28 Julai 2012

Tohmahan & Cacian:Petanda Baik

Assalamua'laikum W.B.T.

     InsyaAllah,kali ini ana berhasrat untuk membincangkan tentang perbuatan tohmahan dan cacian yang nampaknya makin berleluasa pulak semenjak dua menjak ni.Na'uzubillah min zalik,janganlah perbuatan ini terjadi di antara jemaah Islam yang ade sekarang,kerana semua jemaah mempunyai matlamat yang sama,apa saja metode yang digunakan,asal saja tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah,khair saja.Biarpun konsep yang dibawa laen dari pandangan sesuatu jemaah itu.Terimalah dengan pandangan yang terbuka.

Jadi kali ini,apa yang ingin diketengahkan adalah tohmahan dan cacian yang kadangkala dilemparkan kepada mereka yang membawa panji2 kebenaran,baik dari peringkat bawah mahupun atasan.Apa contohnya:??

   "Mail dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat secara berjemaah,ternampak pulak sekumpulan laki maen gitar dgn pakaian yg cukup ruged.Maka dia pun ajaklah solat sekali,sekurang-kurangnya lepaslah dia dari tanggungjawab terhadap masyarakat yakni mengajak kepada kebaikan.Tapi,diherdiknya pula."Kau bajet baik sangat la pegi surau tu,pakai mcm pak arab...eyh!dekat sini x de padang pasir la..."Terbahak-bahak kumpulan tadi gelakkan mail...

Nah,dari sini kita dapat saksikan apa yang diniatkan oleh Mail itu cukup baik,namun dibalas dengan herdikan.Maka siapa kate org yang dicaci dan dimaki berada di pihak yang salah?Kenapa ana kata cacian dan tohmahan itu petanda baik???Kerana dalam keadaan masyarakat kita sekarang,majoriti inginkan hiburan melampau,jadi bile ade yang cuba untuk memperkenalkan hiburan alternatif yang bertepatan syariat,diherdik golongan2 ini kononnya kolot dan berfikiran cetek.

Kepada penggerak2 Islam di luar sana,jangan sesekali terasa lemah dengan herdikan2 sebegini.

-Apa salahnya kita mengikut sunnah nabi?(Pakai jubah,menyimpan janggut,makan tangan kanan,etc)
-Apa salahnya kita bace al-Quran/kitab2 dlm bas,LRT,etc dari anda membaca majalah2 yg x bermanfaat?

"Seorang lelaki menggali 2 lubang yang dalam,kemudian dicampakkan 2 ekor kambing kedalam setiap satu lubang td.Setiap hari,lelaki td akan menimbus lubang tadi dengan sejumlah tanah secara konsisten sehingga cukup sebulan.Hasilnya,satu kambing mati,yang lagi satu berjaya untuk terus kekal hidup.Apa rahsianya???
Kambing yang mati itu hanya berserah bila ditimbus dengan tanah,namun yang hidup pula...setiap kali ditimbus,ia akan menggoyang-goyangkan badannya hingga tanah itu jatuh ke kakinya lalu melompat ke atas tanah itu.Jadi,lambat laun ia berjaya keluar dari lubang td"

Tanah yang ditimbus setiap hari itu diibaratkan sebagai tohmahan2 yang sering dilemparkan.Jika kita hanya menerima saja tanpa memperbaiki diri kita,maka tenggelamlah usaha dakwah kita.Namun jika kita jadikan tohmahan2 itu sebagai batu loncatan,insyaAllah kejayaan akan terlaksana.Yang paling penting,sentiasa ingat yang Allah melihat kepada usaha kita,bukan kepada hasil semata-mata.

Akhirulkalam...

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, you are writing again. I also people tak malu to read the Qur'an publicly XD. (But I read quietly la. Kang ada orang betulkan tajwid pulak dalam LRT)

    I also wrote something about cacian and tohmahan on my blog. But not in the same way as you.

    Selamat berpuasa. Hopefully you are taking full advantage of this month. I hope I am and will continue to do so too, insyaAllah

    BalasPadam
  2. walhamdulillah for giving me strength to write again:-)

    X perlu kuat2 pun,takut mengganggu orang laen,dapat bace tafsir pun dah cukup...at least we got the idea what we're reciting...

    I also pray for u and all the readers to grab this great chance in Ramadhan!!!

    BalasPadam