21 April 2012

Assalamua'laikum w.b.t.

Alhamdulillah,kali ini ana berhasrat untuk berkongsi tentang maksud Sutrah.Mungkin ada yang pernah dengar dan ade yang tidak.Kalau yang pernah dengar pun,ramai antara kita yang masih samar2 tentang erti sebenarnya.

Menurut imam syafie',sutrah ini terbahagi kepada 4 jenis:-

1.Kekal dan suci
Contohnya dinding,partition,etc.
2.Boleh cacak
Contohnya tongkat,kayu,etc.
3.Mudah
Contohnya sejadah,tikar,rida',garisan saff di masjid
4.Jarak 3 zira'(3 hasta)
Jikalau orang yang sedang bersolat tidak meletakkan sutrah,agak2 jarak 3 hasta,maka bolehlah kita lalu di hadapannya.

Sutrah ini secara mudahnya adalah penghadang untuk orang yang sedang solat,supaya orang ramai tidak lalu-lalang di hadapannya.Kerana ada satu hadis nabi yang menyatakan,jikalau seseorang itu tahu betapa teruknya perbuatan dia melintas di hadapan orang solat,nescaya dia sanggup menunggu selama 40.(hari/bulan/tahun/etc...wallahua'lam).Maka sutrah ini sebagai penanda aras jarak di mana orang boleh melintas di hadapan orang yang sedang solat...:-)

Akhirulkalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan