28 Februari 2012

Alahai Pak Brahim~~~

Assalamua'laikum W.B.T

Seorang pak cik yang dah tua,Pak brahim hidup bersama dengan isterinya.Nak dijadikan cerita,pendapatan mereka tidak berapa mencukupi.Maka keluarlah si suami tadi untuk mencari nafkah di awal pagi.

Ketika pak brahim  berjalan,dia terjumpa sekeping syiling lama dekat tepi jalan.Pak brahim berbisik seorang diri "Ni kalau jual ni bleh jugak dapat duit".Terus pak cik ni bergegas ke bank.Pegawai bank bagitau kat pak brahim, "Pak cik,kami x bleh terima duit ni sebab dah x laku dah.Cuba pak cik pegi dekat kedai antik kat depan tu,mungkin diorang berminat".Pak brahim pun pergi la kat kedai antik.Alhamdulillah,duit syiling tadi dapat dijual dgn harga RM30.Pak brahim pun gembira sakan la,sebab dapat duit macam tu je...

Mase dalam perjalanan balik ke rumah,pak brahim ternampak ade orang nak buang kayu-kayu dekat tepi jalan.Pak brahim pun teringat,isteri die ade cakap nak beli rak kayu beru,sebab yang lame dah rosak.Maka pak brahim tanye dekat orang tadi, "cik,kayu ni cik nak buang ke?kalau saya nak beli boleh?".Maka jawab orang tadi "x payah beli la pak cik,saya memang nak buang pun kayu ni.Pak cik ambil je la...".Alhamdulillah,pak brahim gembira sangat kerana dengan kayu ni,boleh die buatkan rak kayu baru untuk isteri die.Sekarang pak brahim dah ade RM30 & Kayu untuk buat rak.

Dalam perjalanan pulang,seorang peniaga kedai perabot ternampak pak brahim."pak cik,nak tanye sikit boleh?"." Apa die nak,nak tanye ape?"...Kayu ni pak cik dapat kat mane?bleh x klu saya nak beli kayu ni dengan harga RM100?".Pak brahim tergamam kejap." RM100?betul ke ni?saya dapat kayu ni free je".Pak cik ni keberatan nak jual sebab nak buatkan rak untuk isteri die."x pe pak cik,saya beli dengan harga seratus dan saya bagi satu rak free dekat pak cik.Bleh?".Pak brahim pun bersetuju dan jual kayu tadi(kayu itu kayu jati,maka orang yang buang kayu tu tukang buat rumah,maka kyu jati x bernilai jika nak dibandingkan dengan orang yang buat perabot).Pak brahim gembira sangat sebab sekarang die dah ade RM130 & Rak baru.


Pak brahim pun teruskan perjalan pulang ke rumah.Tiba2 ade seorang suri rumah tegur pak brahim."Pak cik,rak tu pak cik nak jual ke?kalau jual,saya nak beli bleh?saya bayar RM200".Lagi skali pak brahim tergamam."Betul ke cik nak beli dengan harga RM200?"."Betul la pak cik,bleh x?"....maka pak brahim pun jual la rak tadi sebab sekarang die dah ade RM330.Jadi die berhajat nak bawak isteri die "shopping" dan beli barang2 keperluan termasuklah rak baru.

Dah nak sampai dah pak brahim kat rumah die.Lagi satu simpang je lagi nak sampai kat rumah,tiba2 pak brahim didatangi 2 orang penyamun.Lalu habis semua RM330 yang berjaya diperoleh pak brahim.Dah la x de duit,badan pulak lebam2 dipukul dek penyamun.Maka bila sampai rumah,isteri pak brahim pun tanye"kenape abang ni,balik dengan badan lebam2?"..."abang kena samun tadi...".Si isteri dah pelik"Kenape pulak diorang nak samun abang,abang bukannya ade bawak banyak duit kan?Apa yang abang kena samun?".Pak brahim pun jawab"ADE LA SYILING LAME YANG ABANG JUMPE TEPI JALAN TADI..."

Ada dapat ape2 pengajaran dari cerita ini?klu ade jomlah kongsi bersama di ruangan komen insyaAllah...

Akhirulkalam...

1 ulasan:

  1. Aslmkum

    Allah gives and Allah takes.
    Cakap ajelaj innalilahhiwainlilahirojiun, ya Allah berilah ganti yang lebih baik hehehehe.

    Confirm diganti.

    BalasPadam