Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah,ana masih berpeluang untuk terus berkongsi ilmu melalui medium blog ini.InsyaAllah,kali ini ana akan bawakan pidato pertama yang ana ingin kongsikan,ketika Saidina Umar dilantik menjadi Khalifah selepas Saidina Abu Bakar...
"Sesungguhnya Allah menguji kamu semua dengan perlantikan saya sebagai Khalifah.Dia juga menguji saya dengan melantik saya memimpin kamu semua.Dia mengekalkan saya terus hidup bersama kamu semua selepas kematian dua sahabat saya(Rasulullah dan Abu Bakar).Oleh itu,demi Allah,sesuatu urusan kamu yang sampai kepadaku,ia tidak akan diuruskan oleh orang lain selainku(maksudnya aku akan uruskannya sendiri).Sementara urusan kamu yang tiada di hadapanku(jauh daripadaku),aku tidak serahkannya kecuali kepada golongan yang jujur dan amanah untuk menguruskannya.Jika mereka bersikap baik,saya akan bersikap baik dengan mereka.Namun jika mereka bertindak jahat,saya pasti akan menghukum mereka." "Kamu berada dalam tanggungjawab saya supaya saya tidak menghumban kamu ke jurang kebinasaan.Tanggungjawab saya juga ialah tidak mengerahkan kamu supaya terus berkawal di sempadan(mempertahankan negara).Apabila kamu tiada kerana terlibat dalam perutusan atau jihad,sayalah bapa kepada anak-anak dan keluarga kamu sehinggalah kamu pulang"
Secangkir ulasan
- Ketika Umar dilantik menjadi khalifah,orang ramai menyangkakan mereka akan berada bawah tampuk pemerintahan yang tegas,kerana Umar terkenal dengan ketegasan dan kelantangan pendapatnya
- Namun,melalui pidato ini,dapat kita lihat budi pekerti yang cukup lemah lembut dan toleransi ditunjukkan oleh beliau
- Batas syariat perlu dijaga,jika ada yang melanggar perintah Allah,maka ketika itulah ketegasan Umar menjadi nyata tepat pada masanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan