25 April 2010

Ape gune tutup aurat?perangai still mcm tu gak....



Assalamualaikum.W.B.T

Tinta kali ini berhajat untuk kita sama2 bermuhasabah akan perlakuan kita.Mungkin lebih cenderung kepada kaum hawa,tapi kaum adam juga perlu mengambil pengajaran.Seringkali kita saksikan sekarang ramai je yg pakai tudung kat khalayak ramai,tapi kebiasaannya bila diperhati gerak-gerinya x mcm muslimah pun.Mana x nye,tudung pakai,tapi baju ketat.Dah la tu...jeans pun nak ketat jugak.Boleh kate sume ketat la.X cukup dengan tu,perangai tu kadang2 tergedik2 pun ade.Sebab tu kadang2 bila soalan"Kenapa wak x pakai tudung?" ditujukan kepada mana2 wanita yg x bertudung,maka jawapannya"Apa gune pakai tudung,perangai mcm tu gak" "Saya x pakai tudung x semestinya saya x baik,hati budi sape tahu?"Mmg betul segala perlakuan kita berdasarkan niat kita,tapi kalau asas dah salah,susah la nak maju kehadapan.Allah dah perintahkan kepada manusia baik laki atau perempuan jaga pandangan mereka.Perintah menutup aurat WAJIB ke ats setiap yang bergelar MUSLIM sebagai langkah pertama untuk jantina berlawanan menjaga pandangan.

Jadi kenapa pakai tudung tapi perangai same gak?Jom buat sedikit analisis dan perbandingan.Orang yang bawak kereta pakai tali pinggang keledar atau yg bawak motor pakai helmet.Baik.asasnya sudah ada,pakai alat keselamatan.Tapi kalau sekadar pakai,tapi peraturan jalan raya x ikut,probability untuk kemalangan masih lagi tinggi.

1.Lampu merah,tapi jalan gak
2.Tanda angin lintang,tapi 'speeding' gak
3.Tanda x boleh parking,kat situ jugak la nak parking.dll

Anda sume nampak x perbandingannya?Pakai tudung tapi....

1.Ikhtilat dgn laki x jage
2.Suare nak manje2 bile bercakap
3.Pakaian menutup aurat,tapi macam x pakai pakaian.dll

Bagi yang laki pulak,same je.Mmg x susah nak jage aurat untuk laki.Tapi perangai je yg susah siket.Kalau pakai jubah contohnya,dah ikut dah sunah nabi.Tapi sayang,solat x pun.Saje nak org tgk die pakai jubah.Apa yang paling penting,asas perlu kita jage.Dari asas kita menapak ke arah platform yg lebih tinggi.

Ayyuhal ikhwah wa akhwat kita muhasabah diri kita,ade yg salah kita perbetulkan.Ade rakan yg tersilap langkah kita tegur.Kawan yg baik adalah kawan yg menegur kesalahan kita,bukan yg sentiasa mengiakan tindakan kita.

*Idea asal dipetik dari buku Nota hati seorang lelaki karangan Ustz Pahrol Mohd. Juoi.

Akhirulkalam

2 ulasan:

  1. salam ziarah.

    sedikit cadangan untuk memperkukuhkan lg hujah2 anta diatas, bleh bagi ayat2 dalam quran:
    >33:59
    >24:51

    jazakallah.

    BalasPadam
  2. Syukran kasiran assyifaul mujahidah atas cadangan,

    al-ahzab(59):Wahai nabi!katakanlah kepada istri-istrimu,anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, "hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka"yang demekian itu agar mereka lebih mudah dikenali,sehingga mereka tidak diganggu.Dan Allah maha pengampun,maha penyayang

    An-nur(51):Hanya ucapan orang-orang mukmin,yang apabila mereka diajak kepada Allah dan Rasulnya agar rasul memutuskan perkara diantara mereka,mereka berkata "kami mendengar dan kami taat".Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung

    BalasPadam