Assalamualaikum W.B.T,
Alhamdulillah,syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah yang masih menginzinkan diri ini untuk terus mencoret di sini berkongsi ilmu yang digarap bersama anda semua.Maka secara rasminya,ana ingin mengumumkan di sini,bahawa bermula pada saat dan ketika ini,ana akan membawakan kepada anda semua koleksi siri pidato Saidina Umar sebelum dan ketika beliau memegang tampuk pemerintahan kerajaan Islam.
Kenapa pulak nak baca pidato tiba2 ni???
Belajar dari sejarah
Itu adalah kata kunci mengapa kita perlu membaca pidato ini.Ada yang mempersoal apa guna kita nak tengok balik sejarah yang lepas...Bayangkan situasi kat bawah ni:-
- Seorang lelaki bermula dari perkara asas untuk mencipta sesuatu yang baru
- Setelah 2-3 tahun mencuba,akhirnya dia berjaya menghasilkan laptop dengan lambang apple yang telah digigit
- Bila nak paten ciptaan dia,baru dia tau dah ade orang yang bernama Steve Jobs dah lama dah cipta benda tu
Cuba bayangkan kalau lelaki ni dah tau dah,laptop macam tu dah wujud...maka 2-3 tahun masa yang dia ambil boleh digunakan untuk mencipta inovasi dari produk tersebut.Itulah yang dilakukan oleh Steve Jobs(CEO syarikat Apple) sehingga beliau mampu mencipta alat2 yang mencecah teknologi masa hadapan.
Maka bagaimana kita nak ada strategi dakwah yang mantap dan maju ke hadapan kalau kita baru nak mencari-cari asas yang sebenarnya telah lama dibentuk oleh pemerintah Islam terdahulu?Ana juga sebelum ni x berapa suka sangat baca sirah/sejarah.Namun setelah membaca pidato2 ni dan memikirkan tentangnya...Banyak rupanya hikmah yang tersirat dalamnya...
Justeru itu,ana berharap dapat berkongsi kesedaran yang ana miliki ni bersama antum semua...Semoga kita dapat mengambil ibrah dari setiap pidato yang akan diketengahkan dalam post yang seterusnya...
Akhirulkalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan