Alhamdulillah,kali ini ana ingin berkongsi sedikit input yand ana dpt dari syarah Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid dari video beliau terbitan Majlis Ta'lim Darul Murtadza berkenaan Fiqh al-Usrah.Zaman sekarang ni,ramai yang mengenal erti perkahwinan itu dengan tafsiran dan niat yang salah:-
1.Hanya untuk memenuhi hawa nafsu
Orang seperti ini buta mata hatinya dari menilai kesucian syariat pernikahan yang ditetapkan oleh Allah.Terkadang,perkara ini yang membawa para lelaki terjerumus ke lembah zina kerana mereka takut pernikahan itu akan mengongkong mereka.
2.Hanya sebagai pelengkap status dalam masyarakat
Ada pula golongan yang berkahwin semata-mata ingin mendapat 'title' suami dan isteri.Kerana bagi mereka penilaian masyarakat terhadap orang yang sudah berkahwin penting.Sedangkan penlaian masyarakat seharusnya tidak mendatangkan kesan kepada mereka yang benar2 berserah kepada Allah.
3.Sebagai penghalang mencapai kejayaan
Ada pula yang menganggap perkahwinan akan membantutkan momentum untuk beribadah dek kerana tanggungjawab yang semakin bertambah.Namun ketahuilah itu semua tipu daya syaitan yang menampakkan ibadah berseorangan itu lebih baik.
4.Penghalang untuk mencapai cita-cita duniawi
Ramai yang menganggap perkahwinan akan menghalang mereka dari mencapai matlamat hidup dunia seperti pekerjaan,harta,dll.
"Allah menjadikan pernikahan sebagai salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T"
Akhirulkalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan