23 April 2011

Khutbah Bahasa Arab...


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,masih diberi kekuatan untuk menulis di sini.Kali ini ana nak menceritakan sedikit pengalaman yang ana dapat semalam,pengalaman yang cukup berharga apabila diberi kesempatan untuk mendengar khutbah jumaat yang disampaikan oleh Sheikh Sudais(Imam makkah) di masjid Wilayah Persekutuan.Buat pengetahuan anda,khutbah disampaikan dalam bahasa arab(konfem2 la...),usai solat jumaat,ada penterjemah yang menerangkan intipati khutbah beliau.

Daripada apa yang ana faham dr Khutbah yang disampaikan:-

1.Kita x menjadikan isu khilaf memecah-belahkan umat.Sebab sekarang ni byk perkara khilaf yang remeh,sepatutnya boleh diselesaikan dgn mudah...namun kerana harga diri dan pangkat, masing2 ingin mempertahankan pendapat masing2.Dek kerana itu,khilaf tentang perkara sunat pun kadang2 membawa kepada terjejasnya perkara wajib...

2.Sheikh menggesa kita untuk belajar bahasa arab.Kerana itu adalah medium yang terbaik untuk kita memahami al-Quran dengan lebih mendalam dan efektif.Moga dengan itu kita dapat mempraktikkan amalan seharian kita sejajar dengan tuntutan Allah dalam al-Quran.

Yg laen ana x faham dah...setekat tu je yang mampu.Mase sesi terjemah banyak juga point lain yang diketengahkan,namun ana kurang fokus ketika itu...asif..

Namun yang menariknya,situasi selepas solat.Ketika di luar,ana terdengar perbualan segelintir jemaah.Kata mereka,"khutbah dalam bahasa arab,tapi x mengantuk pun.(walaupun x faham)Tapi kalau khutbah dalam bahasa melayu,faham, tapi mengantuk jugak"....Hmmm,betul jugak.Kemudian salah seorang memberi pendapat"Rasanya sebab intonasi die,die x cakap mendatar je...penuh bersemangat"...Ya,ana bersetuju.Kalau kita lihat khutbah kat Malaysia ni,boleh dikatakan hampir seluruh Malaysia intonasi khutbah same je memanjang.Walaupun ustaz tu kalau bagi ceramah lain gayanya...bile bagi khutbah sama je dgn yang lain....Adakah ini protokol?...kerana setahu ana,tidak ada pula dalam syarat khutbah perlu sedemikian rupa(Minta betulkan ana kalau tersilap)...mari kita fikir-fikirkan...

Akhirulkalam....

5 ulasan:

  1. yeap. Sy x faham tiap kali time khutbah mesti ngantuk wlpn selalu gak dgr ceramah2

    BalasPadam
  2. rasenye,kita dah set mind-set kite...khutbah nnt bleh tido jap...memandangkan die punye tone pun sayup-sayup je...

    BalasPadam
  3. Salam....syed, hari tuh tak sempat...huhu. syed trus balik..saya g sembang dgn ustz rusydan dgn ikhwah2 laen (bez..siyes)..pastu bertolak las2 exit gombak pkul 1..kompem2 xsempat..anyway,pasal mendatar tu mcm betul sgt..haha, ble nak bagi khutbah??

    p/s-kalau nak bace lagi content die ape..
    http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6429%3Avideo-di-dalam-catitan-isi-khutbah-sheikh-as-sudais-a-peristiwa-menyedihkan-di-masjid-wilayah&catid=60%3Atazkirah

    BalasPadam
  4. Saya bertanggungjawab utk komen di atas..

    BalasPadam
  5. Wasalam...baru teringat ade makan ngan ustz rusydan....aiseh....sbb transport ade pg tu je...malas pulak nak pikir pasal bas...x pe2...insyaAllah ade hikmah untuk setiap ape yg berlaku...:-)

    BalasPadam