Surah a'li-Imran(14-15)
14-
Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan2,anak2,harta benda yakni emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternakan dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik
15-
Katakanlah"maukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari demekian itu?"bagi orang2 yang bertakwa di sisi tuhan mereka syurga2 yang mengalir di bawahnya sungai2,mereka kekal di dalamnya,dan pasangan2 yang suci,serta redha Allah.Dan Allah maha melihat hamba-hambanya
Ta'lim pada minggu ini dimulakan dengan tafsiran ayat A'li-Imran ayat 15,namun kerana ayat ini bersangkut-paut dgn ayat 14,maka wajar utk kita tahu tafsiran kedua-dua ayat.Dalam ayat 14,dinyatakan bagaimana hakikat manusia sememangnya suka kepada nafsu terhadap dunia yakni cinta,harta benda dan kasih sayang keluarga,walhal ia jelas hanya kenikmatan yang sementara.Asbab nuzul ayat ini bertitik-tolak dari segelintir sahabat yang enggan keluar berperang dek kerana tewas kepada nafsu terhadap dunia ini.Lantas Allah menurunkan ayat 15 sebagai penawar,yakni terdapat sesuatu yang lebih baik dari benda yang disukai manusia.Apakah benda itu?tentu sekali syurga yang hakiki,di mana manusia perlu korbankan apa yang disukai di dunia ini untuk mendapatkan sesuatu yang Allah cintai.Kerana itu jugalah mata yang dijaga didunia diberi kelebihan untuk melihat Allah kelak,insyaAllah.
Habib Ali kemudian menceritakan satu kisah berkenaan berkat orang a'lim dan soleh.Diriwayatkan terdapat seorang pendakwah pergi ke satu kampung badwi untuk berdakwah disana,dan ditakdirkan Allah ada seorang penduduk di situ inigin memeluk Islam.Maka pendakwah ini mengajarkan dia kalimah syahadah dan cara2 bersolat,namun tatkala sampai pada perbuatan sujud,dia enggan mengikutnya.Maka pada ketika itu,datang seorang a'lim dengan wajah bercahaya dan dia melihat orang a'lim ini turut sujud,lantas dia pun bersetuju untuk sujud dek kerana teladan yang ditunjukkan orang a'lim ini tadi.Dapat kita kaitkan kisah ini dengan kisah tabarruk seorang ahli sihir pada zaman firaun yang terselamat dari ditenggelamkan laut kerana beliau berpakaian seperti nabi Musa.Begitulah pentingnya akhlak dan penampilan dalam diri seorang dai'e
Saidina Umar ada berkata,Sesuatu musibah itu adalah nikmat sekiranya:-
1)Bila kita fikir musibah lain yang tidak menimpa kita
2)Apabila musibah itu tidak melibatkan akidah
3)Bila kita sabar dengan ketentuan Allah itu,sabar itu sebagai satu nikmat
4)Jika kita tidak diharamkan dari mendapat nikmat Allah.
Dipetik dari kitab 'Bidayatul Hidayah',Habib Ali membicarakan tentang adab2 hari jumaat.
- Bersiap2 sejak dari khamis petang lagi
- Khususkan pakaian sunnah khas untuk hari jumaat sahaja(jika berkemampuan)
- Berpuasa(dengan syarat puasa khamis atau sabtu)
Inilah sedikit sebanyak cebisan ilmu yang dapat ditimba ketika majlis Ta'lim Darul Murtadza baru2 ini.Jika ada sebarang kekhilafan boleh komen,jika ada nasihat amat dialu-alukan
Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Masjid Muadz bin Jabal
4 Rabiulakhir 1434(15/2/2013)
Akhirulkalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan