25 Mac 2011

ala....dosa kecik je pun...



Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,kesempatan masih dikurniakan untuk ana berkongsi sedikit ilmu yang baru ana dapat dalam tazkirah ringkas sebelum ini.Satu dialog yang biase kite dengar sekarang ni"Rilek la...dosa kecik je.nnt2 aku taubat la..."ataupun "la...nnt aku solat nnt hilang la balik dosa tu..."satu persoalan ingin ana timbulkan,Betul ke solat serta amalan kita diterima Allah?...Namun apa yang pasti,dosa yang kita lakukan memang ada balasannya...Apa yang ingin ana bincangkan di sini adalah maksud dan signifikan 'dosa kecil' yang kita selalu kecilkan dan abaikan...

Satu situasi yang ana ingin kongsikan bersama...

1.Kita memulas telinga kawan kita
2.Kita memulas telinga abang/kakak
3.kita memulas telinga guru/ibubapa kita
4.Kita memulas telinga guru besar
5.Kita memulas telingan perdana menteri

Cukuplah situasi yang diberi ni...dah cukup banyak...

Ana rasa anda semua dah bleh mengagak apa yang ingin disampaikan...Situasi 1 kita nampak macam biasa je...tapi yang kelima?...Ia akan jadi janggal sebab jawatan yang dipegang oleh PM itu sendiri

Maka kalau kita lakukan dosa kecil,jangan difikirkan berapa kecil dosa yang kita buat tu...Apa yang harus kita risaukan adalah kepada SIAPA kita lakukan dosa itu?Peraturan SIAPA yang kita dah langgar?

Sebagaimana sekecil dosa pun diambil kira,begitu juga dengan amal kebaikan...Walau sekecil mana kebaikan yang kita lakukan,jangan difikirkan kuantiti amalan itu.Tapi lihatlah kepada SIAPA kita lakukan amalan tersebut...

Allah sebaik-baik pengampun dan pemberi pahala...Moga kita semua diberi keberkatan masa sepanjang membaca arrtikel ini dan diberi kekuatan untuk bergerak ke arah yang lebih baik insyaAllah...

*Tahukah anda,DOSA juga merujuk kepada sejenis makanan di selatan India...
Akhirulkalam...

23 Mac 2011

Koleksi siri pidato saidina Umar bin al-Khoththob r.a, :Pesanan Khalifah


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,ana diberikan kesempatan masa untuk menulis pidato ke-2 saidina Umar yang ingin ana kongsikan bersama.Semoga masa yang diberikan ini diberkati oleh Allah,insyaAllah...

"Bacalah al-Quran,kamu akan berpengetahuan kerananya.Beramallah dengan isi kandungannya,kamu akan menjadi pendokong al-Quran.Timbanglah diri(amalan) kamu sebelum kamu ditimbang.Berhiaslah(dengan amalam soleh) untuk hari pembentangan agung;hari segala amalan kamu dibentangkan di hadapan Allah.Tiada suatu pun daripada kamu yang tersembunyi.Sesungguhnya saya meletakkan diri saya dalam urusan harta milik Allah sama seperti wali anak yatim.Jika saya tidak memerlukannya,saya akan menjaga kesucian diri saya daripada menggunakannya.Dan jika saya memerlukannya,saya akan menggunakannya secara baik"

Secangkir Ulasan

  • Saidina Umar menegaskan kepentingan membaca dan memahami isi kandungan al-Quran

  • Siapa kata berhias itu salah?...berhiaslah dengan amal soleh kita agar dapat menjadi ikutan ramai(Qudwah hasanah)

  • Sentiasa muhasabah perjalanan hidup kita setiap hari sebelum tidur(timbang amalan) agar kita bergerak ke arah yang lebih baik

22 Mac 2011

Koleksi siri Pidato Saidina Umar bin al-khoththob r.a.:Ketika dilantik menjadi Khalifah


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,ana masih berpeluang untuk terus berkongsi ilmu melalui medium blog ini.InsyaAllah,kali ini ana akan bawakan pidato pertama yang ana ingin kongsikan,ketika Saidina Umar dilantik menjadi Khalifah selepas Saidina Abu Bakar...

"Sesungguhnya Allah menguji kamu semua dengan perlantikan saya sebagai Khalifah.Dia juga menguji saya dengan melantik saya memimpin kamu semua.Dia mengekalkan saya terus hidup bersama kamu semua selepas kematian dua sahabat saya(Rasulullah dan Abu Bakar).Oleh itu,demi Allah,sesuatu urusan kamu yang sampai kepadaku,ia tidak akan diuruskan oleh orang lain selainku(maksudnya aku akan uruskannya sendiri).Sementara urusan kamu yang tiada di hadapanku(jauh daripadaku),aku tidak serahkannya kecuali kepada golongan yang jujur dan amanah untuk menguruskannya.Jika mereka bersikap baik,saya akan bersikap baik dengan mereka.Namun jika mereka bertindak jahat,saya pasti akan menghukum mereka." "Kamu berada dalam tanggungjawab saya supaya saya tidak menghumban kamu ke jurang kebinasaan.Tanggungjawab saya juga ialah tidak mengerahkan kamu supaya terus berkawal di sempadan(mempertahankan negara).Apabila kamu tiada kerana terlibat dalam perutusan atau jihad,sayalah bapa kepada anak-anak dan keluarga kamu sehinggalah kamu pulang"

Secangkir ulasan

  • Ketika Umar dilantik menjadi khalifah,orang ramai menyangkakan mereka akan berada bawah tampuk pemerintahan yang tegas,kerana Umar terkenal dengan ketegasan dan kelantangan pendapatnya

  • Namun,melalui pidato ini,dapat kita lihat budi pekerti yang cukup lemah lembut dan toleransi ditunjukkan oleh beliau

  • Batas syariat perlu dijaga,jika ada yang melanggar perintah Allah,maka ketika itulah ketegasan Umar menjadi nyata tepat pada masanya
Sekian,akhirulkalam...

17 Mac 2011

Nobita dan Sizuka:Adakah anda seperti mereka???


Original posted by : http://www.facebook.com/notes/mohamad-anuar-timan/sizuka-tersedar/197048736981794

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?

Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

Ingat allah mendapat pahala,

igt kepada pasangan bukan muhrim, mendatang kemurkaan allah

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri

n_n....may be bless.

14 Mac 2011

Koleksi siri Pidato Saidina Umar bin al-khoththob r.a.:Intro


Assalamualaikum W.B.T,

Alhamdulillah,syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah yang masih menginzinkan diri ini untuk terus mencoret di sini berkongsi ilmu yang digarap bersama anda semua.Maka secara rasminya,ana ingin mengumumkan di sini,bahawa bermula pada saat dan ketika ini,ana akan membawakan kepada anda semua koleksi siri pidato Saidina Umar sebelum dan ketika beliau memegang tampuk pemerintahan kerajaan Islam.

Kenapa pulak nak baca pidato tiba2 ni???

Belajar dari sejarah
Itu adalah kata kunci mengapa kita perlu membaca pidato ini.Ada yang mempersoal apa guna kita nak tengok balik sejarah yang lepas...Bayangkan situasi kat bawah ni:-
  • Seorang lelaki bermula dari perkara asas untuk mencipta sesuatu yang baru
  • Setelah 2-3 tahun mencuba,akhirnya dia berjaya menghasilkan laptop dengan lambang apple yang telah digigit
  • Bila nak paten ciptaan dia,baru dia tau dah ade orang yang bernama Steve Jobs dah lama dah cipta benda tu
Cuba bayangkan kalau lelaki ni dah tau dah,laptop macam tu dah wujud...maka 2-3 tahun masa yang dia ambil boleh digunakan untuk mencipta inovasi dari produk tersebut.Itulah yang dilakukan oleh Steve Jobs(CEO syarikat Apple) sehingga beliau mampu mencipta alat2 yang mencecah teknologi masa hadapan.

Maka bagaimana kita nak ada strategi dakwah yang mantap dan maju ke hadapan kalau kita baru nak mencari-cari asas yang sebenarnya telah lama dibentuk oleh pemerintah Islam terdahulu?Ana juga sebelum ni x berapa suka sangat baca sirah/sejarah.Namun setelah membaca pidato2 ni dan memikirkan tentangnya...Banyak rupanya hikmah yang tersirat dalamnya...

Justeru itu,ana berharap dapat berkongsi kesedaran yang ana miliki ni bersama antum semua...Semoga kita dapat mengambil ibrah dari setiap pidato yang akan diketengahkan dalam post yang seterusnya...

Akhirulkalam...

09 Mac 2011

Maher Zain-Freedom




Gathered here with my family

My neighbours and my friends

Standing firm together against oppression holding hands

It doesn’t matter where you’re from

Or if you’re young, old, women or man

We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you

For giving us the strength to hold on

And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh…

We’re calling for freedom, fighting for freedom

We know you won’t let us fall ooh

We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes

No more being afraid to talk

Our dream is just to be free, just to be free

Now when we’ve taking our first step

Towards a life of complete freedom

We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you

For giving us the strength to hold on

And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh

We’re calling for freedom, fighting for freedom

We know you won’t let us fall oh

We know you’re here with us

I can feel the pride in the air

And it makes me strong to see everyone

Standing together holding hands in unity

Shouting out load demanding their right for freedom

This is it and we’re not backing of

Oh God we know you hear our call

C/o: And we’re calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh

We’re calling for freedom, calling for freedom

We know you won’t let us fall oh

We know you’re here with us