14 Februari 2012

Ada yang mencintai aku


Assalamuaalaikum W.B.T.

     Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.Kadangkala ada antara kita yang merasa diri kita hanya bersendirian,terutama bagi mereka yang masih bujang dan duduk berjauhan dengan ahli keluarga.Meskipun rakan2 di sekeliling kita kadangkala mampu mengubat hati yang kesepian,namun akan ada satu waktu kita merasa satu kekosongan dalam hati kita.Kita merasakan x de org yang mencintai kita,dan kita pula merasa x ade orang yang sudi menerima cinta kita.Namun kita x sedar,ada seorang makhluk yang diciptakan di bumi ini yang sentiasa mencintai kita dan amat suka jika kita meletakkan sepgenap cinta kita kepadanya,itulah Nabi Muhammad S.A.W.

     Diriwayatkan ketika hayat baginda,seorang sahabat ternampak Rasulullah menangis pada satu hari ,apabila ditanya kenapa?Baginda Rasulullah menjawab “Aku rindu kepada kekasih aku”.Sahabat ini kemudian menjawab, “Bukankah kami ini kekasihmu ya Rasulullah?”.Rasulullah berkata “Tidak,kamu semua sahabat aku,sedangkan orang yang aku kasihi adalah umat aku.Mereka ini tidak pernah melihat aku tetapi cuba untuk mencintai aku lebih dari segalanya”.MasyaAllah,Rasulullah seorang insan yang sangat mulia sanggup menangis kerana cintakan kita umatnya,pernahkah kita menangis kerana teringatkan baginda Rasulullah S.A.W?

     Diriwayatkan pada suatu hari,Baginda Rasulullah terserempak dengan seorang sahabat yang menangis.Rasulullah kemudiannya bertanya kepada sahabat tadi, “kenapa engkau menangis?” .Sahabat tadi kemudiannya menjawab. “Aku sedih kerana aku hanya dapat bersama dengan engkau di dunia ini sahaja,kerana sudah pasti darjat aku dan enkau rasulullah sangat berbeza di akhirat kelak”.Rasulullah kemudian berkata, “Sesunggunya seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak”.

     Maka jika kita benar2 cinta akan Rasulullah S.A.W dan ingin bertemu dengan baginda,insyaAllah kita cuba tanamkan keazaman dalam diri kita untuk mencintai nabi sebaik mungkin sehingga cinta kita kepada Rasulullah mampu mengatasi perkara laen yang tidak membawa kepada kebaikan.

*Maaf kerana ana x dapat sertakan mantan riwayat2 di atas,kisah di atas di’ayatkan’ semula dari ceramah Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid semasa program Pekan Berselawat,12/2/2011.

Akhirulkalam...

1 ulasan:

  1. Yup, kita selalu lupa Allah & Rasulullah bila kita mengeluh keseorangan... Loneliness tu hakikatnya bukanlah dapat dipenuhi dgn kehadiran atau presence of people...

    BalasPadam