10 Ogos 2012

Ramadhan:Bagaimana nak seronok baca al-Quran kalau kita x faham?

Assalamua'laikum W.B.T.

     Alhamdulillah,kita masih diberi kesempatan untuk berada dalam bulan ramadhan yang mulia tahun ini.Untuk pastikan kita x menyesal bila ramadhan berlalu nanti,eloklah kita cuba untuk memaksimakan ibadah kita sekarang.Kali ini,ana ingin berkongsi artikel yang ditulis oleh Maryam Amir-Ebrahimi dalam laman web Imam Suhaib ,How can I enjoy listening to the Qur'an in Taraweeh when I don't understand what is being recited?Atas dasar prihatin 2 orang sahabat baik ana,Luqman al-Bashir dan Ahmad Ashraf Zafrullah,mereka telah bekerjasama untuk terjemahkan artikel tersebut ke bahasa melayu,untuk sesiapa yang x faham sgt bahasa inggeris.Moga Allah merahmati Imam Suhaib,akhi Luqman & akhi Ashraf.

Berikut adalah pelan yang dicadangkan berkenaan tindakan yang sesuai diambil berdasarkan situasi seseorang individu. Ini adalah apa yang sesuai untuk saya, dan ia akan berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Jika seseorang bermula Ramadan ini, dengan mengambil kesempatan keberkatan bulan ini, dengan pelan tindakan mereka sendiri,  Insya-Allah, di Ramadhan akan datang, mereka akan mendapati perbezaan yang ketara dalam Taraweeh dan pengalaman Qur’an mereka. Ini adalah bulan untuk membuat komitmen untuk bertindak; ini adalah bulan kejayaan.

1.     Baca Qur’an terjemahan setiap hari. Tetapkan jumlah untuk dibaca setiap hari (contohnya: lima muka surat) dan sertakan sekali dengan membacanya dalam Bahasa Arab dan / atau mendengar dalam bahasa Arab.
2.     Pilihlah untuk bersolat beberapa rakaat Taraweeh sahaja, seterusnya duduk dan mengikuti bacaan dengan terjemahan bahasa Melayu.

Mana yang membawa lebih banyak manfaat? Solat beberapa jam tanpa memahami apa-apa dan berharap untuk mendapat ganjaran? Atau duduk, membaca, memahami, dan merasai sendiri keajaiban al-Quran?

InsyaAllah terdapat ganjaran di dunia dan akhirat bagi kedua-dua pilihan di atas. Tetapi terdapat banyak lagi ganjaran untuk orang yang berusaha menghidupkan Al-Quran daripada orang yang hanya berdiri buat jangka masa yang lama sambil tidak fokus kerana tidak memahami apa yang dibaca imam.

3.     Secara khusus untuk bulan Ramadhan, cuba baca terjemahan surah yang akan dibacakan pada solat di malam nanti. Dengan cara itu, walaupun seseorang itu tidak dapat memahami apa yang dibacakan secara khusus, seseorang itu akan tahu secara umum makna ayat-ayat dan mindanya boleh memberi tumpuan kepada pengajaran-pengajaran umum dan mesej-mesej.

4.     Perkuatkan penguasaan kata-kata kunci dan gunakan kata-kata kunci tersebut untuk memberi tumpuan dalam solat. Sebagai contoh, apabila biasa dengan perkataan yang berbeza yang menunjukkan "Syurga," bayangkan Syurga. Bayangkan berdiri di Syurga, dengan kecantikan yang menakjubkan ... dan tiba-tiba mencari seseorang yang menutup pandangan anda dengan tangan mereka! Apabila anda pusing ke belakang, bayangkan siapa yang anda mahu jumpa ketika itu. Ibu anda? Ayah anda? Datuk nenek anda? Adik-beradik anda? Pasangan anda? Anak anda? Kawan baik anda? Bayangkan. Anda tidak pernah melihat orang ini mungkin berdekad, berabad. Anda telah menghadapi kehidupan tanpa mereka atau kematian telah datang kepada anda dahulu dan anda telah berada dalam kubur untuk beberapa waktu. Seterusnya anda telah berjaya di Akhirat. Akhir sekali anda telah masuk ke dalam Syurga-anda telah lulus ujian! Dan tiba-tiba, anda berada dengan orang yang anda sayangi dan paling dirindui. Bagaimana anda akan rasa ketika itu? Benarkan hati anda merasai ayat-ayat yang berbicara tentang Syurga sebagaimana yang sesuai untuk anda. Gunakan kata kunci untuk membantu minda dan hati anda untuk berinteraksi dengan mesej Al-Quran kepada anda.

5.     Dengarlah al-Quran dan terjemahannya selalu, semasa terperangkap dalam kesesakan trafik, semasa memasak dan membersihkan diri, ketika berjalan di kampus; benarkan bacaan Al-Quran itu menembusi jiwa. Biarkan maksud ayat-ayatnya melembutkan hati yang keras. Dengan lebih banyak mendengar bacaan Arab dan terjemahan, maka lebih mudah memahami Al-Quran.

6.     Kajilah makna perkataan al-Quran secara khusus dari semasa ke semasa. Berikut adalah sumber yang dicadangkan untuk bermula: http://abdurrahman.org/qurantafseer/learnquran.pdf

7.     Untuk sepanjang tahun, berusahalah memperbaiki Tajwid dan hafazan. Dari masa ke semasa, ini akan membantu membina hubungan dengan Al-Quran, Insyaallah.

Ramai di antara kita mengadu tentang ketidakupayaan untuk memahami al-Quran yang sedang dibacakan dan mengekalkan fokus atau menikmati solat kerana sebab ini. Saya tahu perasaan kebosanan, kekecewaan dan patah semangat. Saya tahu apa yang dimaksudkan dengan menyalahkan kelemahan kita menikmati suasana Ramadhan di atas kelemahan kita memahami apa yang telah dibacakan.

Walau bagaimanapun, kita mempunyai keupayaan untuk mengubah suasana ini, dengan bantuan Allah. Kita boleh menjadi orang-orang yang benar-benar memahami, yang hatinya tertarik dan anggota badan yang kagum dengan tenangnya, serta minda yang penuh sedar dengan al-Qur’an yang kita dengar. Kaedah dan alat sudahpun ada. Soalan yang sebenarnya ialah: Adakah kita bersedia untuk memberikan masa dan mendedikasikan usaha?

Ramai di antara kita telah mencuba kaedah yang berbeza untuk membangunkan hati kita pada bulan Ramadan dan membantu mereka untuk memberi tumpuan di dalam solat tetapi kita tidak memahami apa yang diperkatakan. Apakah tips yang anda ada yang telah berhasil dalam hidup anda? Sila kongsikannya supaya kita semua mendapat manfaat, insyaAllah.


Akhirulkalam...

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. assalammualaikum..sedikit pembetulan,artikel ini x ditulis oleh Imam Suhaib sendiri, ianya artikel oleh Maryam Amir-Ebrahimi,salah seorang contributor author buat laman web suhaibwebb.com

    BalasPadam
  3. wa'alaikummussalam...
    jazakallah khair peez atas makluman,ana akan edit nnt...

    BalasPadam
  4. x bleh acap,kene letak gak utk kredit...at least klu ade request lg bleh trus berhubung ngan korang...:-)

    BalasPadam