Tiada apa yang dapat diungkapkan setelah Allah memberi kesempatan sekali lagi untuk ana berkongsi di sini.Baru2 ini,Syeikh Fuad al-maliki telah berkenan untuk menjalankan program talaqi intensif kitab Aqidah Islam karangan Sheikh al-Islam al-Habib Abdullah Ibn Alawi al-haddad.Kitab ini telah dihuraikan sendiri oleh Sheikh Fuad.Alhamdulillah,kitab ini berjaya dikhatamkan dalam masa sehari.Kemudiannya sebelum program tamat,tuan sheikh telah menyampaikan amanat beliau kepada semua peserta yang hadir di program tersebut.
Pertama sekali,tuan guru menekankan tentang hakikat iman.Iman itu diibaratkan seperti makanan,kadangkala makanan yang sama boleh terasa lazat dan boleh pula terasa pahit.Ianya terasa lazat pabila kita sihat dan pahit bila kita sakit misalnya demam.Begitu juga dengan iman,bila hati kita bersih maka iman itu terasa lazat.Bila hati kita sakit,maka iman itu terasa pahit.Bagaimana untuk membersihkan hati kita supaya sihat?ikutilah nasihat Imam Ghazali iaitu perbanyakkan berzikir untuk menhilangkan kekotoran di hati.
Kemudian tuan guru banyak menyentuh perihal golongan yang sering bertentangan dengan akidah ahli sunnah waljamaah(ASWJ).Seringkali kita diajak berdebat dengan mereka tentang amalan2 yang bertentangan dengan pendapat mereka sehinggakan ada sebahagian mereka yang sanggup mengkafirkan golongan ASWJ.Maka tuan guru berpesan kepada para peserta agar membiarkan saja mereka dengan hal mereka.Soal perdebatan dengan mereka telah dibereskan oleh golongan ulama' ASWJ.Maka dengan itu,tuan guru berpesan sedemikian:-
1.Sibukkan dirimu dengan dirimu sendiri dan ahli ASWJ
2.Jangan cepat melatah dan jangan cepat cepat menghukum orang lain.
Tuan guru kemudiannya menerangkan tentang isu amalan tahlil yang dikatakan bida'ah.Benar,memang ada imam Syafi'e berkata bahawa pahala amalan tahlil itu tidak sampai.Namun apa yang tidak diketahui umum,penjelasan yang diberikan imam syafie' mengenai kenyataan tersebut.Tuan guru memberi perumpaan,jika kita menulis sepucuk surat dan measukkannya ke dalam smapul lalu terus menhantar surat tersebut.Maka surat tersebut jelas sekali x kan sampai kemana-mana sbb kita x meletakkan sebarang alamat di sampul surat tersebut.Maka jika kita akhiri setiap majlis tahlil dengan lafaz "sampaikanlah pahala tahlil ini kepada si fulan bin/binti si fulan...",insyaAllah pahala itu akan sampai kepada mereka.Kalau tidak,maka pahala bacaan itu masih dapat kepada mereka yang membacanya,masih tiada sebarang kerugian...
Seperkara lagi,tuan guru juga berbicara mengenai ciri2 pemuda yang dikasihi rasulullah.
1.Orang muda yang mempunyai ilmu dan ghairah terhadap Islam
Sheikh menyatakan memang ramai anak muda yang mempunyai ilmu zaman sekarang ni,namun x ramai yang ghairah terhadap Islam.Apa yang dimaksudkan dengan ghairah adalah sanggup mempertahankan Islam tatkala menerima ancaman dari pihak luar mahupun dalam kalangan umat Islam sendiri.Sheikh juga menyelar para siswa/siswazah yang belajar ilmu agama hinggakan ada yang sampai ke luar negara namun x mampu untuk membangun umat di Malaysia.Mereka hanya menyimpan ilmu itu untuk kegunaan diri sendiri shj.X kisah ilmu apa yang kita belajar,bidang profesional atau agama secara khusus,yang penting keghairan terhadap Islam itu perlu ade.
2.Orang muda yang membesar dalam suasana beribadah kepada Allah
Tuan guru menyifatkan orang muda ini gila.Apa saja yang kita buat kita pasti akan buat dengan bersungguh-sungguh.Maka tatkala seorang pemuda itu memilih untuk menyalurkan 'kegilaannya' terhadap Islam,itulah yang terbaik buat seseorang pemuda itu.
InsyaAllah apa yang telah disampaikan ini merupakan sebahagian dari apa yang disampaikan oleh Sheikh Fuad al-Maliki.Semoga kita dapat mengambil manfaat dari kata-kata seorang ulama tersohor pada zaman ini.Ayuh kita berusaha sebaik mungkin untuk berjuang di landasan ASWJ demi memartabatkan Islam di muka bumi ini,insyaAllah
Akhirulkalam...
Salam,
BalasPadamboleh bertanya, bagaimana jika saya ingin bertalaqqi dengan Sheikh Fuad ini?
Di mana tempatnya & dengan siapa boleh saya hubungi?
terima kasih
boleh di stias rembau
Padamwasalam
BalasPadamasif lambat,ana baru update dengan salah seorang pekerja di kedai as-sofa,Bro Affan...kata beliau,buat masa ini syeikh Fuad agak sibuk memandangakan Universiti As-Sofa baru saja dirasmikan.Jika semua sudah selesai,insyaAllah setiap hari Tuan Syeikh akan jalankan talaqqi pada waktu malam di Yayasan Sofa cawangan Ampang,Taman Dato' Ahmad Razali...
Alamat:
Jalan 13 D, Desa Permai, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor.
Assalamualaikum,
BalasPadamsaya ingin mengulas sedikit tentang amalan tahlil yg Pak Sheikh anda kata boleh dilakukan. Kononnya pahala boleh sampai kalau kita sebutkan dengan jelas kepada siapa pahala itu ditujukan. Mana dalil sahih yang membolehkan ia dilakukan? Bagaimana dengan apa yg Allah katakan dalam Surah An-Najm, Ayat 39 yang bermaksud
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya"
Yang saya tahu, kita boleh dapat pahala daripada org yg masih hidup. Contohnya solat berjemaah. Semakin ramai jemaah dalam solat, semakin banyak pahala. Atau buat haji kepada yang telah mati. Kita juga boleh bagi pahala dengan buat sesuatu infak harta. Niatkan untuk si arwah. Sebab pada zaman nabi SAW, pernah seorang perempuan mengadu, nak tolong mak dia. Jadi Nabi ajar buat telaga. Ianya berkaitan dengan harta. Segala amalan ibadah maaliah sahaja yang boleh dibuat. Sebab ada hadis2 sahih yg membenarkannya.
Dan Nabi SAW pernah bersabda yg maksudnya lebih kurang begini:-
"Apabila kita meninggal dunia, maka terputuslah hubungan dengan dunia kecuali 3 perkara:-
1. Doa anak yang soleh
2. Sedekah jariah
3. Ilmu bermanfaat yang diajar
Saya minta pak sheikh kamu datangkan dalil sahih untuk membolehkan tahlil dilakukan. Ini soal akidah. Ini soal amalan yg membolehkan shahadah kita terbatal. Jangan buat main perkara ini.
Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 3:
ngatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)
Wassalam.
Masya Allah...sebenarnya masalah khilaf adakah harus atau tidak mengadakan tahlil sudah beratus tahun diselesaikan Ulama'... isu yg sudah outdated dan melayan sanggahan orang sebegini adalah membuang masa dan fikiran. bersangka baik lah dgn jumhur ulama' yg telah membenarkan tahlil, jgn kita sangka kesemua mereka jahil sesat dan berbuat sesuatu tanpa sebab dan Nas.
BalasPadamsoalan yg perlu kita muhasabah;
adakah kita mujtahid?
berapa bahagiankah hadith yg kita tahu? adakah kesemuanya? adakah 3/4? setengah? sampai kita mampu menyanggah ulama2' dgn menggunakan perkataan 'setahu saya ... '
minta akhi Sayed tak perlu layan isu outdated...
Tiada hadith sahih yg membenarkan tahlil ini..tiada ayat Quran yg membenarkannya juga..bersangka baik tidak boleh membawa kita ke syurga..setiap perkara berkenaan ibadat dan doa wajib mempunyai dalil..adakah saudara bunyamin nak menidakkan ayat Quran di atas? beranikah saudara mendustakan ayat2 Allah?
BalasPadamAyat ke 2 Surah Az-Zumar:
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya
Fahamkan maksud ayat di atas. Manakah lebih tepat? jumhur ulama ataupun kalam Allah? Nabi SAW sudah berpesan supaya mengikut Quran dan Sunnah jika tidak mahu sesat..bukan ikut jumhur ulama yg tidak boleh mendatangkan dalil. Ayat di atas juga jelas menunjukkan jika mahu kebenaran, ikut Quran..
Berdoalah minta Allah tunjukkan jalan yang benar saudara seislamku..kembalilah kepada Al-Quran..janganlah main ikut saja..takut sia2 kita berpenat lelah beribadat sedangkan sebenarnya shahadah kita sudah terbatal..Nauzubillah.
wallahualam
Waa'laikummussalam W.B.T.
Padamjazakallah atas komen yg diberi,ana amat bersyukur diberi peluang berinteraksi dgn anda.Pertama sekali ana mintak maaf sgt2,lmbt balas komen ni sebab ana cube utk bermusyawarah dulu.
Sebelum tu,saya pelik juge knape anda memilih untuk tidak menyatakan nama sebenar anda?barangkali terlupe...khair saja
Jika anda benar2 mahukan dalil yg sahih,ana mintak supaya dibaca buku "Persoalan khilafiyyah & penjelasan ulama'" karangan Ustaz Muhadir bin Joll,salah seorang anak murid Syeikh Fuad.Semua ada dibincangkan dalam buku tu,terlalu panjang untuk dibincangkan di sini.
Kemudiannya,ana cukup berterima kasih kerana anda sudi untuk mendoakan kita semua ditunjukkan jalan yang benar,semoga tiada antara kita yang berada di jalan yang dimurkainya.
Akhir sekali ana cuma ingin meminta sedikit pertolongan dari anda boleh?kalau boleh janganlah trus anda me'label' seseorang itu mendustakan ayat2 Allah hanya dengan tulisan atau komen2 di alam maya.Itu satu tuduhan yang berat saya anggap.Kita semua tahu alam maya tempat utk kita berkongsi ilmu,x layak untuk kita menilai seseorang itu selagi kita belum bersemuka dan berkongsi ilmu dengannya.Asif jika ade yang tersalah dari pandangan ana ini...Ana cuma hamba fakir yang masih menuntut ilmu dan akan trus menuntut.Ana harap perkara2 khilafiyah seperti ini x menjadi sebab kepada perpecahan umat di saat saudara kita di perantauan mengharapkan kesatuan umat Islam.Doakan kita sentiasa diredhai olehNya...
Wallahua'lam...
Assalamualaikum,
BalasPadammaaf saya ingat anda tak mahu balas jadi saya pun tak jengok dah blog anda sehinggalah hari ini Allah gerakkan hati saya Alhamdulillah.
Nama saya Irwan. Saya tak letakkan nama sebenar sebab siapa saya tak penting. Apa yang penting adalah apa yg saya sampaikan.
Saudara,
saya tak perlu baca buku itu sebab saya sudah tahu semuanya dalil yang tidak sahih dan tidak boleh diguna pakai. Kenapa saya berani berkata begitu? Sebab di dalam Quran adat ayat yg bermaksud:-
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
An-Najm 53:39)
Dan Nabi SAW pernah bersabda yg berbunyi lebih kurang begini:-
Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah semua hubungan dengan dunia kecuali 3 perkara, iaitu:-
1. Doa anak yg soleh
2. Ilmu bermanfaat yg diajar
3. Sedekah Jariah
Bukan mutlak tak boleh bagi pahala kat orang lain. Ada ikhtiar yang telah diberikan di dalam islam. Ada cara-cara lain lagi. Sebab ada hadith yang memberikan kita jalan bagaimana kita boleh menolong orang-orang yang telah tiada. Tapi hadith itu TIDAK MENAFIKAN ayat ini. Ayat ini berbentuk umum. Contohnya, kita boleh dapat pahala melalui orang lain masa hidup. Semakin ramai jemaah dalam solat, semakin banyak pahala makmum semua akan dapat. Kita juga boleh buat haji kepada yang telah mati. Boleh bagi pahala dengan buat sesuatu infak harta. Niatkan untuk si arwah. Pada zaman Nabi, seorang perempuan mengadu, nak tolong mak dia yang telah meninggal dunia. Nabi ajar dia untuk buat telaga dan niatkan pahalanya adalah untuk mak dia. Ianya berkaitan dengan harta. Segala amalan ibadah ‘maaliah’ (melibatkan harta), boleh bagi pahala kepada arwah. Tapi ibadah berbentuk badaniah (melibatkan badan), tak sampai pahala itu kepada arwah. Maka, kalau kita baca Quran dan kita nak sedekahkah pahala bacaan itu kepada arwah, pahala itu tidak sampai. Sia-sia sahaja perbuatan itu. Dan kalau nak menggantikan Haji orang yang telah mati, itu boleh sebab amalan itu melibatkan ‘badaniah‘ dan ‘maaliah‘. Selain dari yang itu, tidak ada dalil dalam Quran atau hadith, maka ayat An-Najm:39 ini melarang mana-mana amalan ibadah yang diniatkan untuk disampaikan pahalanya kepada orang yang telah mati.
sambungan...
BalasPadamYang diterima adalah doa anak yang soleh. Soleh itu bermakna orang yang mengikut syariat Islam. Dan mak ayah yang kita nak doakan itu pun kena seorang soleh juga, kalau mak ayah itu melakukan syirik semasa hidupnya dan dia mati dalam kesyirikan, dia pun tak dapat juga doa dari anaknya itu. Perbuatan ramai orang yang melakukan majlis tahlil, ketahuilah bahawa perbuatan itu bercampur baur yang sunnah dan tidak. Yang sunnahnya adalah apabila kita bagi makan kepada orang ramai, itu adalah perbuatan yang bagus. Tapi hadith ada kata, tidak ada kenduri bagi keluarga si ati.
Hadis Jarir bin Abdullah Radhiallahu ‘anhu katanya:
النِّيَاحَةِ مِنْ دَفْنِهِ بَعْدَ الطَّعَامِ وَصَنِيعَةَ الْمَيِّتِ أَهْلِ إِلَى الِاجْتِمَاعَ نَعُدُّ كُنَّا
Maksudnya: “kami mengira berhimpun orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah sebahagian dari ratapan kematian. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibn Majah dengan isnad yang sahih)
Kita juga dianjurkan untuk memberi makan kepada orang miskin. Anjuran itu diberikan kepada orang kaya. Maka kalau seorang itu mampu, dia sebenarnya kena bagi makan. Jadi memberi makan kepada orang ramai itu adalah perbuatan yang baik. Yang tak bertepatan dengan sunnah itu adalah majlis tahlil itu sendiri. Panggil orang ramai-ramai dah tak betul dah. Hadiahkan pula pahala kepada si mati juga tak betul. Ini adalah perbuatan bidaah. Hadiahkan surah al-Fatihah pun tak sampai. Itu adalah kata Imam Syafie sendiri.
Jadi saya sarankan kepada anda supaya belajar isi kandungan Quran dahulu, barulah anda belajar kitab2 yg ditulis oleh manusia. Sebab Quran takkan salah, dan belajar isi kandungan Quran ini wajib. Seperti firman Allah:-
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
(Az-Zukhruf 43:36)
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Az-Zukhruf 43:37)
Saya berani jamin penulis buku yg anda sebutkan itu tidak belajar isi kandungan Quran 30 juzuk. Sebab kalau dia belajar, pasti dia akan sedar apa yg ditulisnya adalah salah..dan apabila org lain baca dan org lain terpesong angkara penulisannya, dia kenalah jawab kat akhirat nanti. Ayat 37 surah ah-zukhruf di atas dah jelaskan bagi mereka yg x belajar tafsir Quran ni, mereka fikir mereka sudah terpimpin. Sampai tulis buku. Walhal mereka disesatkan oleh tipu daya syaitan.
Saudara,
berhati2 lah dalam memilih guru. Zaman skrg ni terlalu ramai ulama2 sesat lagi menyesatkan. Sebab itulah Nabi SAW dalam khutbah akhir sblm baginda wafat ada berkata yg lebih kurang berbunyi begini:
Wahai umatku! Aku tinggalkan dua perkara kpd kamu yg apabila kamu mengikutinya kamu takkan sesat, iaitu Quran dan Sunnah.
Dan saudara kena berdoa kpd Allah agar dpt hidayah. Doa spesifik spt ini:
Ya Allah, jika benarlah apa yg dikatakan oleh si Irwan ini, kau tunjukkanlah aku sejelas2 nya sehingga aku tidak mampu tolak.
InsyaAllah, Allah akan pimpin saudara ke jalan yg benar.
Wallahualam.
Allah ta'ala...inilah masalahnya jika mengambil hukum directly dari Quran dan Hadith tanpa penerangan Ulama'...apabila kita baru jumpa sedikit daripada Quran dan beberapa Hadith, terus digunakan utk menyesatkan orang lain.
BalasPadamkenapa timbul soalan 'nak percaya Quran ke nak percaya Jumhur?' . agak pelik soalan spt ini.
dan bagaimana tuan merasa yakin para ulama' tidak pernah mengkaji al Quran? tidak logik.
tuan Irwan, ilmu itu diambil daripada ulama'
seseorang itu digelar ulama apabila telah berhasil mengkaji ilmu Al Quran,Hadith,Aqidah,Fiqh,Usul Fiqh,Tasawwuf,Tafsir Quran,mustolahah hadith,lughah arabiah,mantiq,dan berbelas2 lagi cabang ilmu.
klu kita ingin belajar Quran, perlu belajar dengan ulama', klu kita directly keluarkan hukum dari Al Quran atau Hadith tanpa penerangan ulama, barangkali kita akan tersalah faham/tafsir.
contohnya begini
kalau tuan ada terbaca di buku text perubatan, yang mengatakan bahawa sekian2 ubat cntohnya 'chloramphenicol' boleh diguna utk sembuhkan penyakit sekian2 contohnya demam, klu tuan terus ambil ilmu itu secara direct tanpa bertanya kpd pakar nya, tuan mungkin membunuh pesakit tuan, sebabnya? chloramphenicol tak boleh digunakan dlm sekian2 keadaan penyakit demam, contohnya klu pesakit ada masalah buah pinggang. perkara yg sepatutnya berlaku ialah tuan bertanya kpd doktor, doktor tsebut dah belajar ttg puluhan cabang ilmu kedoktoran contohnya pharmacology,physiology,pathology,histology dan lain2.
dan diantara para doktor juga, ada perselisihan pendapat ttg rawatan yg terbaik,begitu juga ulama'.
maaf saya katakan, sanggahan tuan irwan kpd ulama (bahkan tuan guru saya sendiri)ialah bagai seorang awam menyanggah doktor pakar ttg rawatan nya, hanya dgn membaca beberapa perenggan dari buku teks perubatan.
begitulah kiranya klu kita yg kurang ilmu ini yg hanya baca artikel2, kitab2 Hadith, terjemahan Al Quran, dan berasa mampu keluarkan hukum fiqh, yang mana hukum yg dikeluarkan itu bermakna menyesatkan jutaan ulama' dan orang Islam.
nasihat saya utk diri dan tuan sekali, kalau kita masih belum bergelar ulama, jauhilah dari perbuatan menghukum dan menyesatkan sesama kita. klu kita berpegang bahawa tidak harus bertahlil, tak perlu menyanggah ulama' atau sesiapa di internet. cukuplah sebagai pegangan diri sendiri.
ya saya faham fikir risau tuan kepada ummat Islam, tuan tidak ingin umat ini mengamalkan perbuatan mungkar dan sesat, itu satu niat yg mulia di sisi Allah. cuma nya saya sarankan supaya lebih berhati2,supaya tidak terjerumus dlm golongan yg tersalah menyesatkan orang. sama2 kita dakwah ummat ini kpd kebaikan dan tinggalkan maksiat.
Ya Allah, jika benarlah apa yg dikatakan oleh si Irwan ini, kau tunjukkanlah aku sejelas2 nya sehingga aku tidak mampu tolak.
amin...
Assalamualaikum saudara,
BalasPadamsaya nak tekankan di sini, saya bukan tafsir direct from Quran..saya belajar tafsir berguru..dan guru saya bersanad..jika awak nak jumpa guru saya pun boleh..dan jika awak nak bawa guru awak berjumpa kami utk kita berhujah pun boleh..supaya kita semua jelas..dan saya nak tekankan di sini, saya memang berharap dapat bawa guru saya berjumpa guru awak..sebab kami nak perbetulkan fahaman dia yg salah dan menyesatkan..maaf kalau awak tersinggung dgn kenyataan yg keras ini..sebab ini bab akidah..tidak boleh dibuat main..
sebelum saya ulas, saya mohon awak tanya kepada guru awak, adakah dia sudah belajar tafsir Quran 30 juzuk kesemua sekali? dan adakah dia sudah habis belajar hadith di dalam 6 kitab besar hadith yg juga dipanggil kutubussittah? awak wajib tanya sebab awak berguru dgn dia..jika guru awak sepatutnya tidak marah, sebab dia bertanggungjawab utk memberitahu itu..
tahukah awak bahawa rumusan tafsir bagi keseluruhan Quran 30 juzuk itu terkandung di dalam surah al-Fatihah?
tahukah awak bab ibadah dan doa itu ada pada ayat "Iyyaka Nakbudu Waiyyaka Nastain"?
Iyyaka Nakbudu = hanya Kau lah kami sembah (bermaksud ibadat)
Waiyyaka Nastain = hanya kpd Kau lah kami minta pertolongan (bermaksud berdoa)
tahukah awak penjelasan bagi ayat Iyyaka Nakbudu itu terkandung di dalam Surah Az-Zumar?
tahukah awak penjelasan bagi Waiyyaka Nastain pula terkandung di dalam 7 surah yg bermula dgn Haa Miim? iaitu:-
1. al-Mukmin
2. as=Sajdah @ Fussilat
3. ash-Shura
4. az-Zukhruf
5. ad-Dukhan
6. al-Jathiyah
7. al-Ahqaf
saudara, Islam bukan ikut logik akal, Islam itu adalah 100% kepatuhan kepada Allah..
semoga Allah berikan awak hidayah, insyaAllah..
sambung sket..
BalasPadamperselisihan antara ulama hanya di dalam bab2 fiqh..bab tauhid takkan ada perselisihan..tawassul hanya bole dgn Iman dan ayat Quran..tawassul dgn nabi tidak boleh..dan saya tahu yayasan sofa kata tawassul dgn nabi itu dibenarkan..ini amat2 bertentangan dgn apa yg Allah syariatkan
syariat Islam itu adalah apa yg dibawa oleh Nabi SAW dan dipraktikkan oleh sahabat..syariat Islam itu adalah apa yg ada di dalam Quran dan Hadith..tahlil, kenduri doa selamat, sambutan maulud nabi, tawassul kpd nabi xde dalam syariat Islam..siapa kata boleh maknanya dia mendustai ayat2 Allah..walahualam
Assalamua'laikum w.b.t saudara Irwan..
BalasPadampertama skali saya nak minta maaf sgt2 sbb lambat sgt balas komen ni...terlalu sibuk dengan urusan dunia.Alhamdulillah dikurniakan kelapangan masa skrg...
Alhamdulillah,anda nyatakan anda juga belajar bersanad,dan ana cukup gembira mendengarnya...kerana ilmu yang bersanad itu cukup mulia dan sahih insyaAllah...
Berkenaan hasrat anda untuk ketemukan guru ana dan saudara,ana boleh pertimbangkan...kerana ana terlebih dahulu perlu bertanya pendapat guru ana.INsyaAllah jika ana berkesempatan untuk berjumpa beliau,ana akan panjangkan hasrat saudara kepadanya...
sekali lagi asif kerana lambat...:-)
aslamualaikum.
BalasPadammaaf mencelah arahan tahlil, kenduri, maulid semua ada dalam alquran. di awal surah fatihah iyya kana' budu... ertinya kepada engkau aku sembah, kepada engkau kami meminta pertolongan.. pertolongan yang macam mana apa2 saja, untuk ibu bapa yang telah tiada. Aman ibuku sewaktu aku dalam surau belajar agama, aku baca yassin, zikir... jika tidak sudah pastinya aku akan bermimpi arwah bapaku dalam keadaan teruk. sebab itulah kenduri apabila di buat, maka malaikat turun bersama bersusun sampai ke langit, begitu juga majlis maulid... fikirkan... pernahkah anda merasakan badan terasa sejuk bagai di peluk, hati sayu minta ampun atas kesalahan diri...kepada Allah, menangis bagaimana kalau sudah mati kuburkan terus kemudian terus balik... akhirnya anak2 terus tak baca zikir dan doa...
Salam Sahabat Irwan, boleh tuan sertakan email ke untuk saya hubunngi tuan.
BalasPadam-Hamba Faqir-