29 April 2011

Alang-alang dah ade...


Assalamualaikum W.B.T...

Alhamdulillah,kesempatan kelapangan masa yang dikurniakan Allah sedikit-sebanyak dapat ana gunakan untuk menulis di sini.Baik,apa yang dimaksudkan dengan "dah ade" kat atas tu?....Apa yang cube ana sampaikan,"dah ade" itu bermaksud "Initiator" atau "titik permulaan"(macam gambar sparks kat atas tu).Jom kita hayati sikit apa maksud titik permulaan ni...

Antara situasi yang ana ingin bawakan:-

1.Kita ke rumah sedara-mara atau kawan2,kemudian dihidangkan makanan(biasa la tu kan?)...Perkara yang kita x sedar...Mula-mula kita x rasa lapar pun,tapi bila rezeki dah depan mate...nafsu makan mula la datang...

2.Kita ke bilik air untuk mandi(khasnya bilik air yang shower dan tempat buang air di tempat yang sama)...asalnya tujuan kita nak mandi je,tapi bile dah ade depan mate...kita mula rase nak buang air besar atau kecil...

3.Kita pergi ke shopping complex,tujuan asal nak cari kotak tisu je...tapi dah macam2 ade kat situ...sedar2 kita dah amik troli(penuh plak tu)...walaupun sebenarnya bende tu bukan keperluan,tapi lebih kepada kehendak...

Perkara sama jugak yang berlaku kepada remaja sekarang ni.Dari mana datang budaya couple ni?ia bermula bila salah seorang membuka jalan,yang lelaki atau yg pompuan.Ianya satu lumrah lelaki tertarik kepada pompuan dan sebaliknya...Namun yang x lumrahnya ialah budaya couple.Contoh...bile ade laki yang cube try untuk merapati seorang pompuan dan yang pompuan ni pun merelakan untuk mereka berkawan rapat...maka mulalah drama "Cinta Sepenuh Hati"~~~...Tapi apa akan berlaku jika yang pompuan tadi buat x endah je?...biasenye keadaan akan kembali normal...Hanya wujud perasaan minat kepada seseorang,bukan cinta kepada seseorang...begitu jugalah dengan keadaan bila ade pompuan cuba merapati lelaki.(Vice versa)

Perasaan minat itu satu keperluan kita sebagai gender yang berlainan,namun perasaan ingin bercinta sebelum kahwin itu adalah kehendak,bukan lagi keperluan.Kebanyakan kita merasakan bercinta sebelum kahwin itu keperluan sebab kawan2 kita sume dah couple...kita bile lagi?Itu yang x betul...jangan kita terikut dengan persekitaran sebegitu...Percayalah dan berpegang teguhlah dengan iman yang telah kita miliki ni...jangan disia-siakan nikmat yang x terhingga ni...

Ke mana mahu disalurkan perasaan minat itu?...Fitrahnya,perasaan minat itu akan bertukar cinta hanya setelah mereka bernikah...Dalam keadaan ini pula...Mulanya yang pompuan tadi x de rase ape2 pun...tapi bile ade orang yang datang meminang dengan cara yang baik dan betul,tiba2 perasaan minat itu muncul...Ini baru cara'approach' yang betul...bukan mendekati untuk ber'couple' tapi untuk dinikahi wanita itu...

Harus diingat bukan sume diantara kita menhhadapi situasu seprti di atas,namun ana percaya majoriti akan menghadapinya.Ana memohon maaf jika ada sebarang kesilapan dalam artikel yang ditulis di atas...:-)

Akhirulkalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan